Pas & Pek Perantauan Haji Tanpa Had 50 Hari
Modified on Thu, 17 Apr at 10:00 AM
1. Apakah tawaran 50-Day Unlimited Hajj Roaming Pass/Pack?
50-Day Unlimited Hajj Pass/Pack adalah tawaran terhad yang membolehkan anda untuk nikmati Internet Tanpa Had (150GB Internet Pantas + Internet Tanpa Had, terhad sehingga 1Mbps) dan Panggilan Masuk Tanpa Had percuma sepanjang promosi Haji ini.
2. Siapakah yang boleh melanggan 50-Day Unlimited Hajj Pass/Pack?
Pas ini tersedia untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid & Prepaid dari 17 April sehingga 30 Jun 2025.
Untuk bukan pelanggan CelcomDigi, anda boleh membeli Pek Haji Prabayar CelcomDigi daripada pengedar kami di Kursus Perdana Tabung Haji atau di kedai CelcomDigi seluruh negara bermula dari 10 April sehingga 30 Jun 2025.
3. Selepas pembelian, bilakah pas/pek tersebut tamat tempoh?
Tempoh sah untuk setiap pas perantauan akan bermula dari pengaktifan.
Anda akan mendapat pemberitahuan apabila pas perantauan tamat tempoh. Tempoh sah pas adalah seperti berikut:
Tempoh Sah Pas Perantauan | Celcom | Digi |
50-Day Unlimited Hajj Pas | 1200 jam | Tamat pada 11.59 P.M. (Waktu Malaysia) pada hari ke-50 selepas pengaktifan |
Nota: Dengan membeli Pek Haji Prabayar CelcomDigi, tawaran akan diaktifkan pada penggunaan pertama di Arab Saudi dan akan sah selama 1200 jam dalam tempoh 50 hari. Sila pastikan anda menyambung ke rangkaian Arab Saudi dalam masa 100 hari selepas mengaktifkan kad SIM.
4. Apakah pengendali rangkaian pilihan di Arab Saudi?
- Mobily
- STC
- Zain KSA
5. Jika saya mencapai 150GB Internet Pantas, adakah saya masih boleh menikmati internet semasa perantauan tanpa caj tambahan?
Ya. Anda boleh meneruskan menyemak imbas tanpa caj tambahan. Walau bagaimanapun, kelajuan internet anda akan berkurangan kepada internet asas tanpa had yang dihadkan kepada sehingga 1Mbps.
6. Bolehkah saya membeli pas perantauan lain? Apakah yang akan berlaku kepada pas sedia ada saya?
Boleh. Pelan sedia ada anda akan kekal aktif.
7. Bagaimanakah cara untuk membeli Pas Prantauan Haji dan bolehkah saya membelinya lebih awal?
Anda boleh membeli pas perantauan anda melalui aplikasi Celcom Life & MyDigi. Anda boleh membuat tempahan awal melalui aplikasi MyDigi. Sila rujuk langkah-langkah di bawah:
Saluran | Langkah-langkah |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life Langkah 2: Klik ‘Add-Ons’ Langkah 3: Klik ‘Roaming’ dan pilih negara/wilayah (Saudi Arabia) Langkah 4: Klik 50-Day Unlimited Hajj Pass Langkah 5: Pilih dan sahkan tarikh untuk mengaktifkan pas perantauan Langkah 6: Klik ‘Sahkan’ Sebagai alternatif, anda boleh membelinya dengan mendail *800# selepas tiba di negara destinasi (tiada fungsi pra-tempah dalam *800#). |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Klik ‘Add-Ons’ Langkah 3: Klik ‘Roaming’ dan pilih negara/wilayah (Saudi Arabia) Langkah 4: Klik 50-Day Unlimited Hajj Pass Langkah 5: Pilih dan sahkan tarikh untuk mengaktifkan pas perayauan (untuk MyDigi, pas perantauan boleh diaktifkan sehingga 7 hari lebih awal) Langkah 6: Klik ‘Sahkan’ Sebagai alternatif, anda boleh membelinya dengan mendail *800# selepas tiba di negara destinasi (tiada fungsi pra-tempah dalam *800#). |
8. Adakah 50-Day Unlimited Hajj Pass diperbaharui secara automatik, dan bolehkah saya membeli beberapa pas?
Tidak, pas tidak diperbaharui secara automatik apabila tamat tempoh; anda perlu membelinya semula. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli beberapa pas, dan tempoh sah akan berjalan serentak.
9. Bolehkah saya menggunakan pas saya semasa/jika saya transit di Singapura atau mana-mana negara lain?
Tidak. 50-Day Unlimited Hajj Pass hanya terpakai di Arab Saudi.
Jika penggunaan data dikesan semasa anda transit ke negara lain, Perantauan Internet Harian akan diaktifkan secara automatik untuk anda.
10. Adakah terdapat add-ons yang tersedia untuk pas ini?
Ya, anda boleh membeli add-ons untuk data tambahan dan panggilan suara:
- Data Tambahan: RM10 @ 5GB (sah selama 24 jam)
- Panggilan Tambahan: RM20 @ 15 minit (untuk panggilan ke Malaysia & Arab Saudi, sah selama 24 jam)
Nota: Panggilan dikira berdasarkan blok 60 saat.
11. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa merantau?
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa perantaan, anda boleh menghubungi khidmat bantuan pelanggan 24 jam kami (PERCUMA) melalui saluran berikut:
- Hubungi kami melalui WhatsApp untuk bantuan pantas.
- Dail *125# untuk mendapatkan bantuan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article