SafePAY Jr (Dikuasakan oleh Vircle)

Modified on Thu, 18 Dec at 3:04 PM

1. Apakah itu SafePAY Jr?

SafePAY Jr, dikuasakan oleh Vircle, ialah perkhidmatan langganan yang membantu ibu bapa membimbing anak-anak mengurus wang dengan bijak dan selamat. Ia menyediakan kanak-kanak dengan Kad Prabayar Visa mereka sendiri, sambil memastikan kawalan perbelanjaan kekal di bawah pemantauan ibu bapa.
 

2. Siapakah yang boleh melanggan SafePAY Jr?

SafePAY Jr tersedia untuk semua pengguna CelcomDigi Postpaid dalam pelan yang dilancarkan dari tahun 2021 dan ke atas.

Jika pelan semasa anda tidak disokong, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi Postpaid terkini untuk menikmati SafePAY Jr dan ciri baharu lain.


3. Berapakah harga untuk SafePAY Jr?

Harga promosi langganan
(9 Disember 2025 – 31 Mac 2026)
RM1.00 untuk bulan pertama
(RM8/bulan akan dicaj bermula bulan kedua)
Harga langganan biasa
(1 April 2026 dan seterusnya)
RM8.00/bulan

Nota: Caj pemprosesan sekali sahaja sebanyak RM10 dikenakan semasa pendaftaran SafePAY Jr.


4. Bilakah saya akan dicaj dalam bil Postpaid saya?
Yuran langganan hanya akan dicaj apabila Kad Prabayar Visa[MA1]  diaktifkan melalui aplikasi Vircle.

Nota: Kami sangat menggalakkan ibu bapa mengaktifkan Kad Prabayar Visa sebelum 31 Mac 2026 untuk menikmati harga promosi


5. Bagaimanakah cara untuk melanggan SafePAY Jr?

Anda boleh melanggan SafePAY Jr melalui CelcomDigi Online Store atau aplikasi CelcomDigi.

 

6. Berapa banyakkah akaun SafePAY Jr yang boleh saya langgan?

Setiap nombor mudah alih hanya layak mempunyai satu langganan SafePAY Jr, termasuk satu akaun anak.

Untuk menambah akaun, anda perlu melanggan SafePAY Jr menggunakan nombor mudah alih yang berbeza. 
 

7. Siapakah yang boleh menggunakan Kad Prabayar Vircle Visa?

Kad Prabayar Visa boleh digunakan oleh kanak-kanak daripada semua peringkat umur, dari umar kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Pada usia ini, mereka boleh mula belajar mengurus wang dengan bimbingan ibu bapa dan membina tabiat kewangan yang sihat.
  

8. Apakah yang saya dapat melalui SafePAY Jr?

SafePAY Jr ialah langganan eksklusif oleh CelcomDigi, memberikan ibu bapa dan anak akses kepada pelbagai ciri dan keistimewaan. Dengan menyertai SafePAY Jr, anda boleh menikmati manfaat seperti:

Ciri
Deskripsi
Kad Prabayar VisaAhli akan menerima Kad Prabayar Visa pilihan anda melalui penghantaran.
Kawalan kad mesra-kanak-kanakMemberi ibu bapa kawalan penuh semasa anak berbelanja, memastikan penggunaan yang selamat.
Notifikasi & pemantauan transaksiMakluman masa nyata untuk setiap pembelian.
Had dan kawalan perbelanjaanTetapkan had harian, mingguan, atau kategori perbelanjaan.
Tugasan & misi berganjaranMenggalakkan anak melakukan tugasan atau misi pembelajaran untuk ganjaran.
Matlamat simpanan automatikMembantu anak menyimpan secara konsisten untuk matlamat tertentu.
Digunakan di seluruh duniaKad ini berfungsi secara global seperti kad VISA biasa.
Pengeluaran tunai di ATM menyokong VISAAnak boleh mengeluarkan tunai dengan selamat di bawah pantauan ibu bapa.

