Add-On Kelajuan
Modified on Fri, 17 Jan at 2:57 PM
1. Apakah Add-On Kelajuan?
Add-On Kelajuan Celcom XPAX akan meningkatkan kelajuan semasa Pas Tanpa Had mingguan atau bulanan dari 3Mbps sehingga 6Mbps untuk kuota asas tanpa had.
2. Bagaimanakah saya boleh melanggan Add-On Kelajuan?
Anda boleh melanggan melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118*3#.
3. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk Add-On Kelajuan?
Pembaharuan automatik tidak tersedia untuk semua pilihan Add-On Kelajuan.
4. Bolehkah saya melanggan Add-On Kelajuan tanpa pelan Internet?
Tidak. Add-On Kelajuan hanya boleh digunakan dengan Pas Tanpa Had aktif mingguan atau bulanan.
5. Apakah FUP untuk Add-On Kelajuan?
Add-On Kelajuan dengan kelajuan sehingga 6Mbps dilengkapi dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP). Apabila mencapai had FUP, anda akan melayari pada kelajuan sebenar sehingga 3Mbps sehingga pas tamat tempoh.
Had FUP berbeza untuk setiap Add-On Kelajuan:
- 4GB untuk Add-On Kelajuan 1 Jam.
- 24GB untuk Add-On Kelajuan 6 Jam.
- 28GB untuk Add-On Kelajuan dari 1:00 AM - 8:00 AM.
- 40GB untuk Add-On Kelajuan dari 8:00 AM - 6:00 PM.
- 100GB untuk Add-On Kelajuan mengikuti tempoh sah Pas Internet.
6. Apakah tempoh sah untuk Add-On Kelajuan RM10?
Jika anda melanggan Add-On Kelajuan RM10, tempoh sah Add-On Kelajuan anda akan mengikut baki tempoh sah Pas Tanpa Had Mingguan atau Bulanan.
Contoh:
- Pada 1 Januari, anda melanggan Pas Internet Tanpa Had Mingguan RM12 yang sah sehingga 7 Januari. Jika anda juga menambah Add-On Kelajuan RM10 pada 1 Januari, ia akan diselaraskan dengan baki tempoh sah Pas Internet Tanpa Had Mingguan RM12 anda sehingga 7 Januari.
- Pada 1 Januari, anda melanggan Pas Internet Tanpa Had Bulanan RM35 yang sah sehingga 30 Januari. Jika anda menambah Add-On Kelajuan RM10 pada 4 Januari, ia akan mengikuti baki tempoh sah Pas Internet Tanpa Had Bulanan RM35 anda hingga 30 Januari.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article