Bagaimanakah cara untuk menukar pelan Prabayar saya ke pelan Pascabayar dan sebaliknya?

Modified on Wed, 27 Nov at 9:40 AM

Tukar Pelan Prabayar ke Pelan Pascabayar

Anda boleh memohon untuk menukar pelan Prabayar ke pelan Pascabayar di lokasi berikut:

 

Sebelum membuat permohonan, pastikan

  • Akaun anda aktif
  • Permohonan mesti dibuat oleh pemilik berdaftar (berumur 18 ke atas).
  • Anda hadir di kedai bersama NRIC/Pasport anda.


Caj

Tempoh Langganan

Caj

<6 bulan

Bayaran pendahuluan akan dikenakan

>6 bulan

Bayaran pendahuluan akan dikecualikan pada bil anda seterusnya

Nota: Jika anda merupakan pelanggan Celcom, bayaran pendahuluan akan dikecualikan sekiranya anda memilih Bundle Peranti.

 

Maklumat Tambahan

  • Tarikh pengaktifan baharu akan berkuat kuasa selepas talian anda berjaya dipindahkan.
  • Tempoh langganan Pascabayar anda akan diset semula.
  • Maksimum baki kredit Prabayar RM100 akan dipindahkan ke akaun Pascabayar anda.



Tukar Pelan Pascabayar ke Pelan Prabayar

Anda boleh memohon untuk menukar pelan Pascabayar ke pelan Prabayar di lokasi berikut:

 

Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh pelangga Digi dan CelcomDigi yang menggunakan rangkain Digi sahaja. 


Sebelum membuat permohonan, pastikan

  • Akaun anda aktif dan tiada bil tertunggak
  • Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemilik berdaftar
  • Anda hadir di kedai Bersama NRIC/Passport anda.


Caj

Bayaran pendahuluan akan dikenakan untuk menyelesaikan sebarang bil tertunggak. Sebarang lebihan bayaran akan dikembalikan melalui cek selepas dua kitaran bil.

 

Caj penalti akan dikenakan jika anda mempunyai kontrak aktif atau menamatkan kontrak lebih awal.

 

Maklumat Tambahan

  • Anda akan menerima bil akhir secara prorata selepas penukaran ke pelan Prabayar. 
  • Hadiah percuma (freebies) daripada pelan Pascabayar anda tidak boleh dipindahkan dan akan terbatal.
  • Talian tambahan juga boleh ditukar ke pelan Prabayar, tetapi mesti didaftarkan di bawah pemilik yang sama.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article