CelcomDigi Year-End Sale: Pas Video & Internet

Modified on Tue, 2 Dec at 10:00 AM

1. Apakah yang ditawarkan? 

Pas
Harga
Tempoh Sah
Kuota Internet
Pembaharuan Automatik / Berulang
680GB
Pas Video
RM6.80
5 hari
Pas Video 680GB (5G+4G)
Hanya sah untuk aplikasi terpilih (YouTube, Netflix, Viu, iQIYI dan Disney+ Hotstar)
Tidak
Pas Internet 2999GB
RM8
4 hari
2999GB (4G+5G)
Tidak

 

2. Siapakah yang layak untuk kempen ini? 

Semua pelanggan Prabayar dan Pascabayar. 

 

3. Bilakah tempoh tawaran kempen ini? 

Tempoh Tawaran kempen ini adalah sehingga 12 Januari 2026.

 

4. Bagaimanakah saya boleh membeli pas ini?  


Pelan Prabayar 

Saluran Langganan
Langkah-langkah 
Aplikasi CelcomDigi App
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik ‘Internet Add-Ons’
  3. Klik ‘One Time Pass’
  4. Pilih ‘680GB Video Pass (4G+5G)/2999GB Internet Pass (4G+5G)’ dan lengkapkan transaksi pembelian.
USSD
  1. Dial *118# 
  2. Pilih ‘Internet Plan and Add-on’  
  3. Pilih ‘One Time Pass’  
  4. Pilih < High-Speed Video Pass 680GB (5G+4G)/2999GB Internet Pass (5G+4G) > dan lengkapkan transaksi pembelian

  

Pelan Pascabayar 

Saluran
Langkah-langkah 
Aplikasi CelcomDigi App
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik ‘Shop’
  3. Klik ‘Quota Top-Up’.
  4. Pilih ‘680GB Video Pass (4G+5G)/2999GB Internet Pass (4G+5G)’ dan lengkapkan transaksi pembelian.

 

5. Bagaimanakah cara untuk memeriksa Pas Internet saya? 

Anda boleh memeriksa dan mengurus akaun anda melalui aplikasi CelcomDigi atau USSD *118#.

  

6. Adakah langganan berulang kali dibenarkan untuk pas ini? 

Ya, pembelian berganda dibenarkan untuk kedua-dua pas ini.  

 

7. Apakah yang perlu saya tahu tentang Kuota Internet ini?          

Setelah penggunaan penuh kuota, sebarang penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan atau mana-mana langganan Internet Add-On lain. Jika tiada kuota tambahan, kelajuan Internet akan dihadkan kepada 64Kbps.  

 

8. Bagaimanakah saya boleh tahu jika pembelian pas ini telah berjaya?  

Anda akan menerima SMS setelah pembelian berjaya dilakukan.  

  

9. Adakah pembaharuan automatik tersedia dengan pas ini? 

Tidak, pas Internet ini adalah pembelian Add-On satu kali sahaja.  

  

10. Adakah tethering/hotspot ke peranti-peranti lain atau komputer dibenarkan dengan Pas Internet ini? 

Hotspot dibenarkan untuk 2999GB Internet Pass (5G+4G) sahaja.

 

11. Bolehkah Pas Internet ini digunakan semasa roaming? 

Tidak. Pas ini hanya dibenarkan untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa roaming akan dikenakan caj roaming di samping yuran bulanan pelan anda.  

  

12. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet yang tidak digunakan? 

Sebarang kuota tambahan Internet yang tidak digunakan akan dilupuskan apabila tamat tempoh.  


13. Bilakah pas saya akan tamat tempoh? 

Pas Video sah sehingga jam 12:00 pagi pada hari keenam selepas langganan berjaya.

Pas Internet sah sehingga jam 12:00 pagi pada hari kelima selepas langganan berjaya.

  

14. Saya bukan pengguna CelcomDigi. Bolehkah saya membeli pas ini?  

Anda mesti mendaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan pas ini. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article