Soalan Lazim: Viu Bundle CelcomDigi Prepaid 5G - SpeedStream Viu (Premium) 55GB

Modified on Fri, 24 Jan at 10:57 AM

1. Apakah itu Viu?

Viu adalah platform hiburan utama anda, menawarkan drama dan filem Korea terbaik, rancangan variasi popular, Viu Originals yang memenangi anugerah, serta koleksi drama Melayu, Cina, Thai, dan Indonesia yang popular. Viu memastikan anda terus terhubung dengan dunia hiburan Asia dengan sari kata berkualiti tinggi dalam pelbagai bahasa. Dari thriller mendebar hingga komedi kelakar dan percintaan, Viu mempunyai segalanya, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. 

 

2. Di manakah saya boleh dapatkan aplikasi Viu?

Anda boleh muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store.

 

3. Peranti apa yang serasi dengan Viu? 

Viu serasi dengan telefon pintar, tablet, desktop, TV pintar, dan peranti penstriman tertentu. 

Telefon Pintar & Tablet

  • Android: 5.0 atau ke atas
  • Apple: iOS 14 ke atas (hanya untuk iPhone dan iPad buat masa ini)

PC/ Komputer Riba

Keperluan perkakasan untuk PC/ komputer riba:

  • CPU: Pentium 4 (atau ke atas)
  • Memori: 512MB (atau ke atas)
  • Kad bunyi: Sound Blaster 16 atau yang serasi
  • Keperluan perisian untuk PC/ komputer riba


Sistem Operasi Microsoft Windows:
  • Keperluan sistem: Windows XP SP2 (atau ke atas)/ Windows Vista/ Windows 7/ Windows 8/ Windows 10 *Windows RT tidak disokong buat masa ini
  • Pelayar: Microsoft Edge/ Firefox 4.0 (atau ke atas)/ Google Chrome 11 (atau ke atas)/ Safari 4.0 (atau ke atas)
  • Paparan: 1024 x 768 (atau ke atas)

Sistem Operasi Mac:
  • Keperluan sistem: OS X (atau ke atas)
  • Pelayar: Safari 4.0 (atau ke atas)/ Firefox 4.0 (atau ke atas)/ Google Chrome 11 (atau ke atas)
  • Paparan: 1024 x 768 (dan ke atas)

Apple TV, Smart TV, Android TV

  • Sistem operasi Apple TV

Sistem keperluan: tvOS 14 (atau ke atas)

  • Sistem operasi Sony Android TV

Sistem keperluan: Android 6.0 (atau ke atas)

  • Samsung Smart TV:

2024 Tizen 8.0, 2023 Tizen 7.0, 2022 Tizen 6.5, 2021 Tizen 6.0, 2020 Tizen 5.5, 2019 Tizen 5.0, 2018 Tizen 4.0, 2017 Tizen 3.0

  • LG Smart TV:

2024 webOS TV 24, 2023 webOS TV 23, 2022 webOS TV 22, 2021 webOS TV 6.0, 2020 webOS TV 5.0, 2018 - 2019 webOS TV 4.x

  • Philips Smart TV:

2022 Philips Android MTK9970 AP TPM211EA, 2020-2021 Philips Android MTKT32 AP TPM215E, 2019-2020 Philips Android MTK5599 AP (MSAF) TPM191E 

Sila kunjungi laman Viu untuk maklumat lanjut. 

 

4. Apakah akses yang tersedia dalam Viu?

Dengan langganan premium, Viu menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:

Pelan Premium Viu

Tonton semua kandungan

Muat turun kandungan terpilih

(maksimum 10 peranti mudah alih) ^

Buat profil

Sehingga 7

Penstriman serentak

1 skrin

Log masuk maksimum

3 peranti

Pemancaran/ Airplay

Kualiti video maksimum ^^

Sehingga Full HD

(1080p)

Kualiti audio maksimum

Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby)

Peranti yang serasi

Telefon, tablet, komputer riba, TV

Iklan

Tiada iklan video

 

5. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Viu?

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Viu.

 

6. Bagaimanakah saya boleh menikmati Viu?

Pelanggan CelcomDigi yang melanggan pas penstriman berikut boleh menikmati Viu secara automatik sebagai sebahagian daripada langganan mereka.

