Bagaimana untuk menguruskan perkhidmatan mel suara?
Modified on Fri, 9 Aug at 10:54 AM
Langganan Mel Suara
Mulai 13 Oktober 2023 (Celcom) dan 22 Februari 2024 (Digi), mel suara tidak akan diaktifkan secara automatik untuk pendaftaran baru.
Untuk melanggan perkhidmatan mel suara, anda boleh mengemukakan permintaan anda melalui borang pertanyaan ini atau hubungi khidmat pelanggan untuk bantuan.
Caj-caj Berkenaan Mel Suara
Caj mel suara adalah seperti berikut, terpakai untuk semua pelanggan CelcomDigi, Celcom dan Digi.
Langganan Mel Suara | PERCUMA |
Dengar Semula Mel Suara (Domestik) | RM0.30/min |
Nota: Semasa perantauan (roaming), memeriksa atau meninggalkan mel suara akan dianggap sebagai panggilan diterima dan keluar, dan anda akan dikenakan caj yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut mengenai caj panggilan perantauan, sila rujuk https://www.celcomdigi.com/ms/roaming.
Cara Untuk Mendengar Semula Mel Suara
- Untuk pelanggan Celcom dan CelcomDigi yang menggunakan rangkaian Celcom, dail 1313.
- Untuk pelanggan Digi dan CelcomDigi yang menggunakan rangkaian Digi, dail 121.
Hentikan Langganan Mel Suara
Pascabayar | |
Pelan CelcomDigi Postpaid (rangkaian Celcom) & Celcom Postpaid | Pelan CelcomDigi Postpaid (rangkaian Digi) & Digi Postpaid |
Langkah 1: Dail *118# Langkah 2: Klik pada ‘Akaun Saya’ Langkah 3: Klik pada ‘Mel Suara' Langkah 4: Klik pada 'Nyahaktifkan Perkhidmatan Mel Suara'. | Langkah 1: Dial *118# Langkah 2: Klik pada 'Digi Rewards & Services’ Langkah 3: Klik pada ’Mel Suara' Langkah 4: Klik pada 'Nyahaktifkan Mel Suara & Notify Me' Langkah 5: Klik ’Sahkan'. |
Prabayar | ||
Pelan CelcomDigi Prepaid | Pelan Celcom Prepaid | Pelan Digi Prepaid |
Langkah 1: Dail *118# Langkah 2: Klik pada ‘Servis Lain’ Langkah 3: Klik pada ‘Hentikan Perkhidmatan Mel Suara’.
| Langkah 1: Dail *118# Langkah 2: Klik pada ‘Akaun Saya’ Langkah 3: Klik pada ‘Mel Suara' Langkah 4: Klik pada 'Nyahaktifkan Perkhidmatan Mel Suara’. | Langkah 1: Dail *118# Langkah 2: Klik pada ‘Akaun Saya’ (NEXT): Klik pada ‘Maklumat Akaun’ Langkah 3: Klik pada ‘Tetapan Akaun' Langkah 4: Klik pada ‘Mel Suara' Langkah 5: Klik pada 'Nyahaktifkan Mel Suara & Notify Me' Langkah 6: Klik ’Sahkan'. |
Anda akan menerima SMS pengesahan bahawa perkhidmatan mel suara telah dimatikan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article