Ransomware
Modified on Wed, 24 Jul at 3:43 PM
Ransomware merupakan jenis perisian berbahaya (malware) yang menjangkiti komputer atau rangkaian dan encrypt (mengunci) fail atau peranti mangsa, menjadikannya tidak dapat diakses. Penyerang kemudian menuntut tebusan, biasanya dalam wang crypto, sebagai pertukaran untuk kunci bagi membuka kembali fail atau peranti.
Bagaimana Ransomware Merebak
1. E-mel Phishing
Ransomware biasanya dihantar melalui e-mel palsu. Jika anda klik pautan atau membuka lampiran, anda boleh memasukkan virus ke dalam sistem.
2. Malvertising
Anda boleh mendapat ransomware dengan klik pada iklan palsu.
3. Mesej Chat yang tidak diundang
Ransomware boleh tersebar melalui pautan dalam mesej chat atau media sosial.
Perkara yang perlu diingat:
- Kemas kini sistem operasi dan perisian anda untuk membaiki kelemahan keselamatan yang boleh dieksploitasi oleh ransomware.
- Pasang perisian antivirus dan anti-malware yang bereputasi untuk mengesan dan mencegah infeksi ransomware.
- Secara berkala, backup fail penting anda ke peranti luaran atau storan awan. Sekiranya diserang, anda boleh pulihkan data anda tanpa perlu membayar tebusan.
- Elakkan mengklik pautan atau membuka lampiran e-mel daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan. Berhati-hati dengan e-mel palsu.
- Gunakan kata laluan yang kuat dan kompleks untuk akaun anda.
- Pada rangkaian, hadkan kebenaran pengguna hanya kepada apa yang diperlukan untuk kerja mereka. Ini boleh mengurangkan kesan potensi ransomware.
Peringatan: Membayar tebusan secara amnya tidak digalakkan kerana ia tidak menjamin bahawa anda akan mendapatkan semula fail anda dan ia akan menggalakkan aktiviti jenayah. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah pencegahan dan backup untuk melindungi data anda.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article