Soalan Lazim: Tawaran Percuma 3 Bulan CelcomDigi Fiber
Modified on Mon, 5 Oct at 10:00 AM
1. Apakah tawaran Percuma 3 Bulan CelcomDigi Fiber?
Pelanggan baharu CelcomDigi Fiber boleh menikmati rebat fiber selama 3 bulan apabila melanggan pelan CelcomDigi Fiber 100Mbps dan ke atas.
Kempen ini bermula pada 5 Oktober 2026 dan sah sehingga tamat tempoh promosi.
2. Siapakah yang boleh mendaftar untuk tawaran ini?
Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar dengan tawaran CelcomDigi Fiber. Jika anda adalah warga asing, deposit RM300 akan dikenakan.
Kelayakan dan Kriteria:
- Terbuka kepada semua pelanggan baharu CelcomDigi Fiber di seluruh negara.
- Terhad kepada maksimum 2 akaun fiber bagi setiap pendaftaran kad pengenalan atau pasport.
- Tawaran percuma 3 bulan ini terpakai untuk pelan fiber 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps, 1Gbps dan 2Gbps.
3. Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk tawaran ini?
Anda boleh mengunjungi Kedai CelcomDigi yang berdekatan atau mendaftar secara dalam talian untuk menikmati tawaran ini.
4. Saya merupakan pelanggan Celcom/Digi fiber sedia ada. Adakah saya boleh menikmati tawaran ini?
Tidak. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fiber.
5. Adakah tawaran ini disertakan dengan kontrak?
Ya. Semua pelan CelcomDigi Fiber baharu disertakan dengan kontrak selama 24 bulan.
Rebat promosi ini sah selama 3 bulan dari tarikh pengaktifan fiber anda. Selepas itu, caj bulanan akan kembali kepada harga pelan CelcomDigi Fiber standard berdasarkan kelajuan pelan yang dilanggan dan rebat yang berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim.
6. Adakah saya masih layak menikmati tawaran ini jika saya mendaftar semasa tempoh tawaran tetapi menjadualkan pemasangan selepas tawaran tamat?
Ya. Anda masih layak menikmati tawaran ini selagi anda mendaftar dalam tempoh tawaran.
7. Apakah yang akan berlaku kepada rebat tawaran saya jika saya menukar pelan CelcomDigi Fiber semasa tempoh kontrak?
Jika anda menurunkan taraf kepada pelan fiber yang lebih rendah dalam tempoh 3 bulan pertama, rebat percuma 3 bulan anda akan dibatalkan dan kontrak anda akan diperbaharui kepada kontrak baharu selama 24 bulan. Jika anda menaik taraf kepada pelan fiber yang lebih tinggi, rebat yang berkenaan akan diteruskan.
8. Bilakah saya akan melihat rebat percuma 3 bulan pada bil saya?
Rebat percuma 3 bulan mungkin mengambil masa sehingga 60 hari dari tarikh pengaktifan untuk dipaparkan pada bil fiber anda.
9. Adakah saya masih boleh menikmati rebat bulanan dan rebat kempen jika saya melanggan tawaran percuma 3 bulan?
Ya. Anda akan terus menikmati rebat bulanan dan rebat kempen yang berkenaan walaupun anda melanggan tawaran percuma 3 bulan.Tawaran percuma 3 bulan akan berjalan serentak dengan rebat bulanan dan rebat kempen yang berkenaan. Bil anda mungkin dipaparkan seperti contoh di bawah:
Contoh: Pelanggan 300Mbps dengan pelan CelcomDigi 5G Postpaid 80 sedia ada, dengan andaian rebat dipaparkan mulai bulan pertama:
| Bulan 1- 3 | Bulan 4 - 24 | |
| Harga Runcit Disyorkan (HRD) | RM139 | RM139 |
| Rebat Percuma 3 Bulan | Ya | Tidak |
| Rebat Bulanan | - | Ya (RM10 sebulan) |
| Rebat Kempen | - | Ya (RM30 sebulan) |
| Jumlah Perlu Dibayar | RM0 sebulan | RM99 sebulan |
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article