 

9. Bagaimanakah cara melanggan SafePAY Jr melalui aplikasi?
Langganan SafePAY Jr adalah mudah melalui aplikasi CelcomDigi:

Saluran
Cara melanggan
Aplikasi CelcomDigi
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik ‘Safety’
  3. Klik pada ‘SafePAY Jr subscription'
  4. Tekan pada butang harga untuk melanggan
  5. Tekan ‘Confirm Subscription’

 

10. Berapa lama untuk menerima Kad Prabayar Visa saya?

Anda akan menerima Kad Prabayar Visa dalam tempoh 5 hari bekerja selepas langgan berjaya. Setelah diterima, anda boleh terus pautkan akaun anak dan mula menguruskan perbelanjaan mereka.
 

11. Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas membuat permohonan?

Tidak. Setelah permohonan dihantar, kami tidak dapat membuat sebarang perubahan pada alamat penghantaran.

 

12. Bagaimana cara mengaktifkan Kad Prabayar Visa saya?

Sebaik sahaja anda menerima kad, sila ikuti langkah berikut:

Saluran
Cara melanggan
Aplikasi Vircle
  1. Muat turun aplikasi Vircle dan daftar akaun
  2. Klik ‘Upgrade Wallet’ dan lengkapkan pengesahan identity
  3. Klik ‘Add Child’ dan isi maklumat anak anda
  4. Pilih profil anak dan ketik ‘Link Now’. Nota: Jangan klik ‘Apply for Visa Prepaid Card’
  5. Pilih ‘Link Now’ di bawah program rakan kongsi CelcomDigi dan masukkan nombor CelcomDigi yang digunakan untuk melanggan SafePAY Jr
  6. Imbas atau masukkan butiran kad dan tetapkan PIN ATM
  7. Kad anda kini sedia digunakan

 

13. Di manakah saya boleh menggunakan Kad Prabayar Visa saya?
Anda boleh menggunakan Kad Prabayar Visa di mana-mana sahaja di seluruh dunia yang menerima Visa. Sama ada untuk perjalanan, pembelian dalam talian, atau perbelanjaan harian — ia menawarkan kemudahan dan akses global yang lancar.
  

14. Apakah syarat untuk memastikan langganan SafePAY Jr kekal aktif?
Untuk mengekalkan langganan aktif, akaun pascabayar anda mesti kekal aktif. Akaun yang dibatalkan atau digantung akan menyebabkan sistem gagal memperbaharui langganan.

 

15. Apakah yang akan berlaku jika pembaharuan langganan saya tidak berjaya?

Jika pembaharuan gagal, langganan SafePAY Jr akan ditamatkan secara automatik. Setelah ditamatkan, kad SafePAY Jr tidak boleh digunakan untuk sebarang transaksi.
 

16. Apakah yang perlu saya lakukan jika langganan SafePAY Jr saya ditamatkan?

Jika langganan anda ditamatkan, anda perlu melanggan semula SafePAY Jr. Kad Vircle baharu akan dikeluarkan dan caj pemprosesan sekali sebanyak RM10 akan dikenakan.
 

17. Jika saya berubah fikiran, bolehkah saya berhenti melanggan?
Jika SafePAY Jr tidak lagi memenuhi keperluan anda, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi:

SaluranCara melanggan
Aplikasi CelcomDigi
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik ‘My Plan’
  3. Pergi ke ‘Manage Subscription’, kemudian pilih ‘Lifestyle Subscription’
  4. Pilih ‘SafePAY Jr subscription’
  5. Klik ‘Unsubscribe’ dan pilih ‘Continue to Unsubscribe’ untuk sahkan pembatalan


18. Siapakah yang harus saya hubungi jika menghadapi isu dengan langganan SafePAY Jr?

Jika anda menghadapi sebarang isu, anda boleh menghubungi CelcomDigi melalui WhatsApp atau menghantar tiket sokongan melalui aplikasi CelcomDigi.
  

19. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk khidmat pelanggan aplikasi Vircle atau pengaktifan kad?

Untuk bantuan berkaitan aplikasi Vircle atau pengaktifan kad, sila hubungi Vircle Support melalui emel: support@vircle.com atau WhatsApp +6011 1117 6000.


20. Apakah waktu operasi khidmat pelanggan Vircle?

Khidmat pelanggan Vircle beroperasi dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam, Isnin hingga Jumaat dan 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu dan Ahad

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article