Tawaran Perantauan CelcomDigi Postpaid 5G (Johor): Perantauan Tanpa Had Percuma di Singapura, Indonesia & Thailand (SIT)

Modified on Mon, 17 Jun at 9:32 PM

1.Siapakah yang layak untuk Perantauan Tanpa Had Percuma di Singapura, Indonesia & Thailand ini? 

Semua pelanggan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 80 yang mendaftar untuk pelan tersebut di mana-mana kedai Celcom bluecube, Celcom Certified Partner, Digi Store, Digi Store Express atau dealer Celcom atau Digi di negeri Johor mulai 1 Disember 2023 akan layak untuk tawaran tersebut. 

Nota: Pelanggan CelcomDigi sedia ada yang menukar pelan mereka kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 tidak layak untuk tawaran ini


2. Bagaimanakah saya akan mendapat tawaran ini?

Anda akan mendapat tawaran ini serta merta setelah pengaktifan talian berjaya. 


3. Adakah tawaran ini disertakan dengan kontrak?

Tidak, sebaik sahaja anda mendapat tawaran ini, anda akan terus menikmatinya selagi anda kekal menggunakan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80. 


4. Adakah terdapat dasar penggunaan yang adil (FUP) pada perantauan tanpa had? 

Ya, terdapat FUP harian sebanyak 2GB pada kuota perantauan tanpa had. Sebaik sahaja 2GB digunakan sepenuhnya, kelajuan anda akan dikurangkan kepada 1mbps. 


5. Apakah yang akan berlaku jika saya membeli pas perantauan apabila saya pergi merantau di Singapura, Indonesia atau Thailand?

Kuota daripada pas perantauan yang anda beli akan digunakan terlebih dahulu. Setelah kuota pas perantauan telah digunakan sepenuhnya, ia akan bertukar kepada kuota Perantauan Tanpa Had Percuma. 


6. Apakah yang akan berlaku kepada tawaran jika saya menukar pelan saya?

Tawaran akan digugurkan. 


7. Adakah saya akan kehilangan tawaran jika saya daftar untuk kontrak?

Tidak, anda akan terus menikmati tawaran ini selagi anda kekal menggunakan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80. 


 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article