Peranti Tambahan CelcomDigi - Percuma Permasangan FTTR (1+1) dengan Langganan Pelan CelcomDigi Fiber 1Gbps

Modified on Wed, 3 Jul at 10:04 AM

Kelayakan:


1. Siapakah yang layak untuk melanggan pelan 1Gbps dan dapat Fibre-To-The-Room 1+1 secara percuma?  

Pelanggan baharu pelan 1Gbps CelcomDigi Fiber yang merupakan pelanggan sedia ada Celcom, Digi, atau Postpaid 60 ke atas dan bermastautin di kawasan Lembah Klang* terpilih adalah layak untuk tawaran eksklusif ini, berbanding rebat 6 bulan percuma. 

Nota: *Lembah Klang: sila semak dengan staf kami untuk status kelayakan kawasan anda.


2. Berapa lamakah tempoh  FTTR 1+1 Percuma ini akan tersedia? 

Ini adalah tawaran tempoh terhad dan CelcomDigi berhak untuk menggantung atau menamatkan tawaran ini pada bila-bila masa.


3. Jika kawasan saya di Lembah Klang tidak layak untuk mendapat tawaran FTTR 1+1 percuma, bagaimanakah saya boleh membelinya?

Sila ikuti langkah-langkah ini untuk membeli FTTR: 

Langkah 1: Pastikan anda melanggan pelan CelcomDigi Fiber 1Gbps, pelan Postpaid 60 ke atas dan bermastautin di Lembah Klang.  

Langkah 2: Untuk menambah FTTR CelcomDigi, sila berikan butiran anda dan pakar fiber kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat.  

Langkah 3: Terima pautan pembayaran FTTR dan tarikh pemasangan. Sila maklum sebarang pembatalan akan dikenakan penalti.  

Langkah 4: Pakar pemasangan fiber kami akan menghubungi anda untuk menetapkan pemasangan FTTR anda. Bersedia-sedia untuk pengalaman FTTR CelcomDigi yang mengagumkan!


4. Adakah saya akan menerima peranti tambahan FTTR percuma sewaktu pemasangan perkhidmatan CelcomDigi Fiber saya?   

Ya, FTTR 1+1 percuma anda akan disediakan pada hari yang sama fiber anda dipasang.  


5. Apa itu FTTR dan apakah manfaatnya untuk saya? 

Untuk maklumat lanjut bagaimana FTTR berupaya mengubah pengalaman fiber kediaman anda, sila baca soalan lazim FTTR kami di sini.


6. Ada ini turut disertakan dalam persediaan FTTR 1+1 Percuma? 

Berikut adalah senarai yang diberikan secara percuma kepada anda:

CelcomDigi FTTR  
1+1
Unit Utama1 unit
Unit hamba
1 unit
ATB 4 port/Splitter
1 Unit
ATB 2 port
1 unit
Kabel Optik Lutsinar
sehingga 50.5m


Penamatan:


1. Saya telah memilih FTTR 1+1 Percuma sebagai sebahagian daripada pelan langganan 1Gbps saya dan telah membuat temujanji pemasangan. Bolehkah saya menukar pilihan saya? 

Ya, anda boleh menukar pilihan percuma dengan pelan 1Gbps sekurang-kurangnya 72 jam sebelum temujanji pemasangan anda yang dijadualkan bermula. Jika anda membuat permohonan tukar selepas tempoh 72 jam ini, yuran pembatalan sebanyak RM200 akan dikenakan.


2. Apa yang akan terjadi kepada peranti FTTR percuma ini jika saya menamatkan khidmat CelcomDigi Fiber?   

Sekiranya anda membuat keputusan untuk menamatkan khidmat CelcomDigi Fiber dengan kontrak, anda akan dikenakan yuran penalti peranti. Yuran penalti peranti ini dikira berdasarkan jumlah baki bulan dalam kontrak 24 bulan dan baki nilai bulanan tambahan FTTR 1+1.


Pengiraan yuran penalti peranti adalah seperti berikut 

  • Jumlah bulan berbaki dalam kontrak 24 bulan.   
  • Gandakan nombor ini dengan nilai bulanan tambahan FTTR 1 +1 (RM1,920 dibahagikan 24 bulan, setara dengan RM80 sebulan). 

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai baki 10 bulan dalam kontrak anda, yuran penalti anda akan menjadi: 

Baki bulanan x Nilai bulanan 1+1=10×RM80=RM800 


3. Selain daripada yuran penalti peranti, masihkah ada yang Penalti lain yang saya perlu bayar sekiranya saya menamatkan kontrak saya sebelum mencukupi tempoh 24 bulan?

Anda juga perlu membayar penalti penamatan seperti dinyatakan di sini.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang tambahan CelcomDigi Fiber kami yang lain, anda boleh semak senarai lengkap tambahan yang ada di sini


 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article