CelcomDigi Fiber Kempen Jualan Pertengahan Tahun

Modified on Thu, 16 May 2024 at 09:00 AM

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranti tambahan CelcomDigi Fiber yang lain, sila layari laman web kami di sini. 


Kelayakan:


1. Siapakah yang layak untuk membeli Bundle Terhebat Peminat Bola ?  

Semua pelanggan baru dan sedia ada CelcomDigi Fiber layak membeli bundle ini. 


2. Bilakah tempoh Kempen Jualan Pertengahan Tahun CelcomDigi Fiber? 

Tempoh kempen adalah dari 14 Mei 2024 hingga 14 Julai 2024. 

 

3. Bagaimana dan di mana boleh saya membeli CelcomDigi Fiber dan peranti tambahan? 

Berikut adalah panduan untuk membantu anda melalui proses pembelian:  

Langkah 1: Daftar untuk pelan CelcomDigi Fibre di sini. 

Langkah 2 : Pakar fiber kami akan menghubungi anda untuk membantu pendaftaran fiber dan pembelian peranti tambahan anda . Anda akan menerima pautan WhatsApp untuk membuat pembelian di kedai dalam talian kami. 

Langkah 3: Buat pembayaran anda. Anda akan menerima kod kupon melalui emel dalam masa 2 hari bekerja. Ikuti langkah-langkah untuk menebus kod kupon seperti  yang disenaraikan dalam soalan yang lebih lanjut dalam FAQ ini. TV anda akan dihantar kepada anda mengikut jadual yang dinyatakan di bawah.  

 

4. Adakah saya akan menerima peranti tambahan sewaktu pemasangan perkhidmatan CelcomDigi fiber saya?      

Tidak, peranti tambahan akan dihantar secara berasingan ke rumah anda. Penghantaran akan diatur mengikut jadual penghantaran rakan kongsi CelcomDigi Fiber  


5. Adakah pembelian peranti tambahan yang boleh saya beli terhad?   

Ya, bilangan peranti tambahan yang boleh anda beli adalah terhad. Setiap pelanggan hanya layak untuk membeli maksimum tiga (3) tambahan (termasuk peranti tambahan CelcomDigi Fibre lain bernilai RM500 atau lebih tinggi). 


Pembayaran:


1. Apakah kaedah pembayaran yang sedia ada untuk pembelian peranti tambahan ini? 

Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang mudah untuk pilihan anda. Berikut adalah pilihan yang sedia ada: 


[DIUTAMAKAN]: Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 0% : Anda boleh memilih untuk membayar peranti tambahan anda secara ansuran dengan faedah 0% untuk tempoh 12 bulan atau 24 bulan. Pilihan ini ditawarkan secara eksklusif kepada pemegang Kad Kredit Maybank dan CIMB.  


Pembayaran penuh: Sekiranya anda ingin membuat pembayaran penuh, anda boleh memilih kaedah pembayaran berikut: 

  • Pembayaran atas talian 
  • Mana-mana kad kredit/debit 
  • Boost/GrabPay e-wallet 


2. Bolehkah saya membahagikan jumlah pembayaran ansuran EPP kepada beberapa kad kredit yang berlainan? 

Pada masa ini, kami hanya menerima satu kaedah pembayaran, iaitu melalui satu kad debit / kredit. 


3. Bolehkah saya membayar menggunakan lebih daripada satu kaedah pembayaran iaitu sebahagian pembayaran melalui kad debit & baki pembayaran melalui kad kredit?  

Maaf, kami hanya menerima satu kaedah pembayaran menggunakan satu kad debit/kredit.   


4. Saya telah membuat bayaran pendahuluan penuh untuk pembelian peranti tambahan. Bolehkah saya membatalkan transaksi tersebut dan beralih kepada kaedah pembayaran ansuran EPP?   

