Soalan Lazim: CelcomDigi MobileSHIELD

Modified on Thu, 2 Apr at 10:00 AM

1. Apakah itu MobileSHIELD?

MobileSHIELD ialah perkhidmatan keselamatan mudah alih anda yang sentiasa aktif – seperti pengawal peribadi digital untuk telefon dan peranti anda, melindungi anda daripada scam dan ancaman dalam talian di mana sahaja anda berada.


Dikuasakan oleh F-Secure, peneraju keselamatan siber global, MobileSHIELD menggunakan AI pintar untuk memberikan perlindungan keselamatan, privasi dan identiti secara menyeluruh untuk kehidupan digital anda.


2. Apakah yang saya akan dapat dengan MobileSHIELD?

MobileSHIELD memberi anda ketenangan fikiran sepenuhnya dengan melindungi telefon anda daripada penipuan, perisian hasad, kecurian identiti dan rangkaian yang tidak selamat. 

    

Berikut adalah ciri-ciri yang disediakan:

Perlidungan

Ciri-Ciri

Android

iOS

1. Perlindungan Scam & Keselamatan

1.1 Perlindungan Chrome untuk Android / Perlindungan Safari untuk iOS / hanya untuk pelayar asal (native browser)


Menyekat laman web berbahaya dan pautan palsu.

1.2 Perlindungan Perbankan & Membeli-belah


Menunjukkan label keselamatan semasa anda berada di laman perbankan atau beli-belah sah.

1.3 Perlindungan SMS


AI mengesan SMS scam dan phishing


SMS berisiko ditapis secara automatik ke dalam folder spam anda, melindungi anda di latar belakang.

1.4 Perlindungan Wi-Fi


Memeriksa sama ada rangkaian Wi-Fi selamat. — Memberi amaran kepada anda jika ia tidak selamat atau telah digodam.

X

1.5 Perlindungan Peranti


Android: Menyekat aplikasi berbahaya sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan — termasuk aplikasi yang dimuat turun dari luar gedung aplikasi.

 

iOS: Melindungi peranti anda dengan memastikan iOS sentiasa dikemas kini dan skrin dikunci. Memberi amaran jika sistem operasi anda sudah lapuk atau jika kunci skrin tidak diaktifkan — serta membimbing anda untuk membetulkannya dengan segera.

2. Perlindungan Identiti

2.1 Pemantauan Identiti


Memantau maklumat peribadi anda (seperti emel, nombor telefon, kad kredit dan pasport) dan memberi amaran serta-merta jika ia dikesan di laman web, supaya anda boleh bertindak segera untuk melindungi identiti anda.


(contoh: tukar kata laluan emel)

2.2 Peti Simpanan Kata Laluan


Menyimpan kata laluan, PIN dan maklumat sensitif anda dengan selamat. Akses boleh dibuat di iOS dan Android — hanya log keluar dari satu peranti dan log masuk di peranti lain.

3. Perlindungan Privasi

3.1 VPN Privasi


Menyulitkan sambungan internet anda dan menyembunyikan alamat IP anda – memastikan aktiviti dalam talian anda kekal peribadi, selamat dan tanpa nama, walaupun ketika menggunakan Wi-Fi awam.


3. Siapakah yang boleh menikmati perlindungan MobileSHIELD?

MobileSHIELD direka untuk semua pengguna CelcomDigi Prabayar dan Pascabayar (pelan dilancarkan dari tahun 2021 ke atas).


Jika pelan anda tidak disokong, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi Postpaid terkini untuk menikmati MobileSHIELD dan ciri baharu yang lain.


4. Bagaimanakah untuk melanggan MobileSHIELD?

Mudah sahaja! Gunakan Aplikasi CelcomDigi untuk melanggan: 

Saluran

Cara melanggan

Aplikasi CelcomDigi

  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi 
  2. Di Your Essentials, klik pada Lifestyle
  3. Di Safety, tekan MobileSHIELD  
  4. Klik Buy Now untuk sahkan langganan 


5. Peranti apakah yang serasi dengan MobileSHIELD?

MobileSHIELD boleh digunakan pada kebanyakan iPhone, iPad, dan telefon pintar atau tablet Android.

