Panggilan Senyap

Modified on Thu, 15 Jan at 9:56 AM

Panggilan senyap berlaku apabila telefon anda berdering daripada nombor yang tidak dikenali atau nampak seperti nombor biasa, tetapi apabila anda menjawab, tiada apa-apa bunyi - tiada suara, tiada bunyi latar. Talian kekal senyap selama beberapa saat sebelum terputus. Ramai orang menganggap panggilan ini sebagai salah dail atau masalah rangkaian. Namun sebenarnya, pakar memberi amaran bahawa panggilan senyap selalunya adalah langkah awal penipuan, bertujuan mengumpul maklumat tanpa perlu bercakap secara langsung. 


Kenapa Panggilan Senyap Berlaku?

Panggilan senyap bukan berlaku secara tidak sengaja. Ia ada tujuan tertentu: 

  • Sahkan nombor telefon: Bila anda jawab, ia mengesahkan nombor anda aktif dan lebih bernilai untuk penipuan seterusnya. 
  • Rakam suara: Sebarang perkataan seperti “Hello” atau “Ya” boleh dirakam dan digunakan untuk peniruan suara menggunakan AI. 
  • Bina senarai sasaran: Nombor aktif akan dimasukkan ke dalam pangkalan data haram dan boleh dijual atau digunakan semula oleh sindiket scam. 
  • Persediaan untuk scam susulan: Selepas nombor disahkan, anda mungkin terima panggilan phishing, mesej bank palsu, atau penyamaran sebagai kurier atau pihak berkuasa. 
  • Kenal pasti masa terbaik hubungi anda: Scammer perhatikan bila anda menjawab panggilan dan akan hubungi semula pada waktu yang sama, kali ini dengan scammer sebenar. 


Cara Kenal Pasti Panggilan Senyap Scam

  • Panggilan berulang dari nombor tidak dikenali tanpa sebarang respon. 
  • Tiada langsung bunyi latar belakang. 
  • Talian terputus selepas beberapa saat senyap. 
  • Selepas itu, anda terima SMS atau WhatsApp yang mengaku dari bank, pihak berkuasa, atau syarikat penghantaran.  


Perkara Penting Perlu Diingat 

  • Terus letak telefon: Jika terima panggilan senyap dari nombor tidak dikenali, jangan bercakap. Penelefon sebenar akan perkenalkan diri dan tujuan panggilan. Jika tidak, terus tutup. 
  • Jangan bercakap langsung: Elakkan sebut “Hello”, “Ya”, atau apa-apa perkataan. Ini mengelakkan suara anda dirakam. 
  • Jangan hubungi semula nombor tersebut: Ia mungkin caj premium atau sambung kepada scammer lain. 
  • Jangan klik mesej susulan: Jika selepas panggilan senyap anda terima SMS atau WhatsApp yang menyamar sebagai bank, kurier, polis atau agensi kerajaan, lebih-lebih lagi yang mendesak tindakan segera - anggap ia mencurigakan. 
  • Sekat nombor: Kebanyakan telefon pintar boleh sekat nombor dengan mudah. Walaupun scammer sering tukar nombor, langkah ini boleh kurangkan gangguan. 
  • Aktifkan penapis scam/spam telefon: Android dan iPhone ada fungsi untuk senyapkan panggilan tidak dikenali dan lapor spam. Aktifkan untuk kurangkan cubaan scam di masa depan.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article