Pas ViuHargaInternet Pantas
(5G/4G)
Internet Tanpa Had
(5G/4G)
Hotspot
(5G/4G)
PanggilanTempoh Sah KuotaTempoh Sah Akses ViuPembaharuan Automatik
SpeedStream Viu 44RM44.0055GB*Tanpa had
(3Mbps)
3GB
(100Mbps)
Tanpa had
(semua rangkaian)
30 hariN+30 hari
(penghujung hari)
Ya

*Kuota 55GB berkelajuan tinggi (5G/4G) tidak boleh digunakan untuk tethering atau hotspot. 

 

7. Adakah saya layak untuk melanggan SpeedStream Viu (Premium) 55GB Tanpa Had 12Mbps?

Pelanggan CelcomDigi Prepaid pada pelan-pelan ini layak untuk membeli pas pembaharuan automatik ini:

Pass Add On

Pelan Celcom

Pelan Digi

  • StreamMORE VIU RM17.90
  • SpeedStream Viu 44

 

  • CelcomDigi Prepaid 5G Biru
  • Celcom Xpax 
  • Celcom XPAX 
  • Celcom XPAX 2021 
  • XPAX 
  • Xpax 
  • XPAX TURBO 
  • XPAX Youth 
  • Xpax24 
  • Xmax 
  • Xmid 
  • X2 
  • Travel Pack 
  • SOX-UOX 
  • New UOX 
  • New SOX 
  • Magic SIM 
  • IOX Data Only 
  • IOX 
  • Holiday SIM 
  • DataOnly 
  • BlueKhas 
  • Blue
  • CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
  • Digi prepaid NEXT   
  • Digi PREPAID NEXT   
  • Digi Prepaid NEXT   
  • Raja kombo   
  • Raja Kombo   
  • Digi Prepaid Best 2017   
  • DiGi Best Prepaid v4   
  • DiGi Easy Prepaid v3  
  • Digi Prepaid LiVE 


8. Bagaimana saya boleh melanggan CelcomDigi Viu Bundle?

Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.

Saluran

Langkah-langkah Pembelian

Aplikasi Celcom Life

 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Pilih ‘Shop’  

Langkah 3: Pilih Bundle yang diingini ‘SpeedStream VIU (Premium) 55GB Unlimited 12Mbps’ 

Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian pas bundle Viu yang diingini.

Aplikasi MyDigi

 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi
Langkah 2: Pilih 'Shop' 

Langkah 3: Pilih ‘SpeedStream VIU (Premium) 55GB Unlimited 12Mbps’

Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian pas bundle Viu yang diingini.

 

9. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan bundle berjaya? 

Ya, anda akan menerima SMS selamat datang selepas langganan berjaya dan juga SMS yang mengandungi butiran log masuk untuk akses Viu. SMS ini akan dihantar ke nombor mudah alih utama anda. 

 

Jika anda tidak menerima SMS tersebut, anda masih boleh mencuba untuk log masuk ke aplikasi Viu. Jika log masuk gagal, sila lawati laman Bantuan kami.

 

10. Bagaimana saya boleh mengakses akaun Viu saya?

Anda boleh log masuk melalui OTP yang dihantar ke nombor telefon CelcomDigi anda semasa log masuk. Sila rujuk soalan lazim ke 12 untuk maklumat lanjut.

 

11. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan Viu. Apa yang perlu saya lakukan? 

Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor mudah alih CelcomDigi tersebut. Untuk bantuan lanjut, sila lawati laman Bantuan kami.

 

12. Selepas pengaktifan bundle berjaya, bagaimanakah cara untuk log masuk ke Viu? 


Melalui pelayar web:

Langkah 1: Masuk ke laman Viu dan pilih ‘Subscribe Now’.

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan semasa melanggan)

Langkah 3: Setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia

Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada pelayar

Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke e-mel anda (langkah ini boleh diabaikan)

Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke Viu, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’

Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk profil anda

Langkah 8: Pilih bahasa kandungan pilihan anda

Langkah 9: Mula menstrim!

 

Melalui aplikasi mudah alih iOS/ Android:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu

Langkah 2: Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia

Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk

Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada aplikasi

Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP (langkah ini boleh diabaikan)

Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke Viu, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’

Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk profil anda

Langkah 8: Pilih bahasa kandungan pilihan anda

Langkah 9: Mula menstrim!


