Soalan Lazim: Promosi Raya - StreamMORE sooka Sports & Entertainment 1 Bulan Percuma
Modified on Tue, 10 Mar at 2:32 PM
1. Apakah tawaran '1-bulan percuma' StreamMORE sooka Sports & Entertainment?
Semua pelanggan CelcomDigi Prabayar dan CelcomDigi Pascabayar akan menikmati 1 bulan PERCUMA apabila mereka melanggan StreamMORE sooka Sports & Entertainment buat kali pertama.
2. Siapakah yang layak menikmati tawaran bulan pertama percuma ini?
Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan CelcomDigi Postpaid dan Prepaid yang layak yang melanggan StreamMORE sooka Sports & Entertainment buat kali pertama sepanjang tempoh kempen (10 Mac – 31 Mei 2026).
Percubaan PERCUMA 1 bulan ini adalah tawaran untuk tempoh terhad. Kami berhak untuk mengubah suai, menarik balik, atau menamatkan promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
3. Apakah yang berlaku jika saya melanggan selepas peruntukan percubaan PERCUMA habis ditebus?
Jika anda melanggan selepas peruntukan promosi ditebus sepenuhnya, langganan anda akan diteruskan pada harga bulanan biasa iaitu RM27.90.
4. Bagaimanakah cara untuk melanggan StreamMORE sooka Sports & Entertainment?
Anda boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi atau kunjungi kedai CelcomDigi terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan kami.
| Saluran | Cara melanggan |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle Langkah 3: Pilih Entertainment Langkah 4: Pilih pelan bundle sooka yang diingini Langkah 5: Pilih Confirm subscription untuk meneruskan |
5. Apakah perkara lain yang perlu saya ketahui?
Langganan StreamMORE Add-On merangkumi langganan sooka Sports & Entertainment berserta Internet tambahan 5G/4G sehingga 5GB. Layari halaman StreamMORE Add-On untuk maklumat lanjut.
6. Selepas melanggan, bilakah pas ini akan tamat tempoh?
Ini merupakan pas bulanan dan akan diperbaharui secara automatik setiap bulan. Pas hanya akan tamat tempoh sekiranya pembaharuan tidak berjaya.
7. Apakah yang berlaku kepada langganan StreamMORE sooka Sports & Entertainment saya pada akhir bulan pertama?
Langganan StreamMORE Add-On anda akan diperbaharui secara automatik selepas 30 hari bagi memastikan pengalaman penstriman anda tidak terganggu. Selepas bulan pertama, langganan StreamMORE Add-On akan diperbaharui pada harga biasa RM27.90.
8. Apakah yang berlaku apabila kuota dalam tawaran ini telah digunakan sepenuhnya?
Setelah kuota dalam pas ini digunakan sepenuhnya, penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota bulanan sedia ada.
9. Saya telah melanggan StreamMORE sooka Sports & Entertainment. Bolehkah saya membatalkan langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membuat pembatalan melalui aplikasi CelcomDigi. Tiada pelarasan caj secara prorata akan dibuat dan caj penuh akan dikenakan. Selepas pembatalan, kuota dan akses sooka Sports & Entertainment akan kekal sehingga tamat tempoh sah langganan semasa.
| Saluran | Cara membatalkan langganan |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle Langkah 3: Pilih My Subscription Langkah 4: Pilih pelan bundle sooka anda Langkah 5: Pilih Unsubscribe untuk meneruskan |
10. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau isu berkaitan langganan StreamMORE sooka Sports & Entertainment. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- sooka Bundle CelcomDigi Prepaid StreamMORE
- sooka Bundle CelcomDigi Postpaid StreamMORE
atau anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp
11. Apakah terma akses saya kepada sooka Sports & Entertainment?
Dengan melanggan sooka, tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk sooka Sports & Entertainment, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
- Terma dan Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Dasar Privasi sooka
- Terma dan Syarat sooka
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article