Soalan Lazim: Asus ZenWiFi BT8
Modified on Thu, 14 Aug at 6:47 PM
Soalan Lazim: Asus ZenWiFi BT8
1. Di manakah saya boleh membeli penghala Asus ZenWiFi BT8?
Untuk membeli secara dalam talian, hanya klik pada butang "Beli Sekarang". Sebagai alternatif, andaboleh kunjungi cawangan CelcomDigi Store atau CelcomDigi Express yang berdekatan.
2. Bagaimana cara untuk memasang router Asus ZenWiFi BT8?
Kami akan menghantar juruteknik ke rumah anda untuk memasang router Asus ZenWiFi BT8. Sila ikut langkah di bawah untuk membuat permintaan pemasangan:
- Hantar mesej WhatsApp ke Pasukan Khidmat Pelanggan kami di +6016 333 1111
- Pilih ‘Fiber’ → ‘Panduan Sambungan & Penyelesaian Masalah’
- Pilih ‘Berkaitan Modem / Router, kemudian tekan ‘Isu Router’
- Muat naik gambar router Asus anda dan nyatakan alamat rumah
- Dalam ruangan penerangan isu, taip: “Pemasangan Asus ZenWiFi BT8”
- Ejen kami akan mengesahkan butiran anda
- Pasukan Fibre kami akan hubungi anda untuk tetapkan temujanji pemasangan
Nota: Perkhidmatan pemasangan ini hanya tersedia untuk pelanggan CelcomDigi Fibre yang membeli router Asus ZenWiFi BT8 daripada kami.
3. Bolehkah saya membeli router ini jika saya tidak mempunyai CelcomDigi Fibre?
Tidak. Router Asus ZenWiFi BT8 hanya ditawarkan kepada pelanggan One Plan yang mempunyai langganan CelcomDigi Fibre yang aktif.
4. Adakah saya masih akan menerima router TP-Link jika saya memilih router Asus?
Ya, anda masih akan menerima router TP-Link yang disertakan dengan pelan fiber anda. Kami mengesyorkan anda simpan router tersebut sebagai pengganti sementara sekiranya router Asus andamengalami masalah.
5. Apa akan berlaku jika router Asus saya rosak?
Jika router anda rosak dalam tempoh kontrak, kami akan menghantar unit pengganti secara percuma. Sementara menunggu unit baru dihantar, anda boleh gunakan router TP-Link sebagai pengganti sementara untuk memastikan sambungan internet tidak terganggu.
6. Bolehkah saya gunakan router TP-Link sebagai unit mesh bersama router Asus?
Tidak. Router TP-Link tidak menyokong fungsi AiMesh, jadi ia tidak boleh digunakan bersama Asus ZenWiFi BT8 sebagai unit mesh. Untuk sambungan mesh, anda perlu menggunakan router Asus lain yang menyokong AiMesh.
7. Bolehkah saya pasang sendiri router Asus ini?
Tidak, untuk memastikan prestasi optimum dan keserasian dengan perkhidmatan CelcomDigi Fibre, pemasangan mesti dilakukan oleh juruteknik kami yang bertauliah. Sila rujuk Soalan 2 untuk langkah membuat temujanji pemasangan.
8. Apakah kelebihan router Asus ZenWiFi BT8 berbanding router TP-Link?
Asus ZenWiFi BT8 menawarkan:
- Liputan Wi-Fi seluruh rumah yang lebih luas dengan teknologi mesh
- Kelajuan lebih pantas dan prestasi stabil untuk banyak peranti
- Peralihan sambungan lancar antara nod
- Fungsi keselamatan tambahan dan kawalan ibu bapa melalui aplikasi Asus
9. Adakah router Asus ZenWiFi BT8 ini mempunyai waranti?
Ya, router ini dilindungi oleh waranti pengilang standard. Jika berlaku kerosakan dalam tempoh kontrak, kami akan membantu proses penggantian di bawah waranti.
10. Bolehkah saya naik taraf sistem mesh saya di masa akan datang?
Ya. Anda boleh meluaskan rangkaian mesh anda dengan menambah router Asus lain yang menyokong AiMesh untuk liputan lebih meluas, terutamanya di rumah bersaiz besar.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article