Pra-Tempah OPPO Find X9 Pro 5G
Modified on Thu, 30 Oct at 9:54 AM
1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempahan?
Pra-tempah akan tersedia dari 30 Oktober 2025, 10:00 pagi hingga 6 November 2025, 11:50 malam di laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah faedah mendaftar semasa tempoh pra-tempah?
Pelanggan boleh pra-tempah OPPO Find X9 Pro 5G dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 atau lebih tinggi. Pelan CelcomDigi terpilih disertakan dengan tawaran pra-tempahan eksklusif seperti yang dinyatakan dalam jadual dibawah (selagi stok masih ada). CelcomDigi berhak untuk menukar barangan percuma pada bila-bila masa tanpa notis awal.
| Pakej Tawaran |
|
| Pelan yang layak |
|
3. Siapakah yang layak untuk membuat pra-tempah?
- Pelanggan sedia ada CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas tanpa kontrak aktif dan/atau sekatan panggilan atau sekatan akaun.
- Bukan pelanggan CelcomDigi yang ingin membuat pra-tempahan mesti terlebih dahulu melakukan port-in ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas.
4. Adakah pelanggan dengan kontrak sedia ada boleh memilih pelan ini?
Tidak. Pelanggan yang masih dalam kontrak tidak layak untuk pelan ini.
5. Adakah peranti dijamin apabila pelanggan membuat pra-tempah?
Ya. Peranti dijamin selepas bayaran penuh dibuat pada waktu pra-tempah, berdasarkan harga pakej yang dipilih.
6. Bagaimana untuk membuat pra-tempah?
LANGKAH 1: Log masuk ke laman web CelcomDigi
LANGKAH 2: Pilih pelan pilihan anda
LANGKAH 3: Buat bayaran pendahuluan (Tertakluk kepada kelayakan)
7. Kaedah pembayaran apa yang tersedia untuk pra-tempah dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit semasa pra-tempah.
8. Bagaimana peranti pra-tempah akan dihantar?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung pada amalan kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan item yang ditempah.
9. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Peranti akan dihantar bermula dari 7 November 2025.
10. Bolehkah saya menukar butiran pesanan saya seperti alamat penghantaran, model, storan & warna telefon, tempoh kontrak, pelan dan langganan roaming/PhoneCARE selepas pra-tempahan saya berjaya?
Tidak. Selepas pra-tempahan berjaya dilakukan, sebarang perubahan tidak dibenarkan.
PhoneCARE
1. Siapa yang layak untuk pelan PhoneCARE “Tukar & Ganti” percuma selama 2 bulan?
Pelanggan yang membeli OPPO Find X9 Pro 5G semasa tempoh pra-tempah (30 October to 6 November 2025) dan memilih untuk melanggan pelan PhoneCARE Tukar & Ganti adalah layak.
2. Bagaimana cara untuk mendaftar pelan PhoneCARE “Tukar & Ganti” percuma selama 2 bulan?
Semasa membuat pra-tempah, pilih “Yes” di bahagian PhoneCARE consent toggle, kemudian pilih “Free 2-Month Tukar & Ganti.”
3. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE sedia ada. Adakah saya masih layak untuk pelan PhoneCARE “Tukar & Ganti” percuma selama 2 bulan?
Ya! Anda tetap layak dan pelan PhoneCARE sedia ada anda akan digantikan dengan yang baharu ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Pilih “Yes” di bahagian PhoneCARE consent toggle
- Pilih “Free 2-Month Tukar & Ganti”
Nota: Tawaran ini hanya sah semasa tempoh pra-tempah dari 30 Oktober hingga 6 November 2025.
4. Adakah saya masih perlu membuat bayaran bulanan untuk pelan PhoneCARE “Tukar & Ganti”?
Jika berkenaan, yuran langganan bulanan biasa untuk PhoneCARE tetap dikenakan.
5. Bagaimana rebat PhoneCARE percuma 2 bulan akan dipaparkan pada bil saya?
Rebat akan dipaparkan sebagai “Payment Via M-1” pada bil bulanan anda, dengan setiap rebat dikreditkan dalam tempoh 60 hari.
6. Bagaimana jika saya lebih suka pelan PhoneCARE “Tukar”?
Anda boleh memilih pelan PhoneCARE Tukar; namun, ia tidak termasuk dalam tawaran percuma 2 bulan dan akan dikenakan caj pada kadar biasa sebaik sahaja anda menerima peranti baharu.
7. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE anda akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti baharu.
- Jika peranti anda rosak secara tidak sengaja dalam tempoh ini, jangan risau – anda masih layak membuat tuntutan melalui SR Portal.
- Jika anda menukar daripada pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan pelan lama.
8. Apa yang akan berlaku selepas tempoh 2 bulan PhoneCARE percuma tamat?
Langganan bulanan PhoneCARE anda akan dicaj ke bil bermula dari bulan ke-3.
