Peranti Tambahan CelcomDigi Fiber - Percuma Permasangan FTTR (1+1) dengan Langganan Pelan CelcomDigi Fiber 1Gbps
Modified on Fri, 1 Aug at 4:21 PM
Kelayakan:
1. Siapakah yang layak untuk mendapatkan pelan Fibre-To-The-Room 1+1 secara percuma?
Pelanggan baharu pelan 1Gbps CelcomDigi Fiber yang merupakan pelanggan sedia ada Postpaid 60 ke atas adalah layak untuk tawaran eksklusif ini, dan juga boleh memilih sama ada rebat 6 bulan percuma.
2. Berapa lamakah tempoh tawaran FTTR 1+1 percuma ini akan tersedia?
Ini adalah tawaran tempoh terhad dan CelcomDigi berhak untuk menggantung atau menamatkan tawaran ini pada bila-bila masa.
3. Saya berminat untuk mendaftar pelan 1Gbps, bagaimana cara untuk mendapat tawaran FTTR 1+1 percuma?
Sila ikuti langkah-langkah ini untuk membeli FTTR:
Langkah 1: Untuk menambah FTTR CelcomDigi, sila berikan butiran anda di sini: https://www.celcomdigi.com/ms/fibre/campaign-fttr
Langkah 2: Pasukan CelcomDigi Fiber kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat.
Langkah 3: Anda akan menerima pautan pembayaran untuk CelcomDigi FTTR dan tarikh pemasangan. Sila maklum bahawa sebarang pembatalan akan dikenakan penalti.
Langkah 4: Pakar pemasangan fiber kami akan menghubungi anda untuk menetapkan pemasangan FTTR anda. Bersedia-sedia untuk pengalaman FTTR CelcomDigi yang mengagumkan!
4. Saya sudah mendaftar pelan 1Gbps dan juga pelan FTTR. Adakah saya akan menerima peranti tambahan FTTR percuma sewaktu pemasangan?
Ya, FTTR 1+1 percuma anda akan disediakan pada hari yang sama fiber anda dipasang.
5. Saya pelanggan pelan 1Gbps sedia ada, bolehkah saya menambah FTTR 1+1?
Ya, anda boleh. Kami mempunyai 3 pilihan pelan FTTR dari serendah RM49/bulan melalui Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan, pembelian terus dengan mana-mana kad debit/kredit atau pembayaran dalam talian dan e-wallet Boost/GrabPay.
6. Apakah senarai barang FTTR 1+1 Percuma yang akan saya terima?
Berikut adalah senarai yang diberikan secara percuma kepada anda:
CelcomDigi FTTR | 1+1 |
Unit Induk | 1 unit |
Unit Anak | 1 unit |
ATB 4 port/Splitter | 1 Unit |
ATB 2 port | 1 unit |
Kabel Optik Lutsinar | sehingga 50.5m |
7. Saya telah memilih FTTR 1+1 percuma sebagai sebahagian daripada pelan langganan 1Gbps saya dan telah membuat temujanji pemasangan. Bolehkah saya menukar pilihan saya?
Ya, anda boleh menukar pilihan percuma dengan pelan 1Gbps sekurang-kurangnya 72 jam sebelum temujanji pemasangan anda yang dijadualkan bermula. Jika anda membuat permohonan tukar selepas tempoh 72 jam ini, yuran pembatalan sebanyak RM200 akan dikenakan.
8. Apa yang akan terjadi kepada peranti FTTR percuma ini jika saya menamatkan khidmat CelcomDigi Fiber?
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menamatkan khidmat CelcomDigi Fiber dengan kontrak, anda akan dikenakan yuran penalti peranti. Yuran penalti peranti ini dikira berdasarkan jumlah baki bulan dalam kontrak 24 bulan dan baki nilai harga runcit dipasaran (RRP) bulanan tambahan FTTR 1+1.
Pengiraan yuran penalti peranti FTTR adalah seperti berikut
- Jumlah bulan berbaki dalam kontrak 24 bulan.
- Darabkan nombor ini dengan nilai bulanan tambahan FTTR 1 +1 (harga runcit dipasaran (RRP)RM1,920 dibahagikan 24 bulan, setara dengan RM80 sebulan).
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai baki 10 bulan dalam kontrak anda, yuran penalti anda akan menjadi:
Baki bulanan x Nilai bulanan 1+1=10×RM80=RM800
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article