Panduan Tetapan Peranti eSIM
Modified on Tue, 22 Jul at 10:01 AM
1. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan eSIM saya?
Pastikan peranti anda disambungkan ke Wi-Fi. Jika imbasan kod QR tidak berjaya, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dihantar melalui emel atau rujuk panduan di bawah.
Panduan Pengaktifan eSIM untuk iPhone:
Bagaimanakah cara mengaktifkan eSIM menggunakan kod QR di iPhone?
Ikuti langkah berikut:
- Buka Tetapan (Settings) > pilih Perkhidmatan Mudah Alih (Mobile Service)
- Tekan Tambah eSIM (Add eSIM)
- Pilih Guna Kod QR (Use QR Code)
- Imbas kod QR yang diberikan
- Tekan Teruskan (Continue) pada halaman pengaktifan eSIM
- Tunggu sehingga paparan menunjukkan "Activating"
- Setelah selesai, tekan Selesai (Done)
Bolehkah saya aktifkan eSIM secara manual di iPhone?
Ya, berikut caranya:
- Buka Tetapan (Settings) > Perkhidmatan Mudah Alih (Mobile Service)
- Tekan Tambah eSIM (Add eSIM)
- Pilih Guna Kod QR (Use QR Code)
- Tekan Masukkan Butiran Secara Manual (Enter Details Manually)
- Tampalkan kod pengaktifan yang dihantar ke emel anda dan tekan Sambung (Connect)
- Tunggu sehingga paparan menunjukkan "Activating"
- Tekan Selesai (Done) selepas pengaktifan selesai
Panduan Pengaktifan eSIM untuk Android:
Bagaimanakah cara mengaktifkan eSIM menggunakan kod QR di peranti Android?
Ikuti langkah berikut:
- Buka Tetapan (Settings) > Sambungan (Connections)
- Tekan Pengurus SIM (SIM Manager)
- Tekan Tambah eSIM (Add eSIM)
- Pilih Imbas Kod QR dari penyedia perkhidmatan (Scan QR from service provider)
- Imbas kod QR yang diberikan kepada anda
- Tunggu untuk pengesahan dan tekan Tambah (Add)
- eSIM anda kini telah diaktifkan
Bagaimana jika saya tidak dapat imbas kod QR? Bolehkah saya aktifkan eSIM secara manual?
Ya, anda boleh aktifkan secara manual:
- Buka Tetapan (Settings) > Sambungan (Connections)
- Tekan Pengurus SIM (SIM Manager)
- Tekan Tambah eSIM (Add eSIM)
- Pilih Imbas Kod QR, kemudian pilih pilihan masukkan kod secara manual
- Tampalkan kod pengaktifan yang dihantar ke emel anda
- Tekan Sambung (Connect) dan kemudian tekan Tambah (Add)
- eSIM anda akan diaktifkan
3. Di mana saya boleh dapatkan kod pengaktifan eSIM?
Kod pengaktifan akan dihantar ke emel berdaftar anda selepas permintaan pengaktifan eSIM diluluskan.
4. Apa yang perlu saya lakukan jika eSIM tidak diaktifkan dengan serta-merta?
- Pastikan anda bersambung ke Wi-Fi atau data mudah alih
- Mulakan semula peranti anda
- Cuba imbas semula kod QR atau masukkan semula kod pengaktifan
- Jika masalah berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui panggilan atau WhatsApp di +6016-333 1111.
5. Bolehkah saya gunakan semula kod QR pada peranti lain?
Tidak. Kod QR atau kod pengaktifan biasanya hanya sah untuk sekali guna sahaja dan terikat kepada satu peranti. Jika anda ingin aktifkan semula pada peranti baru, anda perlu minta kod baharu.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article