  • iOS: iOS 17 ke atas
  • Android: Android 10 ke atas


6. Adakah saya akan dimaklumkan selepas langganan MobileSHIELD berjaya diaktifkan?

Ya, anda akan menerima:

  1. SMS pengesahan langganan
  2. SMS dengan butiran log masuk pertama kali


Untuk memasang aplikasi MobileSHIELD: 

  1. Buka aplikasi CelcomDigi, di bawah Your Essentials, pergi ke Lifestyle 
  2. Tekan My Subscriptions dan pilih MobileSHIELD 
  3. Tekan Access via MobileSHIELD 
  4. Tekan Install untuk meneruskan muat turun aplikasi 
  5. Buka aplikasi MobileSHIELD untuk mengaktifkannya 


7. Adakah perlindungan akan bermula secara automatik selepas log masuk?

Tidak serta-merta, tetapi mudah untuk diaktifkan. 


Selepas log masuk pertama anda, anda hanya perlu mengaktifkan setiap ciri perlindungan mengikut keperluan keselamatan anda.


Sila rujuk panduan di bawah untuk mengaktifkan setiap ciri perlindungan MobileSHIELD:


8. Berapa lamakah tempoh sah langganan MobileSHIELD?

MobileSHIELD ialah pas bulanan. Perlindungan berterusan setiap bulan tanpa keraguan.


9. Adakah langganan saya akan diperbaharui secara automatik?

Ya, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan secara automatik.


10. Berapakah kos langganan MobileSHIELD?

Pilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda:

a. Add-On Bulanan tanpa kontrak: 

  • MobileSHIELD (1-peranti): RM10 sebulan  

  • MobileSHIELD (3-peranti): RM13 sebulan 

  • MobileSHIELD (5-peranti): RM15 sebulan  

b. Mega Add-Ons dengan kontrak 12 bulan: 

  • MobileSHIELD (1-peranti): RM4 sebulan atau lebih rendah bergantung kepada pelan kadar anda.  
  • MobileSHIELD (5-peranti): RM7 sebulan atau lebih rendah, bergantung kepada pelan kadar anda


11. Bolehkan saya melanggan MobileSHIELD lebih daripada sekali?

Ya. Jika anda sedang melanggan MobileSHIELD (1 peranti), anda boleh menaik taraf ke pelan 3 peranti atau 5 peranti untuk melindungi lebih banyak peranti atau pengguna. 


12. Jika saya berubah fikiran, bolehkah saya berhenti melanggan perkhidmatan ini?

Sudah tentu. Anda mempunyai kawalan sepenuhnya. 


Jika MobileSHIELD tidak lagi memenuhi keperluan anda, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi. Berikut caranya:

Saluran

Cara melanggan

Aplikasi CelcomDigi

  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi 
  2. Di Your Essentials, klik pada Lifestyle
  3. Di Safety, tekan MobileSHIELD  
  4. Klik Unsubscribe untuk membatalkan


13. Adakah saya akan dicaj jika saya batalkan langganan?

Ia bergantung kepada pelan MobileSHIELD yang anda langgan. Berikut ialah ringkasan:

Contoh: Jika anda batal pada bulan ke-7 daripada 12 bulan:

Pelan MobileSHIELDKontrakPenalti
Add-on bulanan 
(1/3/5-peranti)
TiadaTidak - boleh dibatalkan bila-bila masa
Mega Add-Ons
(1/5-peranti)
Ya
(12-bulan)
Ya – HRD RM10 x baki bulan kontrak
Contoh: Jika anda membatalkan Mega Add-ons MobileSHIELD 5-peranti pada bulan ke-7 daripada pelan 12 bulan: Anda akan membayar Harga Runcit Disyorkan (HRD) RM15 × 5 bulan baki = RM75 yuran penalti 
 
Nota: Pembatalan awal sebelum tarikh tamat atau pembaharuan tidak layak untuk sebarang bayaran balik.


