Soalan Lazim: CelcomDigi Cube Mei 2025
Modified on Fri, 23 May at 10:05 AM
1. Apakah kempen CelcomDigi Cube?
Kempen CelcomDigi Cube menawarkan pelanggan yang mendaftar untuk pelan terpilih peluang untuk membeli barangan istimewa Purchase with Purchase (PwP) pada harga RM66 bagi setiap transaksi yang berjaya. Kempen ini bermula pada 23 Mei sehingga 25 Mei 2025, eksklusif di Kedai CelcomDigi seluruh negara.
2. Siapakah yang layak untuk mendapatkan barangan PwP pada harga RM66?
Pelanggan perlu mendaftar untuk mana-mana pelan CelcomDigi dengan komitmen bulanan RM80 dan ke atas, termasuk:
- Pelan CelcomDigi Postpaid
- Pelan CelcomDigi ONE
- Pelan CelcomDigi Fiber
- Pelan CelcomDigi 5G Home WiFi
Selain itu, pelanggan mesti tergolong dalam salah satu kategori berikut:
- Pelanggan baru
- Pelanggan port-in
- Pelanggan yang menukar pelan (naik taraf sahaja)
3. Bolehkah saya menukar barangan PwP selepas membuka CelcomDigi Cube Box?
Tidak, barangan PwP tidak boleh ditukar. Setelah anda memilih dan membuat pembayaran untuk CelcomDigi Cube Box, barangan tersebut adalah tetap. Selepas kotak dibuka, pelanggan mesti menerima barangan seperti yang tertera pada kertas yang disertakan.
4. Bolehkah saya mendapatkan lebih daripada satu barangan PwP bagi setiap transaksi?
Ya, pelanggan boleh membeli maksimum dua (2) CelcomDigi Cube Box bagi setiap transaksi (RM66 x 2 = RM132).
5. Di manakah saya boleh menyertai kempen ini?
Sila kunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi berdekatan anda.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article