Penipuan Deepfake
Modified on Wed, 24 Jul at 3:39 PM
Teknologi deepfake melibatkan penggunaan kepakaran sistem (AI) untuk mencipta kandungan yang meyakinkan dan realistik, dan mempunyai potensi untuk disalahgunakan dalam pelbagai penipuan. Berikut adalah beberapa jenis penipuan deepfake, serta cadangan tentang cara mengesan dan mencegah mereka.
Jenis-Jenis Penipuan Deepfake
- Video Deepfake
Video deepfake akan menukar wajah seseorang dengan wajah orang lain, membuatkan mereka kelihatan seolah-olah mereka sedang melakukan atau mengatakan perkara yang sebenarnya tidak pernah dilakukan. Ini boleh menjadi isu yang serius, terutamanya apabila scammer berpura-pura menjadi seseorang yang penting seperti CEO, ahli politik, atau selebriti. Tujuan untuk tindakan seperti ini mungkin termasuk keuntungan kewangan atau sekadar merosakkan reputasi mereka.
- Pengklonan Suara
AI dapat meniru suara seseorang, membolehkan scammer menyamar sebagai individu lain dalam panggilan telefon, mesej suara, atau perbualan langsung. Taktik menipu ini digunakan untuk memperdayakan mangsa agar menghantar wang atau berkongsi maklumat sensitif.
- Generasi Teks
AI dapat membuat teks yang kedengaran sahih untuk membuat berita palsu, kandungan media sosial, atau e-mel palsu, membolehkan penyebaran maklumat palsu, mempengaruhi pandangan orang ramai, atau menipu individu melalui penipuan.
Perkara yang perlu diingat::
- Bersikap skeptikal terhadap permintaan yang tidak dijangka atau tidak konsisten dengan tabiat seseorang. Jika seseorang menelefon atau menghantar mesej kepada anda dan kelihatan mencurigakan atau tidak seperti cara biasa individu atau organisasi tersebut berkomunikasi dengan anda, ia mungkin merupakan penipuan deepfake.
- Sahkan panggilan tersebut. Tamatkan panggilan dan hubungi semula dengan menggunakan nombor yang anda sudah kenal.
- Periksa dan sahkan kesahihan sumber. Pastikan maklumat itu datang dari entiti yang boleh dipercayai. Semak maklumat tersebut dengan beberapa sumber yang boleh dipercayai.
- Jangan membuat keputusan terburu-buru. Berikan lebih perhatian jika mereka cuba menekan anda secara emosi atau membuat anda berasa tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu untuk mereka.
- Hadkan maklumat yang dikongsi di atas talian. Kurangkan maklumat yang anda kongsi tentang diri anda, terutamanya elakkan daripada menghantar gambar dan video berkualiti tinggi, yang boleh digunakan untuk membuat deepfake. Gunakan tetapan privasi yang kukuh di laman web untuk mengawal siapa yang melihat maklumat anda.
- Belajar cara mengenal pasti deepfake. Cari tanda-tanda seperti warna wajah yang aneh, bayangan yang ganjil, atau kawasan yang terpesong/kabur. Ini mungkin bermaksud video tersebut ialah palsu. Juga, jika suara kedengaran terlalu mendatar atau robotik tanpa naik turun normal atau jeda yang tiba-tiba atau lama, ia mungkin merupakan audio palsu.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article