CelcomDigi Meriahkan2025G: Tawaran PWP & Barangan Disney PERCUMA
Modified on Tue, 3 Dec at 5:00 PM
1. Apakah promosi dalam kedai untuk kempen Meriahkan 2025G?
Ia adalah promosi selama 3 bulan, daripada 3 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025, ekslusif di CelcomDigi Store, Celcom bluecube dan Digi Store di seluruh negara. Pelanggan akan layak untuk item promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) pada harga RM1, RM11, atau RM111 sahaja untuk setiap transaksi layak yang berjaya. Pelanggan juga akan layak untuk mendapat 1x Barangan Disney PERCUMA apabila melanggan Disney+ Hotstar melalui StreamMORE Add-Ons, SpeedStream, dan CelcomDigi ONE Ultra; atau apabila melanggan Phone Care.
2. Siapakah yang layak untuk mendapat item PWP pada harga RM1, RM11, atau RM111?
Pelanggan mesti melanggan mana-mana pelan CelcomDigi RM100 & ke atas:
- CelcomDigi Postpaid 5G 100, CelcomDigi Postpaid 5G 120, CelcomDigi Postpaid 5G 140, atau CelcomDigi Postpaid 5G 160
- CelcomDigi ONE Ultra atau CelcomDigi ONE Pro
- Mana-mana Peranti Easy360
- Mana-mana pelan CelcomDigi Fibre atau pelan CelcomDigi 5G Home WiFi
Selain itu, pelanggan mesti tergolong dalam mana-mana kriteria berikut:
- Pelanggan baharu
- Pelanggan port-in (MNP)
- Pelanggan yang menukar pelan (naik taraf pelan sahaja)
3. Siapakah yang layak untuk mendapat barangan Disney percuma?
Pelanggan mesti melanggan:
- Disney+ Hotstar melalui StreamMORE Add-Ons, SpeedStream, atau CelcomDigi ONE Ultra
- Mana-mana langganan Phone Care
4. Bolehkah saya memilih barangan Disney percuma tersebut?
Tidak, barangan Disney percuma berbeza di setiap kedai. Anda boleh menyemak dengan kedai masing-masing untuk item yang tersedia.
5. Bolehkah saya mendapat lebih daripada satu (1) item PWP untuk transaksi saya?
Ya, pelanggan layak mendapat maksimum dua (2) item PWP untuk setiap transaksi yang layak.
6. Ke manakah saya harus pergi untuk menyertai promosi di kedai ini?
Anda boleh mengunjungi CelcomDigi Stores, Celcom bluecube dan Digi Stores terdekat anda di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article