Soalan Lazim: Tawaran Port-In RM20 CelcomDigi Postpaid 5G

Modified on Thu, 5 Feb at 3:06 PM

1. Bilakah tempoh tawaran ini? 

Kempen tawaran ini adalah terhad bermula pada 5 Februari dan akan berterusan sehingga diberitahu kelak.

 

2. Siapakah yang layak untuk tawaran port-in pascabayar ini?

Pelanggan yang port-in talian pascabayar mereka ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 semasa tempoh kempen layak untuk tawaran rebat ini.

 

3. Apakah yang saya akan dapat jika saya port-in talian pascabayar saya ke CelcomDigi semasa tempoh kempen ini?

Anda akan menikmati rebat pada yuran komitmen bulanan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 berikut:

Rebat Port-In

Kelayakan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026

RM20 Rebat x 6 Bulan

  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026

RM10 Rebat x 6 Bulan

  • CelcomDigi Postpaid 5G 45 SE 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 65 SE 2026

 

4. Bilakah saya akan menikmati rebat ini?

Rebat bil akan tertera pada bil bulanan kedua anda.

 

5. Di mana saya boleh mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026? 

Anda boleh mengaktifkan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 anda serta-merta di sini. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Kedai CelcomDigi terdekat untuk port-in ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026.

 

6. Adakah rebat RM20 x 6 bulan ini mempunyai kontrak?

Tidak. Rebat RM20 x 6 bulan untuk port-in tidak disertakan dengan kontrak.

 

7. Adakah tawaran ini hanya sah jika saya mendaftar dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Tawaran rebat port-in adalah sah untuk kedua-dua pilihan iaitu pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 atau dengan peranti. 

 

8. Bolehkah saya menikmati tawaran ini bersama rebat kontrak RM10 x 12 bulan untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Ya. Anda boleh menikmati kedua-dua rebat Freedom Add-Ons dan rebat port-in.

 

9. Apa yang akan berlaku kepada rebat saya jika saya menukar ke pelan lain?  

Rebat port-in anda akan diteruskan sekiranya anda menaik taraf ke pelan pascabayar lain yang layak. Walau bagaimanapun, rebat port-in anda akan dibatalkan sekiranya anda menurunkan taraf ke pelan yang tidak layak.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article