Pas Perantauan Haji Tanpa Had 45 Hari

Modified on Wed, 24 Apr 2024 at 10:55 AM

Tempoh Tawaran

23 April 2024 sehingga 30 Jun 2024


1. Apakah Pas Perantauan Haji Tanpa Had 45 Hari? 

Pas Perantauan Haji Tanpa Had 45 Hari ialah tawaran masa terhad yang membolehkan anda menikmati data tanpa had (Internet berkelajuan tinggi 2GB setiap hari) dan 30 minit panggilan percuma semasa tempoh promosi Haji. Promo ini sah dari 23 April 2024 hingga 30 Jun 2024. 
 

2. Apakah jenis panggilan perantauan yang diliputi dalam 30 minit panggilan percuma? 

  • Panggilan ke Malaysia 
  • Panggilan ke nombor Arab Saudi 
  • Menerima Panggilan


Nota: 

  • Setelah 30 minit percuma digunakan sepenuhnya, kadar panggilan standard akan digunakan. Sila rujuk SINI untuk menyemak kadar. 
  • Kadar standard juga akan digunakan jika anda membuat panggilan ke negara pihak ketiga (negara selain Malaysia atau Arab Saudi). 
  • Panggilan perantauan dikira berdasarkan blok 60 saat.
     

3. Apakah pengendali rangkaian pilihan di Arab Saudi? 


Celcom: 

  • Mobily 
  • STC 
  • Zain


Digi: 

  • STC 
  • Zain 


4. Jika saya mencapai had harian 2GB, adakah saya masih boleh menikmati Internet semasa merantau tanpa caj tambahan? 

Ya. Anda boleh meneruskan mengguna Internet tanpa caj tambahan. Walau bagaimanapun, kelajuan Internet anda akan dikurangkan kepada 1Mbps. Internet berkelajuan tinggi 2GB anda akan dimuat semula setiap hari pada jam 12 pagi sehingga pas anda tamat tempoh. 


5. Bolehkah saya membeli pas perantauan lain? Apakah yang akan berlaku kepada pas sedia ada saya? 

Ya anda boleh. Pelan sedia ada anda akan kekal aktif.


6. Bagaimana untuk membeli Pas Perantauan Haji dan bolehkah saya membelinya lebih awal? 

Anda boleh membeli pas perantauan anda melalui aplikasi Celcom Life & My Digi. Anda boleh membuat tempahan awal melalui aplikasi MyDigi sahaja. Sila rujuk langkah-langkah di bawah: 


Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi Celcom Life/MyDigi 

Langkah 2: Tekan ‘Buy Add-Ons’ 

Langkah 3: Tekan ‘Roaming’ dan pilih negara (Arab Saudi) 
Langkah 4: Tekan pada pas perantauan yang anda ingin beli 
Langkah 5: Pilih dan sahkan tarikh untuk mengaktifkan pas perantauan (untuk MyDigi, pas perantauan boleh diaktifkan sehingga 7 hari lebih awal) 
Langkah 6: Tekan ‘Confirm’ 

Sebagai alternatif, anda boleh membelinya dengan mendail *800# (Digi) atau *118# (Celcom) selepas tiba di negara destinasi (tiada fungsi tempahan awal dalam *800#). 

7. Bolehkah saya menggunakan Pas saya semasa/jika saya transit di Singapura atau mana-mana negara lain?
Tidak. Pas Perantauan Haji Tanpa Had 45 Hari hanya boleh digunakan di Arab Saudi. 

Jika penggunaan data dikesan semasa anda transit ke negara lain, Perantauan Internet Harian akan diaktifkan secara automatik untuk anda. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article