Games Walla

Modified on Mon, 20 Jan at 11:47 AM

1. Apakah Games Walla? 

Games Walla menawarkan langganan untuk pelanggan menikmati permainan dalam talian terpilih di platform permainan tanpa menggunakan kuota Internet mudah alih. Dengan pelan add-on data ini, pelanggan akan mendapat sehingga 15GB data bergantung pada pelan Games Walla yang dibeli pada kelajuan tinggi apabila mereka mengakses aplikasi mudah alih platform rakan kongsi permainan yang berkaitan.

 

2. Berapa banyak saya akan dikenakan bayaran untuk langganan ini?

Terdapat tiga jenis pakej yang boleh dipilih oleh pelanggan:

Pelan

Harian 

Mingguan

Bulanan

Harga

RM2

RM7

RM20

Kuota

3GB

10GB

15GB

Tempoh Sah

24 jam

7 hari

30 hari


3. Bagaimanakah saya boleh membeli perkhidmatan Games Walla? 

Langkah 1: Dail *118# 

Langkah 2: Pilih 'Add-On Lain' 

Langkah 3: Pilih mana-mana Pakej Data 'Games Walla' (Harian/Mingguan/Bulanan) yang sesuai dengan anda & pilih 'Pembelian'

Langkah 4: Pengesahan SMS akan dihantar apabila langganan berjaya.  

 

4. Apakah permainan mudah alih yang saya boleh bermain dengan Games Walla?

  • Arena of Valor (AOV) 
  • Free Fire
  • PUBG


5. Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan data Games Walla saya?

Hantar ADD<SPACE> ON<SPACE>BAL ke 28882.

 

6. Bolehkah saya memindahkan Games Walla yang dibeli dari telefon semasa saya ke telefon bimbit baru? 

Ya, Games Walla adalah perkhidmatan yang dipautkan kepada nombor telefon anda dan bukan telefon bimbit anda.

  

7. Bagaimanakah saya boleh memperbaharui langganan Games Walla saya? 

Pakej Add-On ini diperbaharui secara automatik hanya untuk pelanggan prabayar.  

  • Bagi pelanggan Pascabayar, selepas Add-On tamat pada penghujung tempoh sah, anda perlu melanggan semula.  
  • Bagi pelanggan Prabayar, sila pastikan anda mempunyai Pelan Internet yang aktif dan kredit yang mencukupi untuk pembaharuan automatik.

  

8. Bolehkah saya menghentikan pembaharuan automatik dari Games Walla? 


Melalui SMS (Pengguna prabayar sahaja): 

Mingguan: Hantar "STOP GW WK" ke "28882" 

Bulanan: Hantar "STOP GW MT" ke "28882" 

 

Melalui USSD: 

Langkah 1: Dail '*118#' dan pilih 'Add-On Lain' 

Langkah 2: Pilih 'Seterusnya' untuk meneruskan halaman seterusnya 

Langkah 3: Pilih 'Games Walla' 

Langkah 4: Pilih 'Hentikan Pembaharuan Auto' 

Langkah 5: Pilih 'Sahkan' untuk menghentikan pembaharuan automatik 

Langkah 6: Pilih '1.Mingguan / 2.Bulanan' untuk menghentikan pembaharuan automatik 

Langkah 7: Terima notifikasi berjaya.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article