Soalan Lazim: Pelan Family & GadgetSIM CelcomDigi Postpaid 5G

Modified on Fri, 25 Oct at 2:51 PM

1. Bolehkah saya kongsikan kuota daripada talian utama saya ke Talian Family dan GadgetSIM saya?

Tidak, kuota untuk setiap pelan di bawah pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE hanya untuk penggunaan talian individu. Namun, sila ambil perhatian bahawa pelan CelcomDigi Postpaid 5G Family datang dengan kuota sekurang-kurangnya 90GB dan anda boleh memilih pelan dengan kuota tanpa had manakala pelan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM mempunyai kuota sekurang-kurangnya 30GB.


2. Saya pelanggan Celcom/Digi yang memiliki talian Family di bawah akaun saya. Perlukah saya tukar talian Family saya ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G Family jika saya tukar pelan utama ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE?

Ya, anda perlu tukar semua talian anda ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE.


3. Saya pelanggan Digi yang memiliki talian GadgetSIM di bawah akaun saya. Bolehkah saya menyimpan talian GadgetSIM jika saya tukar pelan utama ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / ONE?

Tidak. Anda perlu menamatkan talian GadgetSIM sebelum anda tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE.


Selepas itu, anda boleh tambah CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM atau CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM Plus ke akaun anda.


4. Saya pelanggan Digi yang memiliki talian Family di bawah akaun saya. Mengapakah saya tidak boleh mengubah pelan saya ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE baharu di laman sesawang CelcomDigi?

Pada masa ini, laman sesawang CelcomDigi tidak menyokong perubahan pelan untuk akaun dengan talian Family. Sila ke cawangan Celcom Digi berdekatan jika anda ingin menukar pelan anda ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE yang baharu.


5. Pelan utama yang manakah sah untuk mendaftar CelcomDigi Postpaid 5G Family SE sebagai talian tambahan?

Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE dan CelcomDigi Postpaid 5G 80 & ke atas layak untuk mendaftar CelcomDigi Postpaid 5G Family SE sebagai pelan tambahan. 


Sila ambil perhatian bahawa pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 & ke atas hanya boleh memilih pelan Postpaid Family SE sebagai talian tambahan mulai 14 Mac 2024.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article