Scam Rumah Sewa
Modified on Tue, 22 Apr at 2:15 PM
Scam rumah sewa berlaku apabila seseorang berpura-pura menyewakan hartanah yang mereka tidak miliki, tidak boleh akses, atau yang sebenarnya tidak wujud. Scammer sering menggunakan iklan palsu dengan gambar yang kelihatan nyata dan harga rendah untuk memperdayakan orang ramai. Mereka akan meminta bayaran sewa pendahuluan, kemudian menghilangkan diri. Penipuan ini menyasarkan individu yang sedang terdesak mencari tempat tinggal. Scam rumah sewa selalunya berlaku di laman web popular dan media sosial. Oleh itu, anda perlu sentiasa berwaspada.
Bagaimana untuk Mengenal Pasti Scam Rumah Sewa
1. Tawaran yang terlalu baik
Scammer memaparkan iklan sewaan palsu dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan gambar yang cantik untuk menarik perhatian. Hartanah tersebut mungkin langsung tidak wujud.
2. Iklan palsu atau ditiru
Scammer kerap meniru iklan sewaan yang sah dan memaparkan maklumat hubungan atau harga yang berbeza. Iklan palsu ini boleh dijumpai di pelbagai platform.
3. Tekanan untuk hantar maklumat peribadi atau wang
Scammer mencipta perasaan tergesa-gesa, dengan mengatakan seperti 'ramai yang berminat' atau 'bayar sekarang untuk menempah'. Selalunya mereka akan meminta bayaran pendahuluan sebelum anda boleh melihat rumah atau menandatangani perjanjian.
4. Elak bertemu secara bersemuka
'Pemilik rumah' enggan bertemu secara langsung atau menunjukkan hartanah, dengan alasan mereka berada di luar negara atau ada kecemasan keluarga. Ini biasanya helah untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi anda tanpa dijejaki.
5. Caj tambahan yang tidak masuk akal
Scammer meminta bayaran tambahan untuk perkara seperti 'pembaikan' atau 'penyelenggaraan' sebelum anda berpindah masuk.
Perkara-perkara yang perlu diingat:
- Jangan sewa tempat yang anda belum lihat secara fizikal. Buatlah lawatan untuk mengesahkan hartanah itu wujud supaya anda boleh menilai keadaannya.
- Sentiasa berjumpa dengan individu yang menyewakan hartanah tersebut. Elakkan urusan yang hanya dilakukan secara dalam talian atau jika mereka enggan bersemuka.
- Sahkan pemilikan hartanah. Minta bukti seperti kad pengenalan, bil utiliti, atau dokumen hartanah untuk memastikan mereka adalah pemilik atau pengurus sebenar.
- Cari hartanah tersebut di pelbagai platform untuk pastikan maklumat seperti nombor telefon, harga dan butiran adalah konsisten. Butiran yang tidak selaras adalah petanda besar kepada kemungkinan penipuan.
- Jangan bayar deposit besar sebelum melihat hartanah atau menandatangani perjanjian sewa yang sah. Perjanjian bertulis dan pengesahan penuh mesti dibuat dahulu sebelum sebarang pembayaran.
- Jangan bayar dengan wang tunai, kad hadiah, atau mata wang kripto. Gunakan kaedah pembayaran yang selamat dan boleh dijejak seperti pindahan bank, dan pastikan anda menerima resit.
- Lindungi maklumat peribadi anda. Hanya kongsi maklumat asas sehingga anda sahkan iklan dan berjumpa dengan pemilik rumah. Jangan kongsi maklumat akaun bank, kad pengenalan, nama pengguna, atau kata laluan dengan individu yang tidak disahkan.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article