Promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB

Modified on Wed, 14 Aug at 9:39 AM

1. Apakah promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB?  

Semua pelanggan CelcomDigi di kawasan CTSB Sabah layak menikmati harga istimewa untuk pelan 300Mbps ke atas bermula dari 8 Ogos 2024 – 31 Disember 2024.


2. Siapa yang boleh mendaftar untuk Promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB? 

Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas menetap di kawasan CTSB Sabah boleh mendaftar untuk Promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB. Sila ambil perhatian bahawa jika anda seorang warga asing, deposit RM500 akan diperlukan. 


Kelayakan & Kriteria: 

  • Terbuka kepada semua pelanggan Pascabayar kami, dengan sebarang komitmen bulanan dan juga pelanggan baharu kami. 
  • Hanya berada di kawasan CTSB sahaja 
  • Layak untuk 1 NRIC per akaun fiber sahaja 
  • Harga baru diperkenalkan untuk pelan Fiber 300Mbps, 500Mbps dan 1Gbps. 


3. Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk promosi ini? 

Anda hanya perlu engkapkan borang di sini dan kakitangan kami akan berhubung dengan anda untuk membuat pengaturan. Sebagai alternatif, sila kunjungi kami di mana-mana kedai Celcom atau Digi yang terdekat. 


4. Apakah pelan dan harga bayaran bulanan untuk promosi CelcomDigi Fibre Sabah CTSB Kaamatan?  

Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut.


Pelan Fiber
100Mbps300Mbps500Mbps1Gbps
RRPRM99RM139RM159RM249
Untuk pelanggan Pascabayar dengan SEBARANG KOMITMEN BULANAN*

Rebat RM32  

RM67/bulan 

Rebat RM64  

RM75/bulan 

Rebat 74 

RM85/bulan 

Rebat RM144 

RM105/bulan 

Untuk pelanggan baharu
Rebat RM8  

RM91/bulan 

Tambahan Pilihan dan Ekstra
Percuma 1 WiFi 6 Router

Percuma 1 WiFi 6 Router & 1 Mesh Node 

Percuma 1 PREMIUM WiFi 6 Router & 1 Mesh Node 
Pemasangan Standard PERCUMA
N/ATawaran Eksklusif Peranti Kediaman daripada RM2/hari!

*Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian Fiber.  


5. Saya adalah pelanggan sedia ada Celcom/Digi Fiber, bolehkan saya mendaftar untuk promosi ini? 

Tidak, promosi ini hanya terbuka untuk pelanggan Fiber baharu sahaja.  


6. Adakah promosi ini disertakan dengan kontrak? 

Ya, semua pelan CelcomDigi Fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan. Harga promosi ini akan sah selama 24 bulan dari tarikh pelan diaktifkan. Selepas 24 bulan, pelan akan mengikuti harga tawaran biasa pelan Fiber di Sabah.


7.  Adakah saya masih layak untuk promosi jika saya melanggan semasa tempoh promosi tetapi mengaturkan pemasangan selepas tempoh promosi tamat? 

Ya, anda masih layak menerima tawaran selagi anda mendaftar semasa tempoh promosi. 


8. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya di dalam tempoh kontrak? 

Ya, anda dibenarkan untuk menaik taraf atau menurunkan pelan CelcomDigi Fiber anda walaupun dalam tempoh kontrak. Naik taraf adalah percuma, namun bagi setiap permintaan penurunan taraf pelan, akan dikenakan yuran sebanyak RM50. 


9. Apakah yang akan terjadi kepada rebat Fiber ini jika saya menukar ke pelan CelcomDigi Fiber yang lain semasa masih di dalam tempoh kontrak?   

Rebat anda untuk promosi ini akan digugurkan.


10. Adakah saya masih akan menikmati harga tawaran promosi yang sama selepas tamat tempoh kontrak saya?

Tidak, anda akan menikmati harga tawaran biasa selepas tamat tempoh kontrak 24 bulan tanpa sebarang kontrak.


11. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan fiber CelcomDigi saya dalam tempoh kontrak? 

Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.  

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article