CelcomDigi Prepaid 5G DataSIM 65
Modified on Wed, 7 May at 10:03 AM
1. Apakah itu pelan CelcomDigi Prepaid 5G DataSIM 65 500GB yang baharu ini?
Pelan CelcomDigi Prepaid 5G DataSIM 65 500GB ialah pelan 5G baharu yang menawarkan kuota lebih besar dan Internet berkelajuan tinggi. Pas ini ditawarkan dalam bentuk Pas Internet Bulanan.
2. Bagaimanakah cara untuk melanggan dan menjejak Pas Internet Mudah Alih saya?
Anda boleh membeli sebarang perkhidmatan langganan, menjejak dan mengurus akaun anda melalui aplikasi atau dengan mendail *118*2#.
3. Apakah kelebihan Pas Internet yang baharu ini?
Pelan ini hadir dengan kuota internet sebanyak 500GB dan kuota ini juga boleh digunakan untuk Hotspot.
4. Mengapakah saya tidak mendapat akses 5G walaupun telah melanggan pas internet 5G?
Untuk menikmati Internet 5G dengan pelan CelcomDigi Prepaid Biru atau Kuning, sila pastikan perkara berikut:
- Anda menggunakan peranti yang menyokong 5G, telah diaktifkan dan mempunyai versi perisian terkini.
- Anda berada di kawasan yang mempunyai liputan rangkaian 5G. Jika anda berada di luar kawasan liputan, anda akan disambungkan secara automatik ke rangkaian lain yang tersedia.
- Kad SIM anda ialah SIM 4G LTE.
5. Adakah pelan ini mempunyai fungsi pembaharuan automatik?
Tidak, pelan ini tidak mempunyai fungsi pembaharuan automatik. Anda perlu memperbaharui secara manual melalui aplikasi.
6. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet yang tidak digunakan sekiranya saya memperbaharui langganan Pas Internet saya?
Kuota Internet yang tidak digunakan dari langganan terdahulu TIDAK akan dibawa ke hadapan semasa pembaharuan.
7. Bagaimanakah saya boleh menyemak baki kuota dan tempoh sah Internet saya?
Semak dan urus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118#.
8. Apakah yang berlaku apabila kuota Pas Internet saya habis sebelum tarikh tamat tempoh? Adakah saya akan dikenakan caj ikut penggunaan (pay-per-use)?
Tidak, kelajuan Internet anda akan dikurangkan kepada 3Mbps.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article