Untuk membatalkan dan menukar transaksi anda kepada ansuran EPP, anda perlu berhubung terus dengan pihak bank anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan untuk menawarkan ansuran EPP adalah tertakluk kepada terma & syarat pihak bank anda.  


5. Saya tidak mempunyai kad kredit CIMB / Maybank. Bolehkah saya membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan menggunakan kad kredit lain?  

Ya, anda masih boleh membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh membuat pembelian secara pembayaran penuh menggunakan Kad Debit/Kredit. Kaedah pembelian ansuran tanpa faedah EPP 0% hanya ditawarkan untuk pemegang kad kredit CIMB & Maybank.    


Penamatan:   


1. Apakah yang akan berlaku kepada peranti tambahan saya jika saya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fiber   

Walaupun anda memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fiber, peranti tambahan anda masih milik anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli peranti tambahan tersebut melalui kaedah pembayaran EPP, anda diwajibkan untuk menyelesaikan ansuran bulanan dengan pihak bank anda sehingga tamat tempoh ansuran. 


Bayaran Balik:


1. Saya telah membuat bayaran untuk peranti tambahan tetapi saya memutuskan untuk membatalkan transaksi tersebut dan memohon bayaran balik. Apakah proses untuk saya membatalkan transaksi dan memohon bayaran balik? 

Sebaik sahaja anda membuat pesanan, pembatalan atau permohonan bayaran balik tidak dibenarkan. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi pihak yang disenaraikan di atas untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan. 


Penghantaran Peranti TV Xiaomi  


1, Bagaimanakah saya akan tahu jika kawasan saya dilindungi dalam liputan penghantaran? Adakah terdapat caj bayaran penghantaran tambahan untuk lokasi berbeza di seluruh Malaysia? 

Kami menyediakan penghantaran percuma. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat liputan penghantaran kami. 

 

2. Berapa lamakah tempoh penghantaran setelah saya membuat pembayaran? 

Produk dan Jenama Peranti TambahanKawasan PenghantaranJangkaan Masa Penghantaran
TV XiaomiSemenanjung MalaysiaLembah Klang: Anggaran dalam tempoh masa 3 hari bekerja

Semenanjung Malaysia: Anggaran dalam tempoh masa 7 hari bekerja.

Bagi kawasan yang tersenarai di sini, anggaran tempoh penghantaran adalah dalam tempoh masa 21 hari bekerja.
Sabah dan SarawakAnggaran dalam tempoh masa 14 hari  hingga 21 hari bekerja untuk kawasan yang tersenarai di sini.


3. Bolehkah alamat penghantaran saya berbeza daripada alamat pendaftaran CelcomDigi Fiber saya?  

Ya, alamat penghantaran anda boleh berbeza daripada alamat pendaftaran CelcomDigi Fiber anda. 


4. Bagaimanakah saya boleh menyemak status penghantaran saya?

Produk dan Jenama Peranti TambahanHubungi untuk Status Penghantaran
TV XiaomiPenghantaran diuruskan oleh syarikat kurier pihak ketiga. Pada hari penghantaran, syarikat kurier akan menghantar SMS kepada pelanggan yang mengandungi Nombor Nota Konsainan. SMS tersebut juga akan menyertakan nombor telefon untuk pelanggan mengatur semula penghantaran atau mengatur pengambilan sendiri.


5. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum penghantaran peranti saya? 

Pelanggan akan dimaklumkan tentang susunan penghantaran. Penghantaran barang akan dibuat dalam tempoh tarikh yang dipersetujui. Pelanggan mengakui bahawa tempoh penghantaran tertakluk kepada ketersediaan. Sebarang perubahan atau kelewatan akan dimaklumkan kepada pelanggan lebih awal. 


6. Adakah perkhidmatan pemasangan disediakan? 

Pemasangan untuk TV Xiaomi dalam lingkungan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah: 


Penghantaran dan pemasangan asas dengan pemegang TV adalah percuma. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memilih sebarang perkhidmatan pemasangan termasuk memasang TV pada dinding, caj pemasangan mungkin dikenakan.  

