CelcomDigi Year-End Sale: StreamMORE iQIYI 1 bulan percuma

Modified on Tue, 2 Dec at 10:00 AM

1. Apakah tawaran ini? 

Anda akan menikmati akses percuma selama 1 bulan ke iQIYI Standard VIP dengan Internet pantas 5G apabila anda melanggan StreamMORE iQIYI sepanjang tempoh kempen dari 2 Disember 2025 hingga 12 Januari 2026. 


2. Siapa yang boleh menikmati tawaran percuma bulan pertama? 

Tawaran ini tersedia kepada semua pelanggan CelcomDigi Postpaid & Prepaid yang melanggan StreamMORE Add-Ons iQIYI buat kali pertama. 


3. Bagaimanakah cara saya mendaftar untuk StreamMORE iQIYI ? 

Anda boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi atau terus ke kedai CelcomDigi terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan kami yang mesra. 

Saluran
Langkah Melanggan
Aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pilih Shop
Langkah 3: Plilih Lifestyle
Langkah 4: Pilih Entertainment dan pilih ikon iQIYI
Langkah 5: Pilih iQIYI (Std VIP) & 5GB internet
Langkah 6: Klik Confirm Subscription untuk teruskan


4. Saya mempunyai langganan iQIYI yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Operator / Kad Perbankan). Bolehkah saya masih melanggan CelcomDigi iQIYI Bundles menggunakan nombor telefon yang sama? 

Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain. Rujuk di sini untuk langkah seterusnya. 


5. Saya telah melanggan CelcomDigi IQIYI Bundle. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?

Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota akan sah sehingga waktu langganan pada hari ke-30 langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan. 

Tempoh Sah Akses iQIYI: Akses iQIYI akan sah sehingga jam langganan pada hari ke-31 langganan. Contoh seperti berikut: 


Akses iQIYI Bermula
Akses iQIYI Tamat
1 Disember 2024 3:00 p.m.
1 Januari 2025 2:59 p.m.


6. Apakah yang berlaku kepada langganan StreamMORE saya pada penghujung bulan pertama? 

Langganan StreamMORE anda akan diperbaharui secara automatik pada penghujung 30 hari untuk memastikan pengalaman penstriman anda tidak terganggu. Selepas bulan pertama, langganan StreamMORE akan disambung semula pada harga biasa selepas pembaharuan. 


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Bundle CelcomDigi StreamMORE iQIYI


7. Apakah yang berlaku apabila kuota digunakan sepenuhnya dalam tawaran ini? 

Setelah menggunakan sepenuhnya kuota dalam pas ini, penggunaan seterusnya akan diambil daripada kuota bulanan yang tersedia. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article