Tawaran Eksklusif Dalam Talian CelcomDigi 5G Home WiFi
Modified on Tue, 3 Dec at 5:00 PM
1. Apakah tawaran ekslusif dalam talian CelcomDigi 5G Home WiFi?
Daftar pelan CelcomDigi Home WiFi (Pelan + Router) secara dalam talian di laman web CelcomDigi dan nikmati rebat bulanan RM10 pada pelan Home WiFi, anda hanya membayar sebanyak RM69 sebulan selama 24 bulan.
2. Berapa lamakah tawaran ini akan tersedia?
Tawaran ini sah dari 3 Disember - 31 Disember 2024, sementara stok masih ada.
3. Siapakah yang layak untuk mendapat tawaran ini?
Pelanggan baharu yang mendaftar untuk pelan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) melalui pembayaran sendiri secara dalam talian di laman web CelcomDigi semasa tempoh kempen ini adalah layak untuk promosi ini. Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran melalui Kedai CelcomDigi, tele-sales, atau pengedar yang sah, serta pelanggan Refer & Earn tidak layak untuk tawaran ini.
4. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tawaran ini?
Untuk mendaftar pelan CelcomDigi 5G Home WiFi dengan promosi ini, sila layari laman web CelcomDigi di https://fibre.celcomdigi.com/home-wifi.
5. Apakah tawaran dan bayaran pelan?
Nama Pakej | 5G Home WiFi (Pelan + Router) |
Komitmen Bulanan | RM149 |
Rebat | RM70 + RM10 x 24 bulan |
Komitmen bulanan bersih yang perlu dibayar | RM69 |
Kontrak | 24 bulan |
Kelayakan | Dengan Pascabayar =/> RM60 dan ke atas |
6. Saya baru sahaja menerima bil pertama saya. Mengapa saya tidak nampak sebarang rebat?
Rebat akan diberikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Oleh itu, dalam bil bulan pertama, anda masih perlu membayar jumlah penuh yang ditunjukkan dalam bil anda. Tetapi jangan risau, rebat akan ditunjukkan pada bulan 2 dan seterusnya untuk 24 bulan berturut-turut.
7. Jika saya telah melanggan CelcomDigi 5G Home WiFi pelan sahaja, adakah saya akan menikmati tawaran ini?
Tawaran rebat ini hanya akan diberikan kepada pelanggan baharu yang melanggan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) secara dalam talian di laman web CelcomDigi semasa tempoh promosi sahaja.
8. Adakah terdapat bayaran pendahuluan?
Ya, untuk 5G Home WiFi (Pelan + Router) pendaftaran adalah tertakluk kepada bayaran pendahuluan RM288 dan akan direbatkan sebagai RM12 dalam tempoh 24 bulan dan akan dikreditkan ke bil anda berdasarkan kitaran bil.
9. Bagaimana jika saya ingin membatalkan langganan saya?
Penamatan perkhidmatan hanya boleh dilakukan di Celcom bluecube dan Digi Stores. Anda akan dikenakan caj penalti berdasarkan jumlah baki kontrak x yuran bulanan atau minima RM500 (mana-mana yang lebih tinggi) jika anda memilih untuk menamatkan perkhidmatan anda sebelum tamat tempoh kontrak.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article