Penamatan Pelan Postpaid Motosikal Elektrik CelcomDigi x rydeEV
Modified on Tue, 22 Apr at 1:29 PM
Ini adalah notis penting untuk pelanggan langganan rydeEV.
Disebabkan perubahan pemilikan di Oyika, kerjasama CelcomDigi x Oyika untuk Motosikal Elektrik rydeEV akan ditamatkan berkuatkuasa 15 Mei 2025.
Oleh itu, kaedah bayaran untuk rydeEV anda akan dikemas kini.
1. Apakah yang akan berubah?
Berkuat kuasa 15 Mei 2025, bayaran bulanan anda bagi pelan Motosikal Elektrik rydeEV tidak lagi akan dibuat kepada CelcomDigi. Sebaliknya, bayaran akan dibuat terus kepada Oyika Green Technologies Sdn Bhd (“Oyika”).
2. Bilakah saya mula membuat bayaran kepada Oyika?
Segala caj yang dikenakan sebelum 15 Mei 2025 adalah sah dan perlu dibayar kepada CelcomDigi.
Bayaran yang dibuat pada atau selepas 15 Mei 2025 perlu dibayar kepada Oyika.
3. Bagaimanakah saya membuat bayaran kepada Oyika selepas 15 Mei 2025?
Anda perlu memuat turun dan mendaftar di aplikasi Oyika yang baru untuk menguruskan bayaran anda. Aplikasi ini menawarkan pelbagai pilihan bayaran yang mudah.
4. Bolehkah saya terus menggunakan rydeEV saya dan melakukan penukaran bateri?
Ya, anda boleh terus menggunakan Motosikal Elektrik rydeEV anda dan melakukan penukaran bateri seperti biasa. Namun, penukaran bateri kini memerlukan aplikasi Oyika yang terkini.
5. Adakah kontrak saya yang sedia ada akan berubah?
Ya. Pada 15 Mei 2025, kontrak Easy360 rydeEV anda dengan CelcomDigi akan ditamatkan. Anda akan diminta untuk menandatangani semula perjanjian Lease-to-Own baru dengan Oyika. Jumlah bayaran bulanan dan tempoh kontrak yang tinggal akan kekal dan tidak berubah. Oyika akan menghubungi anda dengan butiran lanjut.
6. Adakah ini akan menjejaskan pelan CelcomDigi Postpaid saya?
Tidak. Pelan CelcomDigi Postpaid anda akan kekal aktif dan tidak berubah. Kemas kini ini hanya untuk pelan rydeEV anda.
7. Adakah saya masih dalam kontrak Easy360 dengan CelcomDigi?
Tidak. Selepas 15 Mei 2025, anda tidak lagi terikat dengan kontrak Easy360 bersama CelcomDigi untuk pelan rydeEV.
Kami menghargai pemahaman dan sokongan berterusan anda.
Terima kasih.
Adakah informasi ini membantu?
Kami gembira dapat membantu!
Terima kasih atas maklum balas anda.
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article