CelcomDigi Year-End Sale: StreamMORE Prime Video Percubaan 1 Bulan Percuma
Modified on Tue, 16 Dec at 10:00 AM
1. Apakah tawaran yang menarik ini?
Anda berpeluang menikmati percubaan PERCUMA satu (1) bulan apabila anda melanggan StreamMORE Prime Video.
2. Siapakah yang boleh menikmati tawaran percubaan percuma bulan pertama ini?
Tawaran ini tersedia kepada semua pelanggan CelcomDigi Postpaid & Prepaid yang melanggan StreamMORE Prime Video Add-Ons buat pertama kali sepanjang tempoh kempen sehingga 12 Januari 2026.
3. Bagaimana cara untuk melanggan StreamMORE Prime Video?
Anda boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi atau kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan kami yang mesra.
| Saluran | Cara melanggan StreamMORE Prime Video |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pilih Shop Langkah 3: Plilih Lifestyle Langkah 4: Pilih Entertainment Langkah 5: Pilih Prime Video & 5GB internet Langkah 6: Klik Confirm Subscription untuk teruskan |
4. Apa lagi yang perlu saya tahu?
Pas Add-Ons StreamMORE termasuk langganan Prime Video beserta dengan Internet 5G/4G ekstra 5GB. Sila layari StreamMORE Add-Ons untuk maklumat lanjut.
5. Selepas melanggan, bilakah pas ini akan tamat tempoh?
Ini adalah pas bulanan dan ia akan diperbaharui secara automatik setiap bulan. Pas ini hanya akan tamat sekiranya pembaharuan tidak berjaya.
6. Apa akan berlaku kepada langganan StreamMORE saya selepas bulan pertama?
Langganan StreamMORE anda akan diperbaharui secara automatik selepas 30 hari bagi memastikan pengalaman penstriman anda tidak terganggu. Selepas percubaan bulan pertama percuma, langganan akan diperbaharui pada harga biasa iaitu RM23.00 sebulan.
7. Apa berlaku jika kuota bagi tawaran ini habis digunakan?
Jika kuota bagi pass ini telah habis digunakan, penggunaan seterusnya akan menggunakan kuota bulanan sedia ada.
8. Saya telah melanggan StreamMORE Prime Video. Adakah saya boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan langganan melalui aplikasi CelcomDigi. Tiada pengiraan caj prorata, dan caj penuh akan dikenakan. Setelah pembatalan dibuat, kuota dan akses Prime Video akan kekal aktif sehingga tamat tempoh sah langganan semasa.
| Saluran | Langkah-langkah pembatalan langganan |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pilih Shop dan pilih Lifestyle Langkah 3: Klik My Subscription di penjuru atas kanan Langkah 4: Pilih langganan Prime Video Langkah 5: Pilih Unsubscribe |
9. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan StreamMORE Prime Video. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Untuk maklumat lanjut mengenai StreamMORE Prime Video, sila layari pautan berikutnya:
atau anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp.
10. Apakah terma akses saya ke Prime Video?
Dengan melanggan Prime Video, dalam setiap kes tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Prime Video, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article