Soalan Lazim: iPhone 17

Modified on Fri, 19 Sep at 10:01 AM

Tawaran Port-in (Easy360)


1. Apakah itu Tawaran Rebat Peranti Port-in?

Pelanggan yang port-in ke pelan CelcomDigi Postpaid dalam tempoh yang layak akan menikmati rebat tambahan RM20 setiap bulan untuk kontrak Peranti mereka selama 24 bulan.


2. Siapakah yang layak untuk tawaran ini?

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu yang berjaya port-in nombor mudah alih mereka ke pelan CelcomDigi Postpaid antara 3 September 2025 hingga 31 Oktober 2025, serta mendaftar untuk peranti siri iPhone 17 dengan Easy360.


3. Berapakah jumlah rebat yang saya akan dapat?

Anda akan menerima RM20 sebulan selama 24 bulan berturut-turut, iaitu jumlah keseluruhan RM480 sepanjang tempoh kontrak.


4. Bila rebat ini akan bermula?

Rebat anda akan diproses dalam tempoh 30 hari selepas port-in dan kontrak peranti anda berjaya diaktifkan.


5. Apa akan berlaku jika port-in saya tidak berjaya?

Jika permintaan port-in anda ditolak, dibatalkan, atau tidak berjaya dalam tempoh tawaran, anda tidak layak menerima rebat.


6. Apa berlaku jika saya menamatkan pelan atau kontrak lebih awal?

Jika pelan Postpaid atau kontrak Peranti anda ditamatkan sebelum 24 bulan tamat, baki rebat yang tinggal akan terbatal.

 

7. Bolehkah saya pindahkan rebat ini kepada orang lain?

Tidak. Rebat ini tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditebus semula, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau perkhidmatan lain.


8. Adakah saya perlu buat apa-apa untuk menebus rebat ini?

Ya. Anda mesti menyelesaikan port-in ke CelcomDigi dalam tempoh tawaran. Setelah port-in berjaya, anda boleh meneruskan Pra-tempahan Peranti. Rebat akan dikenakan secara automatik bermula dari kitaran bil berikutnya yang berkenaan.


Tempoh Penghantaran Pra-tempah


9. Mengapa saya lambat terima iPhone pra-tempah saya?

Disebabkan permintaan yang tinggi, penghantaran stok di seluruh negara turut terjejas bagi semua penyedia. Namun begitu, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan pesanan anda sampai secepat mungkin.


10. Bagaimana saya akan dimaklumkan?
Anda akan dimaklumkan melalui WhatsApp yang dihantar ke nombor mudah alih berdaftar anda.


11. Bolehkah saya tukar kedai pengambilan atau alamat penghantaran?

Malangnya, tidak. Setelah kedai atau alamat dipilih, ia tidak boleh ditukar. Namun, kami boleh simpankan peranti anda di kedai yang dipilih sehingga anda boleh datang mengambilnya — hanya maklumkan tarikh pilihan anda lebih awal.


12. Bolehkah saya tukar model, warna, atau kapasiti storan?
 Tidak boleh.


13. Kenapa rakan saya yang buat pesanan selepas saya sudah terima, tetapi saya masih belum terima?
Masa penghantaran bergantung kepada model, warna, dan kapasiti storan tertentu kerana ketersediaan stok adalah berbeza. Ini mungkin menyebabkan perbezaan masa penghantaran antara pelanggan.

14. Bolehkah anda jamin saya akan terima dalam tempoh X minggu?
Kami tidak dapat beri jaminan tepat kerana ia bergantung kepada bekalan daripada pengeluar. Walau bagaimanapun, kami akan terus maklumkan perkembangan pesanan anda melalui WhatsApp (016-333 8888).

 
15. Bolehkah saya tukar tarikh atau masa pengambilan? Saya tidak dapat hadir pada slot yang ditetapkan.
Tidak, anda tidak boleh menukar masa dan tarikh pengambilan. Namun, anda masih boleh hadir pada bila-bila masa selepas slot yang diperuntukkan. Untuk pengalaman yang lebih lancar, kami mengesyorkan anda membuat pengambilan dalam slot anda kerana walk-in mungkin menyebabkan masa menunggu lebih lama. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article