14. Adakah MobileSHIELD akan terus lindungi saya jika saya log keluar dari aplikasi?

Tidak, perlindungan akan berhenti. Anda perlu log masuk semula dan aktifkan semula ciri perlindungan untuk kekal dilindungi.

Keperluan ini membantu memastikan keselamatan dan privasi peranti anda sentiasa terjamin. 


15. Apakah maksudnya jika identiti saya telah diceroboh?
Pencerobohan data berlaku apabila penjenayah siber mendapat akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi; seperti nama, emel, kata laluan atau butiran perbankan anda. Data ini boleh tersebar ke laman gelap (dark web), di mana ia mungkin disalah guna untuk penipuan identiti, penipuan kewangan, atau aktiviti haram lain.


Jika anda terlibat dalam insiden sebegini, adalah penting untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi diri anda. Berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:

  1. Tukar semua kata laluan yang telah terjejas dengan segera, terutamanya untuk akaun penting seperti emel, perbankan dan pembelian dalam talian.
  2. Maklumkan kepada pihak bank atau penyedia kad kredit anda untuk menyekat atau menggantikan kad yang terjejas.
  3. Laporkan pencerobohan kepada pihak berkuasa keselamatan siber atau penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

Bertindak dengan pantas boleh membantu anda mencegah risiko selanjutnya dan melindungi maklumat peribadi anda.


16. Apakah yang perlu saya lakukan jika berlaku pencerobohan identiti?
Jika MobileSHIELD mengesan pencerobohan data, anda boleh terus bertindak melalui aplikasi:

  1. Buka ciri Pemantauan ID dalam Aplikasi MobileSHIELD untuk melihat senarai pencerobohan yang dikesan.
  2. Ketik pada mana-mana insiden untuk melihat butirannya.
  3. Ikuti langkah di bawah bahagian “Langkah Seterusnya”.
  4. Setelah diselesaikan, anda boleh arkibkan insiden tersebut.


Tindakan yang disyorkan berbeza mengikut jenis maklumat peribadi yang telah didedahkan. Berikut panduan ringkas:

  1. Alamat E-mel: Tukar kata laluan untuk laman yang terjejas. Gunakan pengurus kata laluan (seperti MobileSHIELD Password Vault) untuk simpan kata laluan yang kuat dan unik. Berhati-hati terhadap emel phishing.
  2. Nombor Telefon: Aktifkan Pengesahan Dua-faktor (2FA) jika boleh. Jangan kongsi OTP atau maklumat peribadi dengan pemanggil atau mesej yang tidak dikenali.
  3. Nama Pengguna: Jika perkhidmatan itu dikenali, kemas kini kata laluan. Gabungkan dengan 2FA untuk keselamatan tambahan.
  4. Kata Laluan: Tukar segera – terutamanya jika digunakan semula pada akaun lain. Semak sebarang log masuk mencurigakan atau perubahan tetapan, dan aktifkan 2FA.
  5. Butiran Kad Kredit: Pantau transaksi anda, hubungi pihak bank, nyahpautkan kad dari perkhidmatan, dan tukar nombor PIN.
  6. Maklumat Akaun Bank: Pantau sebarang aktiviti mencurigakan dan hubungi bank jika terdapat sesuatu yang luar biasa.
  7. Nombor Kad Pengenalan (NRIC / MyKad)Berhati-hati terhadap penipuan phishing. Laporkan sebarang penyalahgunaan kepada pihak berkuasa tempatan.
  8. Tarikh Lahir: Jangan gunakannya sebagai sebahagian daripada kata laluan. Hanya kongsikan apabila diperlukan secara sah.
  9. Maklumat Pasport: Penjenayah siber mungkin menyalahguna maklumat pasport bersama maklumat lain seperti alamat anda. Berhati-hati terhadap penipuan.
    Jika pasport fizikal anda dicuri, laporkan segera kepada polis. Hanya kongsi maklumat pasport dengan pihak yang dipercayai dan apabila benar-benar diperlukan secara sah.
  10. Alamat Rumah: Kongsi hanya apabila perlu. Waspada terhadap penipuan yang menggunakan alamat anda bersama data peribadi lain yang telah bocor.


