Scam Parcel

Modified on Thu, 4 Apr at 2:01 PM

Scam parcel melibatkan scammer yang memperdayakan mangsa dengan menyatakan bahawa mereka mempunyai parcel atau bungkusan yang akan dihantar. Scammer akan menyamar sebagai ejen perkhidmatan penghantaran dan menghantar SMS atau e-mel yang menyatakan bahawa anda mempunyai parcel yang gagal dihantar sebelum ini disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap.


Anda akan diminta untuk tekan pautan yang diberikan untuk menjadualkan semula penghantaran parcel tetapi sebenarnya pautan yang diberikan akan membawa anda masuk ke laman web palsu yang merupai laman web perkhidmatan penghantaran. Melalui pautan palsu, anda akan diperdaya untuk memberikan maklumat peribadi seperti butiran kad kredit ataupun maklumat log masuk. Dalam sesetengah kes, scammer menyatakan terdapat bayaran lebih ataupun caj cukai di mana anda perlu membuat bayaran untuk mendapatkan parcel tersebut. Scammer juga akan meminta bayaran melalui kaedah yang tidak konvensional seperti permindahan wang, kad hadiah ataupun mata wang krypto.


Scammer juga mengambil kesempatan di atas trend pembelian dalam talian atau online shopping dengan menghantar parcel dengan belian Cash on Delivery (COD) ke mana-mana alamat dengan harapan anda terlupa atau keliru dengan pembelian, dan anda akan terus membuat pembayaran untuk mengelakkan sebarang masalah.


Contoh mesej scam parcel:

A screenshot of a message

Description automatically generated

 

Perkara yang perlu diingati:

  • Berwaspada terhadap panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, e-mel dan SMS yang mengaku daripada perkhidmatan penghantaran.
  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan yang diberikan melalui SMS kerana ia mungkin akan mengumpul maklumat anda atau memuat turun malware ke dalam  peranti anda.
  • Sila jejaki pesanan anda melalui platform beli-belah atau perkhidmatan penghantaran secara langsung.
  • Sila pastikan kesahihannya parcel dengan menghubungi perkhidmatan penghantaran secara terus melalui laman web rasmi mereka.
  • Sila pantau sejarah pembelian secara talian anda dan penghantaran parcel yang dijangka. Ini akan membantu untuk memastikan mana-mana parcel pelik yang menggunakan Cash on Delivery (COD) dihantar tanpa jangkaan.
  • Jangan membuat bayaran untuk parcel yang anda tidak pasti. Jika anda mendapat parcel COD yang anda tidak pesan, jangan terima atau membuat bayaran. Tolak parcel tersebut dan minta penghantar untuk hantar semula kepada pengirim.
  • Sila gunakan kaedah pembayaran yang selamat dan boleh dikesan. Elakkan kaedah bayaran secara permindahan wang, kad hadiah atau mata wang kripto untuk membuat bayaran.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article