Pra-Tempah HONOR Magic V6 5G

Modified on Thu, 4 Jun at 5:00 PM

1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempahan?
Pra-tempahan bagi HONOR Magic V6 5G di Easy360 akan tersedia dari 8:00 malam pada 4 Jun sehingga 11:59 malam pada 11 Jun 2026 di laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.

 

2. Apakah faedah mendaftar semasa tempoh pra-tempah?

Pelanggan boleh pra-tempah HONOR Magic V6 5G dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 atau pelan yang lebih tinggi. Pelan CelcomDigi terpilih disertakan dengan tawaran pra-tempahan eksklusif seperti yang dinyatakan dalam jadual dibawah (selagi stok masih ada).

 
Bundle A
Bundle B
Kelayakan Pelan

  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
  • CelcomDigi One Pro 2026
  • CelcomDigi One Ultra 2026
Freebies Asas
  • Skyworth 32” Google TV PERCUMA (bernilai RM1,099)
  • Jaminan Kualiti Tanpa Risau Peranti Selama 2-Tahun (bernilai RM599)
  • Perlindungan Retak Peranti Tanpa Risau Selama 1-Tahun (bernilai RM599)
  • Skyworth 32” Google TV PERCUMA (bernilai RM1,099)
  • Jaminan Kualiti Tanpa Risau Peranti Selama 2-Tahun (bernilai RM599)
  • Perlindungan Retak Peranti Tanpa Risau Selama 1 Tahun (bernilai RM599)
Freebies Tambahan dengan PWP
N/A
  • Langgan ke PhoneCARE (Swap & Replace) untuk RM45/bulan dan dapatkan HONOR Choice Earbuds Clip PERCUMA (bernilai RM499)

 

Nota: CelcomDigi berhak untuk menukar barangan freebies pada bila-bila masa tanpa notis awal.


3. Siapakah yang layak untuk membuat pra-tempah? 

  • Semua pelanggan pendaftaran baharu (termasuk port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar).
  • Pelanggan sedia ada yang tiada kontrak aktif dan sekatan panggilan.

 

4. Adakah pelanggan dengan kontrak sedia ada boleh memilih pelan ini?
Tidak, pelanggan yang masih dalam kontrak tidak layak untuk pelan ini.

5. Bagaimana untuk membuat pra-tempah?

Langkah 1: Log masuk ke laman web CelcomDigi 

Langkah 2: Pilih pelan pilihan anda 

Langkah 3: Buat bayaran pendahuluan (tertakluk pada kelayakan).

 

6. Bilakah pelanggan akan menerima peranti tersebut?

Peranti akan dihantar bermula dari 12 Jun 2026.

 

7. Jika saya layak untuk Skyworth 32” Google TV PERCUMA, adakah ia akan dihantar sekali dengan peranti saya?

Tidak. Skyworth 32” Google TV dan peranti HONOR Magic V6 akan dihantar secara berasingan.

 

8. Berapa lamakah tempoh penghantaran Skyworth 32” Google TV?

  • Skyworth 32” Google TV akan dihantar dalam masa tiga puluh (30) hari waktu bekerja setelah pesanan berjaya dibuat.
  • Anda akan menerima kod penjejakan melalui WhatsApp daripada CelcomDigi (0163338888) dalam masa sepuluh (10) hari waktu bekerja setelah pesanan berjaya dibuat.

 

9. Adakah TV ini termasuk sekali dengan jaminan?

Ya, TV ini disekalikan dengan jaminan 1-tahun yang disediakan daripada Skyworth. Untuk tuntutan jaminan, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Skyworth melalui:

  • Customer Careline: 1800888123
  • WhatsApp: +601112802189
  • Emel: service@skyworth.com.my

PhoneCARE


1. Siapakah yang layak untuk tawaran PhoneCARE "Swap & Replace" PWP?

Pelanggan yang membeli HONOR Magic V6 5G dengan pelan yang layak (CelcomDigi Postpaid 120 2026 ke atas) semasa tempoh pra-tempahan dari 4 Jun hingga 11 Jun 2026 dan melanggan ke pelan Phone CARE Swap & Replace, akan layak untuk menerima HONOR Choise Earbuds Clip. Untuk maklumat lanjut berkenaan PhoneCARE, sila klik di sini.
 

2. Bagaimanakah cara untuk melanggan ke pelan PhoneCARE "Swap & Replace"?

Semasa pra-tempah, pilih tawaran “PhoneCARE (Swap & Replace)".

Nama Peranti
Harga Peranti (HRD)
Caj Langganan Bulanan Swap & Replace
HONOR Magic V6 5G (512GB)
RM7,699
RM45

 

3. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE sedia ada. Adakah saya masih layak untuk tawaran PWP PhoneCARE "Swap & Replace"? 

Ya, anda layak. Langganan sedia ada PhoneCARE anda akn digantikan dengan langganan baharu ini. Anda hanya perlu pilih "PhoneCARE Swap & Replace".


4. Apakah yang akan jadi jika saya lebih minat dengan pelan PhoneCARE "Swap"? 

Anda boleh pilih untuk melanggan ke pelan PhoneCARE Swap, tetapi anda tidak layak untuk PWP PhoneCARE.

 

5. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE anda akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti baharu. 

  • Jika peranti anda rosak secara tidak sengaja dalam tempoh ini, jangan risau – anda masih layak membuat tuntutan melalui SR Portal. 
  • Jika anda menukar daripada pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan pelan lama.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article