Penipuan Menang Hadiah / Cabutan Bertuah

Modified on Mon, 21 Jul at 1:53 PM

Tidak semua mesej “Tahniah, anda menang!” membawa berita baik — kadang-kadang, itu sebenarnya satu penipuan. 


Penipuan hadiah atau cabutan bertuah ialah taktik penipuan yang direka untuk memperdaya individu supaya percaya mereka telah memenangi hadiah wang tunai, barangan mewah atau pemberian eksklusif. Namun, untuk menuntut hadiah itu, “pemenang” perlu memberikan maklumat peribadi atau membuat bayaran seperti cukai, caj pemprosesan atau kos penghantaran. Hakikatnya, tiada hadiah sebenar, dan akibatnya boleh lebih teruk daripada sekadar kehilangan wang.

 

Bagaimana Penipuan Ini Berjalan?

  • Anda menerima mesej melalui e-mel, SMS atau media sosial yang memaklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah daripada pertandingan atau cabutan yang anda tidak pernah sertai.
  • Scammer sering menyamar sebagai jenama terkenal, selebriti atau influencer dan memaparkan acara cabutan bertuah palsu di media sosial supaya nampak sah.
  • Mereka gunakan ayat menarik seperti “Komen ‘MENANG’ untuk tuntut hadiah anda!” atau “Anda pemenang bertuah hari ini!” untuk tarik perhatian dan jadi tular.
  • Selepas anda like atau komen, scammer akan hantar mesej peribadi dan memberitahu anda telah menang secara rasmi.
  • Untuk “tuntut” hadiah, anda akan diminta membayar bayaran cukai, penghantaran atau pemprosesan.
  • Anda juga mungkin diarahkan klik pautan mencurigakan dan isi maklumat peribadi atau perbankan.
  • Mereka akan mendesak anda supaya bertindak segera, dengan kata-kata seperti “Hadiah ini adalah tawaran terhad” atau “Sahkan sekarang atau kami akan berikan kepada orang lain”.

 

Perkara yang Perlu Diingat:

  • Berhati-hati dengan Tawaran “Terlalu Bagus untuk Jadi Nyata”: Jika anda tidak pernah menyertai sebarang pertandingan atau cabutan bertuah, anda memang tidak menang. Scammer guna hadiah menarik untuk perangkap mangsa. Hati-hati dengan mesej yang muncul secara tiba-tiba.
  • Sentiasa Sahkan Dahulu: Jangan percaya maklumat hubungan dalam mesej tersebut. Semak laman web rasmi atau hubungi syarikat sebenar untuk pastikan kesahihan tuntutan.
  • Jangan Bayar untuk Menuntut Hadiah: Menang hadiah sepatutnya percuma. Jika diminta bayar apa-apa yuran atau untuk “tingkatkan peluang” menang—itu penipuan.
  • Jangan Didesak untuk Bertindak Segera: Jangan terburu-buru buat keputusan. Ambil masa untuk semak dan sahkan mesej sebelum bertindak balas.
  • Lindungi Maklumat Peribadi dan Kewangan Anda: Pertandingan sah tidak akan minta nombor akaun bank, kad pengenalan, kad kredit, atau OTP anda. Jangan sesekali dedahkan.
  • Elakkan daripada Menekan Pautan yang Mencurigakan: Mesej penipuan selalunya mengandungi pautan berbahaya yang boleh mencuri maklumat peribadi anda atau menjangkiti peranti anda dengan perisian hasad.
  • Guna Perisian Keselamatan Yang Dipercayai: Lindungi peranti anda dengan antivirus yang sentiasa dikemas kini. Aktifkan kemas kini automatik untuk perlindungan berterusan. 


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article