Perantauan dengan 5G & VoLTE

Modified on Tue, 13 Aug at 10:04 AM

1. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan 5G semasa perantauan (roaming) di luar negara?
Jika anda layak untuk mengakses perkhidmatan 5G di Malaysia, anda turut layak menggunakan perkhidmatan 5G di luar negara. Langgankan mana-mana pas perantauan dan sambungkan dengan pengendali rangkaian 5G untuk menikmati 5G apabila anda sedang mengembara dengan peranti 5G anda.


2. Pengendali rangkaian 5G manakah yang menyokong perantauan 5G?
Perkhidmatan perantauan 5G kini tersedia di lebih 50 negara dan lebih banyak negara akan ditambahkan tidak lama lagi.


3. Bolehkah saya menggunakan 5G dengan pas perantauan Celcom/ Digi?
Ya, 5G adalah tersedia di negara dan rangkaian terpilih pas perantauan Celcom/ Digi. Klik sini untuk melihat senarai penuh negara dan rangkaian yang menyokong perantauan dengan 5G.


4. Apakah perantauan VoLTE?
Panggilan perantauan VoLTE merujuk kepada panggilan perantauan suara yang dibuat melalui LTE. Untuk menggunakan VoLTE semasa perantauan, pastikan anda memilih operator rangkaian pilihan VoLTE kami dengan peranti VoLTE terpilih.

5. Peranti apakah yang disokong?
Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoLTE. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar telefon anda untuk mengesahkan keserasian VoLTE.


6. Berapakah kadar bayaran akan dikenakan jika saya menggunakan VoLTE dengan perantauan?
Panggilan VoLTE dicaj mengikut kadar panggilan perantauan semasa, tiada caj tambahan untuk VoLTE.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article