17. Bagaimana pencerobohan data dikesan?
Kami mengesan pencerobohan melalui pemantauan pelbagai sumber, termasuk forum di web gelap (dark web) dan web dalam (deep web), menggunakan alat pengimbasan canggih yang dikuasakan oleh kepintaran ancaman dari F-Secure.


Data pencerobohan yang telah disahkan akan dianalisis dan dilaporkan, supaya anda sentiasa dimaklumkan dan boleh mengambil tindakan dengan segera.


18. Saya terlupa kata laluan log masuk MobileSHIELD. Bagaimana saya boleh menetapkannya semula?

Jika anda terlupa kata laluan MobileSHIELD anda, ikuti langkah-langkah berikut untuk menetapkannya semula:

  1. Pada halaman log masuk, tekan ‘Lupa kata laluan anda’.
  2. Anda akan melihat mesej di skrin dengan arahan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan F-Secure (termasuk nombor untuk dihubungi).
  3. Semasa anda membuat panggilan, maklumkan bahawa anda ialah pengguna CelcomDigi MobileSHIELD dan ingin menetapkan semula kata laluan anda.
  4. Sahkan identiti anda dengan memberikan nombor mudah alih yang dilanggan untuk MobileSHIELD dalam format berikut: +601XXXXXXXX.
  5. Setelah identiti anda disahkan, anda akan menerima SMS yang mengandungi kata laluan sementara.
  6. Log masuk menggunakan kata laluan sementara tersebut. Anda akan diminta untuk mencipta kata laluan baharu dalam aplikasi untuk melengkapkan proses penetapan semula.


19. Dalam sesetengah keadaan, mengapa aplikasi perbankan mudah alih saya menyekat akses atau transaksi apabila MobileSHIELD diaktifkan, dan bagaimana saya boleh menyelesaikannya?

MobileSHIELD memerlukan kebenaran Accessibility untuk membolehkan ciri perlindungan utama – seperti mengesan kandungan web berbahaya dan memastikan pelayaran selamat di Chrome (Android) serta Safari (iOS).


Namun dalam sesetengah keadaan, aplikasi perbankan mudah alih tertentu mungkin menyekat transaksi apabila fungsi Accessibility diaktifkan.


Sekiranya perkara ini berlaku, anda boleh menutup kebenaran Accessibility MobileSHIELD buat sementara waktu:

  1. Buka Tetapan (Settings) > Accessibility pada peranti Android anda.
  2. Pergi ke Aplikasi Dipasang (Installed Apps) > Cari aplikasi MobileSHIELD dan matikan kebenaran Accessibility.
  3. Setelah anda selesai melakukan transaksi perbankan, aktifkan semula kebenaran Accessibility untuk terus menikmati perlindungan penuh MobileSHIELD.


20. Apa yang perlu saya buat jika hadapi isu dengan aplikasi MobileSHIELD?

Anda boleh hubungi khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.


Nota: 
CelcomDigi MobileSHIELD direka untuk melindungi peranti mudah alih daripada pelbagai ancaman digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerentanan keselamatan peranti, penipuan dalam talian, pelanggaran privasi dan kecurian identiti.  

Walau bagaimanapun, tiada penyelesaian keselamatan yang boleh menjamin perlindungan sepenuhnya atau menyekat setiap risiko 100% pada setiap masa. Walaupun CelcomDigi MobileSHIELD menambah lapisan pertahanan yang kukuh, pelanggan tetap bertanggungjawab untuk berwaspada dan mengamalkan tabiat pelayaran yang selamat. CelcomDigi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada ancaman yang melepasi perlindungan yang ditawarkan oleh CelcomDigi MobileSHIELD.  

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article