Pas Bermusim UEFA EURO 2024™

Modified on Fri, 10 May 2024 at 10:00 AM

1. Apakah Pas Bermusim SPOT TV NOW UEFA EURO 2024™? 

Pas Bermusim SPOT TV NOW UEFA EURO 2024™ menawarkan akses penuh perlawanan secara langsung kepada anda, sorotan, kandungan bonus ekstra dan banyak lagi sepanjang kejohanan UEFA EURO 2024™, dari 14 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024. 


2. Berapa harga Pas Bermusim ini? 

Kami gembira untuk menawarkan pelanggan CelcomDigi dengan Tawaran Eksklusif Terhad ini pada harga RM29.99 untuk Pas Bermusim, sedia ada dari 10 Mei 2024 hingga 13 Jun 2024. Selepas tempoh ini, Pas Bermusim akan sedia ada pada harga RM42.99 dari 14 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024.  


3: Apakah Tawaran Ekskflusif Terhad? 

Sebagai promosi istimewa untuk pelanggan CelcomDigi, kami menawarkan Pas Bermusim pada kadar subsidi sebanyak RM29.99, dengan penjimatan RM13 daripada harga runcit biasa (HRD). Tawaran ini sah dari 10 Mei 2023 hingga 13 Jun 2024 dan bergantung kepada prinsip, siapa-cepat-dia-dapat. 


4. Siapa yang layak untuk Tawaran Eksklusif Terhad ini?  

Tawaran ini hanya terbuka untuk semua pelanggan CelcomDigi. Kami memberikan subsidi sebahagian daripada kos sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan berterusan anda. 


5. Bagaimana saya boleh membeli Pas Bermusim? 

Ikuti langkah-langkah berikut: 


Langkah 1: Pergi ke laman web SPOTV NOW di https://www.spotvnow.com/celcomdigi  

Langkah 2: Daftar atau log masuk ke akaun SPOTV NOW 

Langkah 3: Klik pada banner Pas Bermusim di laman utama 

Langkah 4: Pilih CelcomDigi sebagai cara pembayaran dan ikuti langkah-langkah untuk mengakhiri pembelian 

Langkah 5: Anda sudah bersedia untuk menonton kandungan sukan kegemaran anda! 


6. Bila bermulanya dan berakhirnya kejohanan UEFA EURO 2024™?  

Kejohanan ini berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024. Pastikan anda membeli Pas Bermusim anda pada masanya untuk menikmati semua aksi dari awal hingga tamat! 


7. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu Pas Bermusim dengan kadar diskaun? 

Tawaran ini terhad kepada satu (1) Pas Bermusim dengan diskaun bagi setiap pelanggan CelcomDigi. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin pelanggan kami dapat menikmati tawaran eksklusif ini. 


8. Bagaimana jika saya terlepas tempoh Tawaran Eksklusif Terhad? 

Jika anda terlepas tempoh tawaran eksklusif terhad, anda masih boleh membeli Pas Bermusim pada harga RM42.99 dari 14 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024, untuk menikmati akses penuh kepada kandungan UEFA EURO 2024™. 


9. Apakah peranti yang boleh saya gunakan untuk menonton kandungan Pas Bermusim UEFA EURO 2024™? 

Anda boleh menikmati kandungan Pas Bermusim UEFA EURO 2024™ pada pelbagai peranti, dengan kepastian fleksibiliti untuk menonton perlawanan di mana sahaja yang anda suka: 


  • Peranti Mudah Alih: Telefon pintar Android dan tablet, telefon pintar dan tablet iOS. 
  • Komputer: Melalui mana-mana pelayar web moden (Chrome, Firefox, Safari, Edge) pada Windows dan macOS. 
  • Android TV atau Chromecast dengan Google TV: Pastikan versi sistem operasi Android TV anda adalah versi 8.0 dan ke atas. Tidak sesuai dengan peranti yang di-root.  

Anda juga boleh menonton meggunakan 2 peranti serentak, sama ada Android TV + peranti mudah alih atau Android TV + pelayar web. 


Sila semak bahawa model dan sistem operasi peranti anda disokong dengan melawati laman web SPOTV NOW atau menghubungi perkhidmatan pelanggan SPOTV NOW. Kualiti streaming mungkin berbeza berdasarkan keupayaan peranti, kelajuan sambungan internet, dan trafik platform semasa.


10. Bagaimana Pas Bermusim akan dihantar? 

Anda perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna SPOTV NOW sebelum membuat pembelian. Setelah pembelian selesai, anda akan dapat melihat pas tersebut dalam akaun SPOTV NOW anda. 


11. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya menghadapi masalah dengan Pas Bermusim? 

Untuk bantuan atau pertanyaan mengenai Pas Bermusim UEFA EURO 2024™, sila hubungi SPOTV NOW secara langsung di enquiries@spotvmedia.com


 


 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article