Showtime Bersama CelcomDigi: Thunderbolts*

Modified on Thu, 24 Apr at 8:49 AM

1. Apakah tentang kempen ini? 

Showtime Bersama CelcomDigi memberi peluang kepada pelanggan yang layak untuk mendapatkan sepasang tiket wayang percuma bagi menonton filem Marvel Studios Thunderbolts* di pawagam. 


2. Apakah hadiah untuk kempen ini? 

Pelanggan CelcomDigi yang layak akan menerima sepasang tiket percuma untuk menonton filem Thunderbolts* berdasarkan prinsip first come, first served


3. Bilakah tempoh kempen? 

Kempen ini sah dari 23 April 2025 - 7 Mei 2025. 


4. Bagaimanakah saya boleh layak untuk mendapatkan tiket wayang percuma ini? 

  1. Langgan Disney+ Hotstar melalui: StreamMORE Add-Ons, Pas SpeedStream atau pelan CelcomDigi Postpaid One Ultra. 
  2. Sertai kempen melalui tab 'Showtime' dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi.  


Nota: Tiket wayang akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan kaedah first-come, first-served.


5. Bagaimanakah cara untuk menyertai bagi mendapatkan tiket percuma? 

Untuk menyertai bagi mendapatkan tiket percuma, log masuk ke Aplikasi Celcom Life atau MyDigi dan ikuti langkah-langkah berikut:


Untuk pengguna Celcom Life: 

Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life 

Langkah 2: Klik ‘Rewards’ di penjuru kanan atas halaman utama 

Langkah 3: Klik ‘Redeem’ pada kad tajuk filem 

Langkah 4: Klik 'Terma & Syarat' dan ‘Redeem’ pada halaman ‘Rewards Details’.


Penting: Menyelesaikan Langkah 4 tidak menjamin anda akan menerima tiket. Sila nantikan notifikasi dalam masa 14 hari bekerja selepas tamat kempen untuk status kelayakan tiket.


A screenshot of a phone Description automatically generated

Untuk pengguna MyDigi: 

Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi dan klik pada tab ‘Shop’ 

Langkah 2: Klik pada kategori ‘Rewards’ 

Langkah 3: Klik pada kad tajuk filem 

Langkah 4: Klik 'Get’ pada halaman ‘MyDigi Rewards’ 

Langkah 5: Klik 'Confirm' untuk muat turun ganjaran pada halaman 'MyDigi Rewards'.


Penting: Menyelesaikan Langkah 5 tidak menjamin anda akan menerima tiket. Sila nantikan notifikasi dalam masa 14 hari bekerja selepas tamat kempen untuk status kelayakan tiket.

A screenshot of a phone 
Description automatically generated


6. Adakah hadiah tiket wayang percuma ini mempunyai had bilangan tertentu? 

Ya, hanya 150 pasang tiket (300 jumlah tiket) yang disediakan. Oleh itu, cepat sertai untuk mendapatkan tiket percuma sebelum habis! 


7. Bagaimanakah saya tahu jika saya telah menang dan bagaimanakah saya akan menerima tiket wayang saya? 

Jika anda berjaya memenangi tiket, notifikasi akan dihantar melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi dalam masa 14 hari bekerja selepas tempoh kempen tamat. 


Kod baucar akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang anda gunakan untuk menyertai kempen. 


Untuk memastikan anda menerima kod baucar anda, kami mencadangkan anda untuk: 

  • Aktifkan notifikasi: Ini akan memberi peringatan kepada anda sebaik sahaja baucar anda telah tersedia. 
  • Semak rewards anda: Pergi ke bahagian 'Rewards' dalam aplikasi anda untuk menyemak kod baucar. 


Untuk pengguna Celcom Life: 

Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life 

Langkah 2: Klik ‘Rewards’ di penjuru kanan atas halaman utama 


A screenshot of a phone Description automatically generated
 

Langkah 3: Pilih tab ‘My Rewards’ dan klik ‘Use Now’ pada baucar filem GSC 

Langkah 4: Terima 'Terma & Syarat' dan klik ‘Use Now’ 

Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC 

Langkah 6: Pilih tarikh, masa, dan tempat duduk untuk filem yang dipilih 

Langkah 7: Masukkan kod baucar semasa checkout di laman web atau aplikasi GSC 

Langkah 8: Tiket wayang berjaya ditebus. Selamat menonton! 


Penting: Di Langkah 5, kod hanya boleh dilihat sekali sahaja. Sila tangkap layar (screenshot) dengan segera jika anda ingin gunakannya kemudian.

Untuk pengguna MyDigi: 

Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi dan klik pada tab ‘Shop’ 

Langkah 2: Klik pada kategori ‘Rewards’ 


A screenshot of a phone 
Description automatically generated
 

Langkah 3: Pilih tab ‘My Rewards’ dan klik ‘View’ pada baucar filem GSC 

Langkah 4: Klik ‘View Voucher’ untuk melihat dan salin kod 

Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC 

Langkah 6: Pilih tarikh, masa dan tempat duduk untuk filem yang dipilih 

Langkah 7: Masukkan kod baucar semasa checkout di laman web atau aplikasi GSC 

Langkah 8: Tiket wayang berjaya ditebus. Selamat menonton! 


Jika anda terlepas peluang kali ini, nantikan lebih banyak filem hebat yang akan datang melalui Showtime Bersama CelcomDigi! 


8. Bagaimanakah cara untuk menggunakan kod baucar tiket wayang saya? 

Setelah anda menerima kod baucar melalui notifikasi dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi, anda boleh menebus tiket wayang percuma anda di laman web atau aplikasi mudah alih GSC. 


Harap maklum bahawa terma dan syarat GSC adalah terpakai untuk penggunaan kod baucar ini. 


9. Apakah jenis dewan tayangan dan tempat duduk yang boleh saya tebus dengan kod baucar yang saya menangi? 

  • Satu (1) kod e-Baucar hanya sah untuk SATU (1) tiket wayang di mana-mana Golden Screen Cinemas seluruh negara, KECUALI Aurum Theatres (KL & JB), Premiere Class, Gold Class, Twin Seats, Dolby Atmos, D-Box, 4DX, Maxx Hall, IMAX, Big Screen, Screen X, PlayPlus dan Onyx Hall. 
  • E-baucar ini sah untuk format filem berikut: 2D. 
  • E-baucar ini sah untuk kelas wayang berikut: Normal Class. 
  • E-baucar ini sah untuk jenis tempat duduk berikut: Normal. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article