Helaian Pendedahan Produk: CelcomDigi Postpaid Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons
Modified on Fri, 6 Feb at 8:50 AM
Maklumat Produk:
Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons adalah faedah eksklusif yang boleh anda boleh nikmati dengan pelan pascabayar anda; sesuai dengan gaya hidup anda. Semua Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons disertakan dengan kontrak 12 bulan. Jika anda menamatkan kontrak anda lebih awal, caj penamatan awal akan dikenakan.
- Freedom Add-Ons: Nikmati add-on percuma di samping pelan pascabayar tersedia anda, tanpa kos tambahan.
- Mega Add-Ons: Nikmati lebih banyak nilai dengan bayaran bulanan yang rendah di atas pelan pascabayar semasa anda.
Tarikh Berkuatkuasa: Bermula 5 Februari 2026.
1. Butiran Produk dan Kelayakan |
CelcomDigi Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons tersedia untuk semua pelanggan pelan utama dan tambahan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang layak. Anda boleh melanggan satu (1) add-on bagi setiap talian mudah alih (MSISDN) di bawah kontrak 12 bulan untuk menikmati perkhidmatan pilihan anda.
Jadual 1: Kelayakan Freedom Add-Ons Pelan Pascabayar yang Layak | Freedom Add-Ons (Langganan Bulanan dengan Kontrak 12 Bulan) | Internet Tambahan | Rebat Pelan | Minit IDD | Perantauan (Singapura, Indonesia, Thailand) | WebSHIELD | CelcomDigi Postpaid 5G 45 SE 2026
| Percuma 20GB
| x | x | x
| x | CelcomDigi Postpaid 5G 65 SE 2026
| Percuma 50GB | x | Percuma 30 Minit | Percuma | CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026
| x | Percuma Rebat RM10 | CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
| x | CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
| Percuma 60 Minit | Percuma 5GB + 15 Minit | CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
| CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
| CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
| CelcomDigi One Lite
| Percuma | CelcomDigi One Pro 2026
| CelcomDigi One Ultra 2026
|
Nota Penting: Kuota internet akan diperbaharui pada permulaan setiap kitaran bil. Kuota internet yang tidak digunakan akan dilupuskan.
Jadual 2: Kelayakan Mega Add-Ons Pelan Pascabayar yang Layak | Mega Add-Ons (Langganan Bulanan dengan Kontrak 12 Bulan) | Hiburan | Sekuriti | Perantauan | Viu Premium HRD: RM21.90 | Disney+ Basic HRD: RM29.90 | Disney+ Premium HRD: RM49.90 | Prime Video HRD: RM25.00 | MobileSHIELD HRD: RM10.00 | Singapore, Indonesia, Thailand | Global 82 Countries | CelcomDigi Postpaid 5G 45 SE 2026 | x | x | x | x | x | x | x | CelcomDigi Postpaid 5G 65 SE 2026 | RM3.90 + 5GB/bln | RM12.90 + 5GB/bln | RM27.90 + 5GB/bln | RM13.00 + 5GB/bln | RM4.00/bln | 30GB + 15 Mins RM30/bln | 80GB + 15 Mins RM60/bln | CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 | x | CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 | x | RM3.90 + 5GB/bln | RM9.90 + 5GB/bln | RM4.00 + 5GB/bln | RM1.00/bln | 30GB + 15 Mins RM20/bln | 80GB + 15 Mins RM35/bln | CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 | x | CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026 | RM0.90 + 5GB/bln | x | CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026 | x | x | CelcomDigi One Lite | RM0.90 + 5GB/bln | RM4.00 + 5GB/bln | CelcomDigi One Pro 2026 | x | x | CelcomDigi One Ultra 2026 | x | x | x |
Nota Penting: - Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk cukai 6%. HRD= Harga Runcit Disyorkan.
- Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100, 120 dan 140 2026 tidak layak untuk melanggan Viu Premium Mega Add-Ons. Viu Premium sudah termasuk dalam faedah pelan.
- Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160 dan 190 2026 tidak layak untuk melanggan Prime Video Mega Add-Ons. Prime Video sudah termasuk dalam faedah pelan.
- Pelan CelcomDigi One Pro dan One Ultra 2026 tidak layak untuk melanggan Disney+ Mega Add-Ons. Disney+ sudah termasuk dalam faedah pelan.
|
2. Pendaftaran |
Setiap talian pascabayar yang layak boleh melanggan satu (1) Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons pada satu masa. Anda boleh mendaftar Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons melalui aplikasi CelcomDigi atau di Kedai CelcomDigi. Nota Penting: Jika anda menggunakan pelan pascabayar Digi atau Celcom yang lama, anda perlu menaik taraf kepada pelan pascabayar 5G CelcomDigi yang baharu sebelum boleh melanggan Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons.
|
3. Caj dan Pembayaran |
Freedom Add-Ons Setiap Freedom Add-Ons adalah percuma, dan anda hanya perlu membayar yuran bulanan bagi pelan pascabayar anda.
Mega Add-Ons Setiap Mega Add-Ons disertakan dengan nilai dan harga tersendiri. Harga yang dinyatakan ialah jumlah yang perlu anda bayar selain daripada yuran bulanan pelan pascabayar anda.
Setelah melanggan, Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons pilihan anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan.
|
4. Penamatan Perkhidmatan |
Freedom Add-Ons - Anda akan dikenakan caj penamatan jika anda menamatkan atau menurun taraf pelan pascabayar anda dalam tempoh dua (2) bulan pertama kontrak.
- Anda akan dikenakan caj penamatan sebanyak RM30 bagi kontrak 12 bulan sekiranya anda menamatkan kontrak atau menurun taraf pelan pascabayar dalam tempoh dua (2) bulan pertama.
- Jika anda menaik taraf kepada pelan dengan kadar lebih tinggi, anda boleh meneruskan kontrak sedia ada tanpa dikenakan sebarang caj penamatan.
- Walau bagaimanapun, anda masih perlu membayar caj penamatan sekiranya anda ingin membatalkan dan menggantikan kontrak semasa dengan kontrak baharu, tanpa mengira sama ada anda menaik taraf, menurun taraf, atau mengekalkan kadar pelan yang sama dalam tempoh dua (2) bulan pertama.
Mega Add-Ons - Jika anda menamatkan atau menurunkan pelan pascabayar anda sebelum tempoh kontrak 12 bulan tamat, caj penamatan awal akan dikenakan.
- Walaupun anda mengekalkan pelan pascabayar sedia ada tetapi memilih untuk membatalkan Mega Add-Ons sebelum kontrak 12 bulan tamat, caj penamatan awal tetap akan dikenakan.
- Caj penamatan awal dikira seperti berikut:
Harga Runcit Disyorkan (HRD) (seperti yang terpapar di Jadual 2) x Baki bulan dalam kontrak anda.
- Bagi Mega Add-Ons Perantauan:
Harga bulanan Mega Add-Ons Perantauan x Baki bulan dalam kontrak anda.
|
5. Keutamaan Penggunaan Data |
Internet mudah alih anda akan digunakan mengikut turutan berikut, bergantung pada kuota internet yang tersedia pada masa tersebut:
- Data daripada sebarang promosi percuma
- Data daripada tambahan internet (pembelian sekali sahaja)
- Data daripada tambahan Hotspot
- Data daripada tambahan internet dengan kontrak (berulang bulanan)
- Data daripada perkongsian internet
- Data daripada kuota pelan asas anda
Ini memastikan data anda digunakan dengan cara paling optimum, bermula dengan data sementara atau bonus sebelum kuota pelan utama anda.
|