Peranti Tambahan CelcomDigi Fiber: Tawaran Merdeka Percuma FTTR (1+1)

Modified on Tue, 12 Aug at 4:25 PM

Syarat Kelayakan:


1. Siapa yang layak untuk mendapatkan pelan Fibre-To-The-Room 1+1 secara percuma?  

Pelanggan CelcomDigi Fibre sedia ada dengan pelan 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps layak untuk mendaftar tawaran eksklusif ini.
 

68 pelanggan pertama akan dipilih daripada penyerahan Borang Pendaftaran (Registration of Interest, ROI) di akhir kempen.


Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang memenuhi kriteria berikut:

  • Pelanggan CelcomDigi Fiber sedia ada dengan pelan 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps 
  • Tiada peranti FTTR aktif
     

Dengan menyertai kempen ini, anda mungkin diminta untuk memberikan testimoni bertulis atau video selepas pemasangan.
  

2. Berapa lamakah tempoh Tawaran Merdeka FTTR 1+1?

Tawaran ini sah dari 12 Ogos hingga 2 September 2025. Selepas tarikh ini, tawaran tidak lagi sah dan CelcomDigi berhak untuk menamatkan tawaran pada bila-bila masa.
 

3. Saya berminat untuk mendaftar tawaran ini. Bagaimana saya boleh mendapatkan FTTR 1+1 percuma?

Anda perlu memberikan nombor perkhidmatan fiber, nombor telefon mudah alih untuk dihubungi melalui WhatsApp, dan sebarang maklumat lain yang diminta dalam borang ROI untuk membantu kami mengesahkan kelayakan anda.
 

4. Saya berminat untuk mendaftar untuk tawaran ini. Bagaimana saya boleh mendapatkan FTTR 1+1 percuma?

Berikut adalah langkah-langkah:  

Langkah 1: Isikan butiran anda di sini : [Borang Pendaftaran (ROI)]

Langkah 2: Pastikan anda mengisi nombor perkhidmatan fibre untuk tujuan pengesahan. Borang ROI yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat tidak tepat tidak akan diproses atau dihubungi.

Langkah 3: Sekiranya anda antara 68 pelanggan terpilih, pasukan CelcomDigi Fibre akan menghubungi anda untuk mengesahkan butiran dan menjadualkan tarikh pemasangan. Harap maklum, pembatalan mungkin dikenakan caj penalti.

Langkah 4: Pemasang pakar Fiber kami akan menghubungi anda untuk menetapkan pemasangan. Bersedia untuk pengalaman CelcomDigi FTTR yang luar biasa!


5. Saya sudah mengisi Borang Pendaftaran dengan butiran lengkap. Apa yang akan berlaku seterusnya? 

Sebaik sahaja kami menerima ROI anda, pasukan kami akan menyemak dan mengesahkan maklumat yang diberikan. Jika anda terpilih, pasukan Fibre akan menghubungi anda melalui WhatsApp sebelum atau pada 12 September 2025 untuk mengesahkan butiran dan menjadualkan pemasangan.


6. Saya telah menghantar Borang Pendaftaran tetapi belum menerima pengesahan. Apa yang perlu saya buat?

Sila tunggu sehingga 12 September 2025 untuk kami menyemak penyerahan anda dan menghubungi anda. Jika anda tidak menerima sebarang makluman selepas 12 September, ini bermakna semua 68 pelanggan telah dipilih dan penyerahan anda tidak berjaya.

 

7. Bolehkah saya memilih tarikh dan masa pemasangan sendiri?

Pasukan CelcomDigi Fibre akan cuba menjadualkan pemasangan pada masa yang sesuai dengan anda, tertakluk kepada ketersediaan.
 

8. Adakah sebarang bayaran pendahuluan diperlukan untuk tawaran ini?

Tiada bayaran pendahuluan diperlukan. Tawaran ini adalah percuma jika anda memenuhi kriteria kelayakan. Walau bagaimanapun, caj tambahan mungkin dikenakan untuk child add-ons pilihan, kabel tambahan atau perkhidmatan lain di luar tawaran standard.
 

9. Apa yang termasuk dalam pemasangan percuma FTTR 1+1? 

Berikut adalah item yang diberikan secara percuma:

CelcomDigi FTTR

1+1

Unit Induk (Parent Unit)

1 unit

Unit Tambahan (Child unit)

1 unit

ATB 4 port/Splitter 

1 unit

ATB 2 port 

1 unit

Kabel Optik Lutsinar 

Sehingga 50.5m

 

10. Berapa lama masa pemasangan CelcomDigi FTTR?

Masa pemasangan bagi pakej 1+1 adalah antara 2 hingga 3 jam, bergantung pada kerumitan pemasangan, pengoptimuman sambungan dan konfigurasi semula peranti WiFi di lokasi anda.
 

11. Apa akan berlaku sekiranya saya tidak lagi mahu CelcomDigi FTTR? 

Jika anda ingin membatalkan CelcomDigi FTTR, sila hubungi pasukan Fibre melalui nombor WhatsApp yang anda gunakan untuk berurusan sebelum ini.

 

12. Saya sedang menggunakan pelan CelcomDigi Fibre 2Gbps. Bolehkah saya mendaftar tawaran ini? 

Buat masa ini, peranti CelcomDigi FTTR dioptimumkan untuk 1Gbps.
 

13. Apa akan berlaku kepada peranti FTTR percuma jika saya menukar pelan CelcomDigi Fibre saya?

Jika anda menaik taraf pelan CelcomDigi Fibre, peranti FTTR percuma anda akan berfungsi seperti biasa dan perkhidmatan akan berjalan tanpa gangguan.

 

14. Adakah terdapat waranti untuk peranti, dan apa perlu saya buat jika ia rosak? 

Ya, terdapat waranti selama 24 bulan, tetapi ia tidak meliputi kerosakan akibat kecuaian pelanggan. 

Semasa tempoh waranti: 
Jika peranti atau kabel rosak, sila hubungi pasukan Sokongan CelcomDigi. Kami akan menilai isu dan memaklumkan langkah seterusnya.
 
Selepas tempoh waranti: 
Jika rosak selepas waranti tamat, pembaikan atau penggantian mungkin dikenakan caj tambahan. Pasukan Sokongan CelcomDigi akan memberikan sebut harga dan pilihan yang tersedia.

 

15. Apa akan berlaku kepada peranti FTTR percuma jika saya menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fibre saya?

Jika anda menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fibre dengan kontrak FTTR 1+1 Percuma, anda akan dikenakan caj penalti peranti. Caj ini dikira berdasarkan bilangan bulan yang tinggal dalam kontrak 24 bulan dan nilai bulanan FTTR 1+1.
 

Formula pengiraan caj penalti: 

  • (Bilangan bulan yang tinggal dalam kontrak 24-bulan) x (Nilai bulanan FTTR 1+1)
  • Nilai bulanan FTTR 1+1 = (RM1920 ÷ 24 bulan = RM80/bulan) 
    Contoh: Jika baki 10 bulan, caj penalti adalah: 10 × RM80 = RM800 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article