Soalan Lazim: Faedah Pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan One 2026
Modified on Thu, 18 Dec at 10:01 AM
1. Bagaimanakah saya boleh menikmati Diskaun 50% Pas Perantauan dengan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan One 2026 yang layak?
Untuk masa terhad, pelanggan yang mendaftar pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 dan ke atas/ pelan CelcomDigi One 2026 akan menikmati diskaun 50% untuk pas perantauan 3-Day, 7-Day Unlimited, 14-Day Unlimited dan 30-Day Unlimited. Tawaran ini akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.
Harga penuh pas perantauan akan ditunjukkan dalam aplikasi CelcomDigi app. Anda boleh teruskan dengan pembelian pas perantauan dan diskaun 50% tersebut akan disertakan ke dalam bil anda pada hujung kitaran bil.
2. Bagaimanakah saya boleh menikmati diskaun 50% Talian Tambahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan One 2026 yang layak?
Anda akan menikmati diskaun talian tambahan dengan segera dalam kitaran bil apabila anda mendaftar dengan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160 / One Pro 2026 / One Ultra 2026. Diskaun akan diberikan untuk kedua-dua pelan Family Line & Pelan GadgetSIM.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa talian tambahan anda perlu berada dalam akaun bil yang sama dengan talian utama anda. Talian tambahan yang berada dalam akaun bil yang berbeza tidak layak untuk diskaun.
3. Bagaimanakah saya boleh menikmati 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus yang disertakan dalam pelan CelcomDigi One Ultra 2026?
Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan pelan CelcomDigi One Ultra 2026, anda boleh sama ada:
- tambah talian keluarga CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus untuk pelan CelcomDigi One Ultra 2026.
- lakukan pertukaran pelan kepada CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus untuk pelan CelcomDigi One Ultra 2026.
Sila ambil perhatian bahawa:
- CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus termasuk dalam pelan CelcomDigi One Ultra 2026 akan mendapat rebat 100% untuk yuran komitmen (RM 50 / talian / bulan) sahaja. Sebarang caj lain yang dikenakan pada CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus perlu ditanggung oleh pelanggan.
- Jika mana-mana CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus termasuk dalam pelan CelcomDigi One Ultra 2026 telah ditamatkan / dipindahkan ke akaun lain, anda perlu mengaktifkan talian tambahan baharu / melakukan pertukaran pelan pada talian tambahan lain kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus secara proaktif. Jika tidak, mana-mana talian tambahan sedia ada di bawah akaun yang sama hanya akan menikmati rebat 50%.
4. Saya menggunakan pelan CelcomDigi One Ultra 2026 dan pada masa ini mempunyai 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus yang disertakan dalam pelan. Berapakah bilangan talian tambahan lain di bawah akaun bil yang sama yang mendapat 50% Diskaun Talian Tambahan?
Diskaun Talian Tambahan 50% boleh digunakan pada 4 talian tambahan.
5. Adakah langganan Disney+ disertakan dalam pelan CelcomDigi One 2026?
Ya. Pelanggan akan menikmati langganan Disney+ Premium jika mereka melanggan pelan CelcomDigi One Ultra 2026, dan langganan Disney+ Basic jika mereka melanggan pelan CelcomDigi One Pro 2026.
Pelanggan akan menikmati manfaat ini secara automatik jika:
- pelan mudah alih utama berada pada pelan One 2026, dan
- CelcomDigi mempunyai kerjasama aktif dengan Disney+.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk CelcomDigi Disney+ Hotstar bundle FAQ.
6. Adakah langganan MobileSHIELD disertakan dalam pelan CelcomDigi One 2026?
Ya. Pelanggan akan menikmati langganan MobileSHIELD jika mereka berada di bawah pelan CelcomDigi One Ultra 2026 .
Selain itu, 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus yang diperuntukkan juga akan menikmati satu langganan MobileSHIELD setiap satu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk CelcomDigi MobileSHIELD FAQ.
7. Saya mempunyai Mega Add Ons Disney+ atau MobileSHIELD dengan pelan Postpaid 5G saya. Bolehkah saya menaik taraf kepada pelan CelcomDigi One 2026?
Anda boleh menaik taraf pelan anda, namun anda mesti terlebih dahulu menamatkan Mega Add Ons tersebut dan menyelesaikan sebarang bayaran penalti jika berkenaan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article