Viu Premium Percuma untuk CelcomDigi Postpaid 5G dan Fiber

Modified on Tue, 14 May 2024 at 10:00 AM

1. Apakah tawaran ini?

Tawaran ini ialah pemberian langganan Viu Premium secara percuma selama tiga bulan untuk pelanggan yang telah mendaftar pelan CelcomDigi Postpaid 5G dengan kontrak, bersama pelan CelcomDigi Fibre atau pelan 5G Home WiFi.


2. Apakah tempoh sah tawaran ini?

Tawaran ini sah dari 14 Mei 2024 - 10 Jun 2024.


3. Siapakah yang layak untuk tawaran ini?

Tawaran ini sah untuk semua pelanggan yang telah mendaftar pelan CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE atau Postpaid 5G 80 dengan kontrak 12 bulan ataupun Pakej MegaJimat (hanya untuk Postpaid 5G 80).


Para pelanggan juga harus mendaftar untuk mana-mana pelan CelcomDigi Fibre atau 5G Home WiFi, dan mengaktifkan talian fiber tersebut dalam masa satu bulan selepas pengaktifan pelan postpaid.


Hanya pendaftaran di kedai kami sahaja yang layak untuk tawaran ini.

 

4. Bagaimanakah akan saya menerima tawaran ini?

Pemberian langganan ini akan diberikan kepada nombor telefon pelanggan yang telah didaftarkan dengan pelan postpaid yang layak. Kod baucar akan dihantar ke pelanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi dalam bentuk kod penebusan.


Kami menyarankan para pelanggan untuk klik di bahagian 'Rewards' sekurang-kurangnya sekali untuk memastikan baucar langganan boleh dihantar dengan berjaya.


5. Adakah baucar ini terhad?

Baucar ini akan diberikan kepada pelanggan yang layak secara first come first serve, sementara stock masih ada.


6. Bagaimanakah boleh saya menebus baucar ini?

Setelah menerima SMS pengesahan atas penghantaran kod baucar, pelanggan boleh mengikut langkah-langkah di bawah untuk mendapatkannya dan menebus baucar tersebut melalui laman sesawang atau aplikasi Viu.


Untuk pengguna Celcom Life:

 

Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Klik 'Rewards' pada sudut kanan atas di halaman 'Home'

A screenshot of a phone

Description automatically generated

 

Langkah 3: Pilih 'My Rewards' dan klik 'Use Now' pada baucar Viu Premium

Langkah 4: Terima terma dan syarat dan klik 'Use Now'

Langkah 5: Ikuti arahan seterusnya untuk menebus baucar.

Penting: Langkah 5, kod baucar hanya boleh dipaparkan sekali sahaja. Pastikan anda tangkap layar halaman ini jika anda ingin menggunakan kod ini pada masa yang lain.

Untuk pengguna MyDigi:

 

Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi dan klik 'Shop'

Langkah 2: Klik kategori 'Rewards'

 

A screenshot of a phone

Description automatically generated

 

Langkah 3: Pilih 'My Rewards' dan klik 'View' pada baucar Viu Premium

Langkah 4: Klik 'View Voucher' untuk lihat dan salin kod anda.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article