Soalan Lazim: Promosi Pulangan Tunai (Cashback)PUBG
Modified on Tue, 4 Nov at 10:19 AM
1. Apakah promosi ini?
Tambah nilai kredit PUBG Mobile anda (UC) melalui Midasbuy dan buat bayaran menggunakan bil Celcom atau Digi untuk menerima pulangan tunai sebanyak 10%. Terma dan syarat dikenakan.
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 4 November hingga 31 Januari 2026
3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali kategori berikut:
- Pelanggan pasca bayar (postpaid) yang mempunyai tunggakan bil atau telah melebihi had transaksi.
 - Pelanggan pra bayar (prepaid) yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
 - Bukan pemain PUBG Mobile (tiada ID pemain) serta bukan pengguna Codashop atau Midasbuy.
 
4. Adakah promosi ini sah di semua platform?
Promosi ini hanya sah untuk peserta yang membeli kredit permainan PUBG Mobile (UC) melalui Midasbuy dan membuat bayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing.
5. Apakah denominasi kredit permainan PUBG Mobile yang terpilih untuk kempen ini?
60 UC, 300 UC, 600 UC, 1,500 UC, 3,000 UC dan 6,000 UC, tidak termasuk kod baucar.
6. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya menerima pulangan tunai?
Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima SMS pemberitahuan pulangan tunai dalam tempoh 2 jam. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, ini bermakna sama ada keperluan kempen tidak dipenuhi atau jumlah pulangan tunai telah ditebus sepenuhnya.
7. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut?
Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya dibuat. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan Digi dan/atau pembelian melalui Direct Operator Billing.
Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam kitaran bil yang seterusnya.
8. Adakah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?
Pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
9. Adakah terdapat had atau batasan bagi kempen ini?
Promosi ini hanya terpakai untuk pembelian PUBG Mobile 60 UC, 300 UC, 600 UC, 1,500 UC, 3,000 UC dan 6,000 UC melalui Codashop/Midasbuy. Ia tidak terpakai untuk tawaran pakej lain PUBG Mobile, baucar, atau sebarang item selain daripada kredit permainan (game credits). Hanya transaksi/pembelian yang dibuat melalui Codashop/Midasbuy dengan bayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing akan diterima.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article