 

Caj pemasangan bergantung kepada pilihan pemasangan anda. Sila sahkan pilihan pemasangan anda sebelum penghantaran. 

  • Penghantaran sahaja (tanpa pemasangan) adalah percuma. 
  • Penghantaran dengan pemasangan pemegang TV adalah percuma. 
  • Penghantaran dengan pemasangan menggunakan pemegang dinding sedia ada di premis akan dikenakan caj sebanyak RM75. Nota: Pemegang sedia ada mesti telah dibor pada dinding dan sesuai dengan saiz TV baru. 
  • Penghantaran dengan pemasangan pemegang dinding baru yang memerlukan pengeboran akan dikenakan caj sebanyak RM200. Harga ini termasuk kos tenaga buruh dan kos pemegang dinding baru.  


Waranti Peranti, Pembaikan & Penyelesaian Masalah: 


1. Peranti saya tidak berfungsi. Bolehkah saya menghubungi CelcomDigi fiber  untuk bantuan penyelesaian masalah? 

Sekiranya peranti anda tidak berfungsi, sila teruskan menghubungi yang berikut:

Produk dan Jenama Peranti TambahanPihak untuk Dihubungi
TV Xiaomi

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9 pagi - 6 petang 


Talian Khidmat Pelanggan Mi Care: 1-800-18-0112  


Senarai Pusat Service:  https://www.mi.com/my/support/service-centre 


2. Apakah tempoh waranti untuk peranti tambahan Xiaomi TV di bawah?  

Jaminan TV Xiaomi adalah selama 2 tahun, manakala kawalan jauh dilindungi selama tempoh 6 bulan 


Pas Bermusim UEFA EURO 2024™

 

1. Apakah itu Pas Bermusim UEFA EURO 2024™ ? 

Pas Bermusim UEFA EURO 2024TM menawarkan akses penuh kepada perlawanan langsung, sorotan, kandungan bonus tambahan, dan banyak lagi sepanjang kejohanan UEFA EURO 2024™, dari 14 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024. 


2. Bagaimana cara menebus Pas Bermusim UEFA EURO 2024™ ? 

Ikuti langkah-langkah di bawah ini: : 

Langkah 1: Log masuk ke SPOTV di sini.  

Langkah 2: Pilih UEFA EURO 2024 Season Pass (CELCOMDIGI CUSTOMER ONLY) dan klik butang “Subscribe Now”. 

Langkah 3: Di halaman pembayaran, masukkan kod baucar dan tekan butang “Apply”. Klik di butang “Make Payment” di bahagian bawah untuk meneruskan. Nikmati Pas Bermusim UEFA EURO 2024™  anda! 

 

3, Bilakah  Kejohanan UEFA EURO 2024™ berlangsung? 

Kejohanan UEFA EURO 2024™ berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024. Pastikan anda membeli pas musim anda tepat pada masanya untuk menikmati semua aksi dari awal hingga akhir! 

 

4. Peranti apa yang boleh saya gunakan untuk menonton Pas Bermusim UEFA EURO 2024™? 

Anda boleh menggunakan : 

  • Peranti Mudah Alih: Telefon pintar dan tablet Android, telefon pintar dan tablet iOS 
  • Komputer: Melalui mana-mana pelayar web moden (Chrome, Firefox, Safari, Edge) pada Windows dan macOS. 
  • Android TV atau Chromecast dengan Google TV: Pastikan versi sistem pengendalian Android TV anda adalah 8.0 dan ke atas. 

Anda juga boleh menonton meggunakan 2 peranti serentak, sama ada Android TV + peranti mudah alih atau Android TV + pelayar web.  


5. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya mengalami masalah dengan pas musim saya? 

Sila hubungi SPOTV NOW secara langsung di enquiries@spotvmedia.com.  


 


 


  

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article