Pas Perantauan Bulanan
Modified on Thu, 5 Feb at 8:47 AM
1. Apakah itu Pas Perantauan Bulanan?
Pas Perantauan Bulanan ialah add-on bulanan yang ditawarkan kepada pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak. Ia akan diperbaharui secara automatik pada setiap kitaran bil, jadi anda tidak perlu melanggan semula setiap bulan.
2. Adakah ini tawaran berkontrak?
Tidak. Ini ialah tawaran tanpa kontrak. Anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.
3. Siapakah yang layak untuk melanggan?
Pas Perantauan Bulanan ditawarkan kepada pelanggan CelcomDigi Postpaid seperti berikut:
- CelcomDigi Postpaid 5G 60
- CelcomDigi Postpaid 5G 80
- CelcomDigi Postpaid 5G 100
- CelcomDigi Postpaid 5G 120
- CelcomDigi Postpaid 5G 140
- CelcomDigi Postpaid 5G 160
- CelcomDigi ONE Ultra
- CelcomDigi ONE Pro
- CelcomDigi ONE Lite
4. Apakah tawaran yang disediakan di bawah Pas Perantauan Bulanan?
| Pelan | Liputan | Kouta | Panggilan | Harga Bulanan | Pembaharuan Automatik |
| Monthly 30GB Roam Pass | Singapore, Indonesia & Thailand | 30GB Internet Pantas | 15 minit | RM40/Bulan | Ya (setiap kitaran bil) |
| Monthly 80GB Roam Pass | 82 Negara | 80GB Internet Pantas | 15 minit | RM70/Bulan | Ya (setiap kitaran bil) |
Nota:Peruntukan panggilan selama 15 minit merangkumi panggilan ke Malaysia, panggilan dalam negara perantauan, serta panggilan masuk semasa perantauan. Panggilan ke negara lain semasa perantauan akan dicaj mengikut kadar bayar ikut penggunaan yang berkenaan.
5. Apakah negara yang diliputi di bawah tawaran ini?
| Monthly 30GB Roam Pass | Monthly 80GB Roam Pass |
| 3 Negara | 82 Negara |
| Singapore, Indonesia & Thailand | Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Brunei Darussalam, Brazil, Bosnia and Herzegovina, Cambodia, Canada, China, Congo DRC, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Isle of Man, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Lithuania, Liechtenstein Luxembourg, Macau, Malta, Mozambique, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Timor-Leste, Turkey, United Arab Emirates, United Kingdom, United States of America, Ukraine Uruguay, Uzbekistan, Vietnam |
6. Bagaimanakah pembaharuan bulanan berfungsi?
Kuota perantauan yang diperuntukkan akan diperbaharui dan dicaj pada permulaan setiap kitaran bil. Sebarang kuota internet yang tidak digunakan daripada kitaran sebelumnya akan luput dan tidak akan dibawa ke kitaran seterusnya.
7. Apakah saluran langganan?
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi atau dengan mendail *800# semasa berada di luar negara (roaming).
| Saluran | Cara Langganan |
| Aplikasi CelcomDigi |
|
8. Bagaimanakah saya tahu jika pas saya telah diaktifkan?
Anda akan menerima notifikasi pengaktifan berjaya setelah langganan anda aktif.
9. Apakah yang akan berlaku jika kuota saya habis sebelum kitaran bil seterusnya?
Sekiranya kuota data yang diperuntukkan telah digunakan sepenuhnya sebelum kitaran bil seterusnya, akses data akan disekat dan panggilan suara akan dicaj mengikut kadar Bayar Ikut Penggunaan yang berkuat kuasa. Anda boleh membeli mana-mana Pas Perantauan yang tersedia untuk meneruskan penggunaan.
10. Bagaimanakah cara untuk menyemak penggunaan saya?
Anda boleh menyemak penggunaan pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi di bahagian Penggunaan.
11. Bolehkah saya mempunyai lebih daripada satu pas perantauan berulang pada masa yang sama?
Ya. Anda boleh mempunyai beberapa Pas Bulanan yang aktif serentak. Semua pas yang aktif akan diperbaharui pada masa yang sama pada permulaan setiap kitaran bil.
12. Bagaimanakah cara untuk membatalkan langganan tawaran ini?
Anda boleh membatalkan langganan dengan mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi yang berdekatan. Kakitangan kami akan membantu anda dengan proses penamatan.
13. Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan langganan sebelum tamat kitaran bil dan adakah caj akan dikira secara prorata?
Sekiranya anda membatalkan langganan sebelum tamat kitaran bil, caj penuh bagi kitaran semasa tetap akan dikenakan. Namun begitu, anda masih boleh menikmati tawaran ini sehingga kitaran bil seterusnya bermula.
14. Bolehkah saya melanggan semula selepas membatalkan langganan?
Ya. Anda boleh melanggan semula pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa caj pemprosesan akan dikenakan semasa melanggan semula.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article