Soalan Lazim: Kontrak CelcomDigi Postpaid 5G

Modified on Tue, 19 Mar at 8:40 AM

1. Saya kini masih terikat dengan kontrak pelan saya, bolehkah saya tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu?
Jika anda beralih ke pelan dengan komitmen bulanan lebih tinggi dari pelan kini, kontrak anda akan diteruskan tanpa penalti. Anda akan teruskan dengan baki tempoh kontrak anda. 

Namun, jika anda beralih ke pelan dengan yuran komitmen bulanan yang lebih rendah, anda akan disertakan caj penamatan awal seperti yang tertera dalam kontrak anda. 

Sebagai contoh, jika anda mempunyai kontrak peranti dengan Digi Postpaid 90 atau Celcom Mega 98 dan menukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120, anda akan meneruskan kontrak anda dan menikmati tawaran kontrak pada pelan baharu. Tetapi, jika anda menukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80, anda akan disertakan caj penamatan awal mengikut terma kontrak anda. 
 

2. Apakah Freedom Add-Ons yang boleh saya dapat dengan pelan Postpaid CelcomDigi 5G baharu ini? 
 Anda boleh menikmati antara: 

  •  Rebat RM10 pada komitmen bulanan anda selama 12 bulan dengan langganan Freedom Add-Ons dengan kontrak 12 bulan ATAU 
  • 50% Kuota 5G/4G Tambahan selama 12 bulan dengan langganan Freedom Add-Ons dengan kontrak 12 bulan untuk CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE & 60 SE
     

3. Saya kini melanggan Kontrak Freedom Add-Ons dengan pelan Celcom atau Digi, bolehkah saya tukar kontrak Freedom Add-Ons saya ke kontrak Freedom Add-Ons Rebat RM10 atau 50% Kuota 5G/4G Tambahan  selepas menukar ke Pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu? 
Jika anda telah melanggan Kontrak Freedom Add-Ons ini selama dua bulan atau lebih, anda berpeluang untuk tukar ke kontrak Freedom Add-Ons Rebat RM10 atau 50% Kuota 5G/4G Tambahan tanpa disertakan sebarang caj penamatan awal. Namun, sila ambil maklum bahawa tarikh mula kontrak anda akan dimulakan semula. 

Jika anda baru melanggan Kontrak Freedom Add-Ons kurang daripada 2 bulan, anda perlu menamatkan kontrak tersebut dan membayar caj penamatan awal sebelum anda boleh melanggan Rebat RM10 Freedom Add-Ons. 
 

4. Saya kini melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dengan Freedom Add-Ons Rebat RM10, apakah yang akan berlaku jika saya menukar pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 saya ke CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE? 
Anda harus menamatkan kontrak anda yang sedia ada dan membayar yuran penamatan awal sebelum menukarkan pelan anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE dengan langganan Freedom Add-Ons 50% Kuota 5G/4G Tambahan. 


5. Saya adalah pelanggan rangkaian Digi. Bolehkah saya mendaftar kontrak peranti dengan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu di Celcom bluecube? 
Kami masih dalam proses mengintegrasikan pengalaman kedai-kedai runcit kami. Jika anda ingin melanggani kontrak peranti dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu, anda perlu mengunjungi Digi Store atau Digi Store Express terdekat. 

Jika anda merupakan pelanggan Celcom, anda juga perlu melawat Celcom bluecube dan Rakan Bertauliah Celcom terdekat jika anda ingin melanggan kontrak peranti dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baru. 

Jika anda ingin mendaftar pelan baru tanpa kontrak peranti, anda boleh melakukannya di mana-mana outlet Celcom atau Digi.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article