Untuk peranti ruang tamu:

Langkah 1: Buka aplikasi Viu dari peranti ruang tamu

Langkah 2: Klik ‘Agree and Continue’

Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda untuk log masuk

Langkah 4: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda

Langkah 5: Anda kini telah log masuk ke peranti ruang tamu anda.

 

13. Saya telah melanggan CelcomDigi Viu bundle. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?  

  • Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota Internet Viu sah sehingga waktu langganan pada hari ke-30 langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan. 
  • Tempoh Sah Akses Viu: Akses Viu akan sah sehingga jam 11:59 malam pada hari ke-30 langganan. Contoh seperti berikut: 

Akses Viu

Bermula

Akses Viu

Tamat

30 Disember 2024 3:00 p.m.

30 Januari 2025 11:59 p.m.

 

14. Bolehkah saya melanggan CelcomDigi Viu bundle pas yang sama berkali-kali?

Tidak, anda tidak dibenarkan untuk melanggan pas CelcomDigi Viu bundle yang sama berkali-kali. Walaubagaimanapun, jika anda membeli bundle Viu yang berbeza iaitu (StreamMORE Viu dinaik taraf ke SpeedStream Viu bundle), langganan Viu sebelum ini akan dibatalkan dan tidak akan diperbaharui. Pembaharuan akan diteruskan dengan langganan terkini sahaja iaitu SpeedStream Viu (Premium) 55GB + Unlimited 12Mbps bundle.

 

15. Saya telah melanggan pakej CelcomDigi Viu bundle. Apa yang akan berlaku jika saya tamatkan talian atau pindah keluar?

Jika anda menamatkan talian atau pindah keluar, anda tidak akan dapat mengakses Viu dengan serta-merta. Tiada pro-rata, caj penuh masih akan dikenakan.

 

16. Saya telah melanggan pas CelcomDigi Viu bundle. Apa yang akan berlaku jika saya memindahkan talian saya ke nama pemilik lain (Transfer of Ownership)?

Akses kandungan akan dipindahkan kepada pemilik baru nombor telefon tersebut. Kami menyarankan supaya anda membatalkan langganan perkhidmatan tersebut sebelum melakukan pemindahan pemilikan ke nama pemilik lain.

 

17. Saya telah menghabiskan kuota internet saya untuk menstrim kandungan di Viu. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda boleh melanggan pas one-time CelcomDigi atau melanggan pas bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di Viu.

 

18. Apa yang akan terjadi dengan pembaharuan automatik pas Viu bundle saya jika baki talian saya tidak mencukupi? 

Pembaharuan automatik pas Viu bundle akan dibatalkan dan anda perlu melanggan semula pas Viu bundle tersebut.

 

19. Saya mempunyai langganan Viu yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (penagihan pengendali/ kad bank). Bolehkah saya masih melanggan CelcomDigi Viu Bundle menggunakan nombor telefon yang sama?

Harap maklum, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain.

 

20. Saya mempunyai lebih dari satu nombor telefon CelcomDigi, bolehkah saya tukar log masuk Viu saya ke nombor lain?

Tidak, akses Viu tidak boleh dipindahkan ke nombor telefon lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Viu menggunakan nombor telefon CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.


Jika anda mempunyai nombor telefon CelcomDigi yang lain, anda perlu melanggan pas CelcomDigi Viu bundle yang baru menggunakan nombor telefon baru melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.

 

21. Bolehkah saya menggunakan pas CelcomDigi Viu bundle saya pada peranti lain?

Ya, anda boleh log masuk pada peranti yang serasi menggunakan nombor telefon CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.

 

22. Saya bukan pelanggan CelcomDigi, bolehkah saya melanggan pas CelcomDigi Viu bundle? 

Hanya pelanggan CelcomDigi yang layak untuk membeli CelcomDigi Viu bundle pass. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum dapat melanggan Viu bundle pass dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang baik.

 

23. Bolehkah saya menggunakan kuota CelcomDigi Viu bundle pass saya untuk perantauan (roaming)?

Tidak. Kuota ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia).

 

24. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan CelcomDigi Viu bundle. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Sila lawati laman Bantuan kami.

 

25. Apakah terma akses saya ke Viu?

Melalui langganan Viu, sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Viu, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa dia (anda) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut: 

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
  2. Terma Penggunaan Viu
  3. Terma Akaun Viu
  4. Dasar Privasi Viu 
  5. Kenyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi Viu

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article