Pra-tempah Telefon Honor Magic V5 5G
Modified on Tue, 15 Jul at 4:00 PM
1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempah?
Pelanggan boleh mula membuat pra-tempah dari 15 Julai 2025 pada jam 4:00 petang hingga 24 Julai 2025 pada jam 11:59 malam melalui Laman Web CelcomDigi selagi stok masih ada.
2. Apakah faedah apabila pelanggan mendaftar semasa tempoh pra-tempah?
Pelanggan boleh mendaftar untuk pra-tempah HONOR Magic V5 5G dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas. Walau bagaimanapun, pelanggan yang mendaftar dengan pelan CelcomDigi terpilih akan menerima tawaran bundle pra-tempah seperti yang dinyatakan dalam Jadual di bawah (selagi stok masih ada).
Pakej tawaran layak | Bundle A: | Bundle B |
|
| |
Pelan yang layak |
|
|
3. Siapakah yang layak untuk membuat pra-tempah?
- Semua pelanggan dengan pendaftaran baharu (termasuk Port-In dan penukaran daripada Prabayar ke Pascabayar).
- Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan.
4. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Tidak, pelanggan dengan kontrak sedia ada tidak layak untuk pelan ini
5. Adakah peranti dijamin sekiranya pelanggan membuat pra-tempah?
Peranti adalah dijamin. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat pra-tempah mengikut harga pakej.
6. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempah?
Langkah 1: Log masuk ke Laman Web CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/promotions/honor-magic-v5-preorder
Langkah 2: Pilih pelan pilihan anda
Langkah 3: Bayar jumlah penuh untuk telefon (Harga Telefon + Bayaran Pendahuluan)
7. Apakah kaedah pembayaran untuk pra-tempah secara dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat secara penuh menggunakan kad kredit atau kad debit semasa pra-tempah.
8. Bagaimanakah peranti yang dipra-tempah akan dihantar kepada pelanggan?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada amalan penghantaran syarikat kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan barangan yang ditempah
9. Bilakah pelanggan akan menerima peranti tersebut?
Pelanggan akan menerima peranti bermula dari 25 Julai 2025.
10. Di manakah saya boleh membuat trade-in peranti saya?
Anda boleh trade-in peranti anda dengan memuat turun aplikasi CompAsia versi terkini dan menjalankan diagnosis serta penilaian peranti melalui aplikasi tersebut. Sila ambil perhatian bahawa trade-in di kedai tidak tersedia buat masa ini. Nantikan kemas kini selanjutnya.
Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai program tukar beli.
PhoneCARE
11. Siapakah yang layak untuk pelan PhoneCARE Tukar & Ganti percuma selama 2 bulan?
Untuk layak, anda perlu membuat pra-tempah Honor Magic V5 5G antara 15 Julai 2025 hingga 24 Julai 2025, dan memilih pelan PhoneCARE Tukar dan Ganti.
12. Bagaimanakah cara untuk mendaftar pelan PhoneCARE Tukar & Ganti percuma selama 2 bulan?
Semasa proses pra-tempah, hanya togol “Ya” untuk memberikan persetujuan anda kepada PhoneCARE. Kemudian, pilih pilihan “Free 2-month Swap and Replace” untuk melengkapkan pendaftaran anda.
13. Pelan Swap & Replace manakah yang layak untuk tempoh percuma 2 bulan?
Nama Peranti | Harga Peranti (RRP) | Yuran Langganan Tukar & Ganti |
Honor Magic V5 5G | RM6999.00 | RM45.00 |
14. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE sedia ada. Adakah saya masih layak untuk pelan PhoneCARE "Swap & Replace" percuma selama 2 bulan?
Ya! Anda masih layak dan pelan PhoneCARE sedia ada anda akan digantikan dengan pelan baharu ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Pilih "Ya" di bawah togol persetujuan (consent toggle) PhoneCARE
- Pilih pilihan "Free 2-month Swap & Replace"
Nota: Tawaran ini hanya sah sepanjang tempoh pra-tempah dari 15 Julai 2025 hingga 24 Julai 2025.
15. Adakah saya masih perlu membuat bayaran pendahuluan untuk pelan PhoneCARE Tukar & Ganti?
Ya, anda masih perlu membuat bayaran pendahuluan seperti biasa untuk langganan PhoneCARE.
16. Bilakah rebat PhoneCARE percuma selama 2 bulan akan dipaparkan dalam bil saya?
Ia akan dipaparkan sebagai 'Payment Via M-1' dalam bil bulanan anda dalam tempoh 60 hari.
17. Bagaimana jika saya lebih memilih pelan PhoneCARE Tukar Peranti sahaja?
Anda masih boleh memilih pelan PhoneCARE Tukar Peranti sahaja, namun ia tidak termasuk dalam tawaran percuma 2 bulan dan akan dicaj seperti biasa apabila anda menerima peranti baharu.
18. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE anda akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti baharu anda.
- Jika peranti anda rosak secara tidak sengaja dalam tempoh ini – anda masih layak untuk membuat tuntutan melalui SR Portal.
- Jika anda beralih daripada pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article