Bola Passes
Modified on Thu, 25 Jun at 10:12 AM
1. Apakah itu Bola Passes?
Pas Bola ialah data add-on berkelajuan tinggi yang direka khas untuk peminat bola sepak! Sama ada anda sedang menstrim perlawanan secara langsung, menonton sorotan perlawanan (highlights), atau memuat turun kandungan berat pada hari perlawanan, pas ini memastikan penstriman anda lancar tanpa gangguan.
2. Apakah pilihan Bola Passes yang tersedia?
Pass | Harga | Tempoh Sah | Hotspot | Kegunaan |
999GB Bola Match Pass | RM3 | 3 Jam | Ya | Penggunaan data mudah alih dan hotspot |
100GB Bola Match Pass | RM2 | 3 Jam | Tidak | Penggunaan data mudah alih sahaja |
Bola Unlimited Pass | RM8 | Mengikut tempoh sah pelan asas | Tidak | Penstriman RTMKlik tanpa had |
3. Bilakah tempoh promosi ini?
25 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026
4. Bilakah Bola Pass saya bermula?
Bola Pass anda bermula serta-merta selepas pembelian berjaya.
- 999GB Bola Match Pass dan 100GB Bola Match Pass sah selama 3 jam dari waktu pembelian.
- Bola Unlimited Pass sah sehingga pelan asas aktif anda tamat tempoh.
5. Apakah yang boleh saya gunakan dengan Bola Unlimited Pass?
Bola Unlimited Pass menyediakan penstriman tanpa had untuk RTMKlik sahaja. Penggunaan aplikasi, laman web atau perkhidmatan lain akan menggunakan kuota pelan asas atau add-on anda yang tersedia.
6. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu Bola Pass?
Ya. Anda boleh membeli beberapa 999GB Bola Match Pass dan 100GB Bola Match Pass.
- Setiap pass sah selama 3 jam dari waktu pembelian
- Pass tidak akan digabungkan atau memanjangkan tempoh sah antara satu sama lain
- Beberapa pass aktif boleh wujud pada masa yang sama
- Pass aktif yang dibeli paling awal akan digunakan terlebih dahulu
Untuk Bola Unlimited Pass, jika anda sudah mempunyai Bola Unlimited Pass yang masih aktif, pembelian Bola Unlimited Pass tambahan tidak akan memberikan manfaat tambahan dan tidak boleh dikembalikan selepas berjaya diaktifkan.
7. Adakah data Bola Pass akan digunakan sebelum kuota pelan asas saya?
Ya. Data daripada Bola Match Pass 3 Jam yang aktif akan diutamakan sebelum kuota pelan asas anda.
Untuk Bola Unlimited Pass, penggunaan penstriman RTMKlik yang layak akan ditampung oleh pas tersebut selagi ia masih aktif.
8. Adakah saya memerlukan pelan asas yang aktif untuk membeli Bola Unlimited Pass?
Ya. Pelan asas Spark yang aktif diperlukan untuk membeli dan menggunakan Bola Unlimited Pass.
9. Apakah yang akan berlaku apabila Bola Pass saya tamat tempoh?
- Sebarang baki kuota daripada 999GB Bola Match Pass atau 100GB Bola Match Pass akan luput selepas 3 jam.
- Bola Unlimited Pass akan tamat apabila pelan asas aktif anda tamat tempoh.
- Penggunaan akan diteruskan menggunakan pelan asas atau add-on aktif yang tersedia.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article