Tawaran PrivateSIM
1. Apakah Tawaran PrivateSIM?
Pelanggan yang mendaftar untuk Pra-tempah Peranti dengan CelcomDigi layak menerima satu (1) PrivateSIM dengan langganan percuma selama 24 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai Private SIM, klik di sini.
2. Bagaimana cara menebus tawaran ini?
Klik di sini dan ikut langkah yang diberikan untuk melengkapkan penebusan anda.
3. Siapa yang layak untuk tawaran ini?
Mana-mana pelanggan yang berjaya melengkapkan Pra-tempah Peranti sepanjang tempoh tawaran dan menebus Private SIM sebelum 30 November 2025.
4. Berapa lama PrivateSIM ini percuma?
Anda akan menikmati langganan percuma selama 24 bulan. Selepas itu, PrivateSIM akan dikenakan caj mengikut kadar semasa CelcomDigi kecuali anda memilih untuk menamatkannya.
5. Adakah terdapat sebarang yuran yang terlibat?
Bayaran pendahuluan satu bulan sebanyak RM10 diperlukan semasa pendaftaran.
6. Bilakah tempoh percuma ini bermula?
Langganan percuma selama 24 bulan bermula sebaik sahaja PrivateSIM berjaya diaktifkan. Rebat akan dipaparkan dalam kitaran bil seterusnya yang berkenaan (dalam tempoh 30 hari bekerja).
7. Apa berlaku jika saya tidak menebus PrivateSIM sebelum tarikh akhir?
Jika Private SIM tidak ditebus sebelum 30 November 2025, kelayakan anda akan terbatal.
8. Apa berlaku jika saya menamatkan pelan Postpaid lebih awal?
Jika pelan Postpaid utama anda ditamatkan atau ditukar kepada pelan yang tidak layak, Tawaran PrivateSIM akan serta-merta terbatal.
9. Bolehkah saya memindahkan tawaran ini kepada orang lain?
Tidak. Kelayakan PrivateSIM ini tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar ganti, dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau perkhidmatan lain.
Pas Sekali 12 bulan Viu Premium:
1. Apakah Pas Sekali 12 bulan Viu Premium?
Pas Sekali 12 bulan Viu Premium adalah pas Viu eksklusif yang hanya ditawarkan kepada pelanggan semasa tempoh pra-tempahan OPPO Find X9 Pro 5G. Pas ini menawarkan caj sekali sahaja sebanyak RM49 untuk akses VIU Premium selama 12 bulan serta pas internet sekali sebanyak 5GB.
2. Bilakah saya boleh melanggan ke Pas ini?
Pas ini ditawarkan secara eksklusif semasa tempoh Pra-Tempahan OPPO Find X9 Pro 5G. Anda perlu memilihnya semasa membuat Pra-Tempahan; ia tidak akan tersedia selepas itu. Setiap pelanggan hanya layak melanggan satu (1) Pas Sekali 12 bulan Viu Premium.
3. Bilakah Pas ini akan diaktifkan?
Sebaik sahaja anda memilih pas tersebut semasa tempoh pra-tempahan, ia akan diaktifkan secara automatik dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran peranti. Setelah diaktifkan, anda akan menerima pengesahan melalui SMS.
4. Saya sudah melanggan Add-On StreamMORE Viu Premium. Adakah saya masih layak untuk as Sekali 12 bulan Viu Premium?
Ya, anda layak. Langganan terkini Add-On StreamMORE Viu Premium anda akan ditamatkan secara automatik dan digantikan dengan yang baharu ini. Anda hanya perlu:
- Pilih “Ya” di bawah togol consent ‘12M VIU Premium One Time Pass’
- semasa tempoh Pra-Tempahan OPPO Find X9 Pro.
Nota: awaran ini hanya sah sepanjang tempoh pra-tempahan dari 30 Oktober hingga 6 November 2025.
Trade-In:
1. Bagaimana saya boleh tukar beli peranti saya?
Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In versi terkini, lakukan pemeriksaan kesihatan peranti, dan dapatkan nilai trade-in anggaran anda serta-merta. Setelah anda terima nilai tersebut, ikut sahaja langkah dalam aplikasi untuk melengkapkan trade-in. Klik di sini untuk panduan penuh.
2. Bilakah saya perlu melengkapkan tukar beli peranti untuk memastikan saya mendapat nilai terbaik?
Sebaik sahaja anda menghantar pesanan tukar beli melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In, sila kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi dalam tempoh 7 hari dan tunjukkan Kod QR Pesanan anda untuk melengkapkan proses tersebut.
3. Di mana saya boleh dapatkan lebih banyak maklumat tentang perkhidmatan CelcomDigi Trade-In?
Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article