Showtime with CelcomDigi – Elio
Modified on Tue, 10 Jun at 10:19 AM
1. Apakah tujuan kempen ini?
Showtime with CelcomDigi memberi peluang kepada pelanggan yang layak untuk mendapatkan sepasang tiket wayang percuma bagi menonton filem Disney and Pixar's Elio di pawagam.
2. Apakah hadiah untuk kempen ini?
Pelanggan CelcomDigi yang layak akan menerima sepasang tiket percuma untuk menonton filem Disney and Pixar's Elio berdasarkan first come, first served.
3. Bilakah tempoh kempen?
Kempen ini sah dari 10 hingga 24 Jun 2025.
4. Bagaimanakah saya boleh melayakkan diri untuk mendapatkan tiket wayang percuma ini?
- Langgan Disney+ Hotstar melalui: StreamMORE Add-On, SpeedStream atau pelan CelcomDigi Postpaid ONE Ultra.
- Sertai kempen melalui halaman Showtime di laman web CelcomDigi.
Nota: Tiket wayang akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan first-come, first-served.
5. Bagaimanakah cara untuk menyertai bagi mendapatkan tiket percuma?
Untuk menyertai, lawati halaman Showtime di laman web CelcomDigi. Isikan nama penuh dan nombor telefon anda, kemudian klik 'Submit'.
Nota: Menekan butang 'Submit' tidak menjamin anda akan menerima tiket, tetapi hanya memberikan peluang untuk layak.
6. Adakah hadiah tiket wayang percuma ini mempunyai had bilangan tertentu?
Ya, hanya 150 pasang tiket (300 tiket) yang disediakan. Oleh itu, cepat sertai untuk mendapatkan tiket percuma sebelum habis!
7. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sekiranya saya menang dan bagaimanakah saya akan menerima tiket wayang saya?
Jika anda berjaya memenangi tiket, notifikasi akan dihantar melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi dalam masa 14 hari bekerja selepas tempoh kempen tamat.
Kod baucar akan dihantar ke nombor telefon yang anda gunakan untuk menyertai kempen.
Untuk memastikan anda menerima kod baucar anda, kami mencadangkan anda untuk:
- Aktifkan notifikasi: Ini akan memberi peringatan kepada anda sebaik sahaja baucar anda telah tersedia.
- Semak ganjaran anda: Pergi ke bahagian 'Rewards' dalam aplikasi anda untuk menyemak kod baucar.
Untuk pengguna Celcom Life: Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life Langkah 2: Klik ‘Rewards’ di penjuru kanan atas halaman utama ![]() Langkah 3: Pilih tab ‘My Rewards’ dan klik ‘Use Now’ pada baucar filem GSC Langkah 4: Terima 'Terma & Syarat' dan klik ‘Use Now’ Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC Langkah 6: Pilih tarikh, masa, dan tempat duduk untuk filem yang dipilih Langkah 7: Masukkan kod baucar semasa checkout di laman web atau aplikasi GSC Langkah 8: Tiket wayang berjaya ditebus. Selamat menonton! Penting: Di langkah 5, kod hanya boleh dilihat sekali sahaja. Sila tangkap layar (screenshot) dengan segera jika anda ingin gunakannya kemudian. | Untuk pengguna MyDigi: Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi dan klik pada tab ‘Shop’ Langkah 2: Klik pada kategori ‘Rewards’ ![]() Langkah 3: Pilih tab ‘My Rewards’ dan klik ‘View’ pada baucar filem GSC Langkah 4: Klik ‘View Voucher’ untuk melihat dan salin kod Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC Langkah 6: Pilih tarikh, masa dan tempat duduk untuk filem yang dipilih Langkah 7: Masukkan kod baucar semasa checkout di laman web atau aplikasi GSC Langkah 8: Tiket wayang berjaya ditebus. Selamat menonton! |
Jika anda terlepas peluang kali ini, nantikan lebih banyak filem hebat yang akan datang melalui Showtime with CelcomDigi!
8. Bagaimanakah cara untuk menggunakan kod baucar tiket wayang saya?
Setelah anda menerima kod baucar melalui notifikasi dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi, anda boleh menebus tiket wayang percuma anda di laman web atau aplikasi mudah alih GSC.
Harap maklum bahawa terma dan syarat GSC adalah terpakai untuk penggunaan kod baucar ini.
9. Apakah jenis dewan tayangan dan tempat duduk yang boleh saya tebus dengan kod baucar yang saya menangi?
- Satu (1) kod e-Baucar hanya sah untuk SATU (1) tiket wayang di mana-mana Golden Screen Cinemas seluruh negara, KECUALI Aurum Theatres (KL & JB), Premiere Class, Gold Class, Twin Seats, Dolby Atmos, D-Box, 4DX, Maxx Hall, IMAX, Big Screen, Screen X, PlayPlus dan Onyx Hall.
- E-baucar ini sah untuk format filem berikut: 2D.
- E-baucar ini sah untuk kelas wayang berikut: Normal Class.
- E-baucar ini sah untuk jenis tempat duduk berikut: Normal.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article